Visitor

Selasa, 22 Mac 2011

Pengumuman Tarikh Pilihan Raya DUN Sarawak Ke - 10?!!!

Canang telah dipalu.  Esok akan diumumkan tarikh keramat menjelang Pilihan Raya DUN  Sarawak ke -10.  Kali ini kita menyaksikan rentak yang berbeda.  Lebih rami para pengundi akan turun menunaikan kewajipan mereka.  

Siapakah yang akan bertanding di kawasan mereka?   Apakah nilai asas perjuangan mereka?  Mampukah mereka bersaing dalam arus moden pembangunan?  Semua ini akan menjadi persoalan esok!
Foto credits colinjong.com

Ada yang tersenyum gembira dan ada yang panik tidak tentu hala terutama sekali Pakatan Rakyat.  Mampukah mereka menentang SNAP dalam meletakkan calon?  Atau dapatkah mereka menghancurkan majoriti Barisan Nasional yang pastinya akan menurunkan calon dari golongan pelapis yang cukup mantap dan hebat!!

Marilah mari kita mengundi tunaikan kewajipan kepada negeri!
SPR umum tarikh esok

by Empawi Jabat. Posted on March 22, 2011, Tuesday

Tarikah penamaan calon dan pembuangan undi diumum pada Rabu selepas mesyuarat: Takun

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-10 esok, sejurus selepas mesyuarat suruhanjaya itu diadakan.


Pengarah SPR Sarawak, Datu Takun Sunggah berkata suruhanjaya itu akan bermesyuarat Rabu ini untuk membincangkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi pilihan raya negeri itu kelak.

“SPR akan bermesyuarat pada Rabu untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi pilihan raya negeri Sarawak kesepuluh itu kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi untuk mendapatkan rancangan SPR berikutan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak kesembilan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Sabtu lalu.

Taib mengumumkan pembubaran itu pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan sehari mereka ke negeri ini pada hari itu.

Hadir sama pada sidang media itu ialah semua presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Taib adalah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Mesyuarat itu kelak hanya akan membincangkan tentang pilihan raya negeri ini dan akan diumumkan pada sidang media yang akan diadakan selepas mesyuarat,” katanya.

Sementara itu SPR katanya akan menggunakan senarai pengundi yang berdaftar sehingga 31 Disember 2010, bagi pilihan raya negeri kali ini.

“Seramai 979,796 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri ke-10 ini. Mereka ini termasuk pemilih yang mendaftar setakat 31 Disember 2010,” katanya lagi.

Pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ini, SPR akan menggunakan ketiga-tiga keperluan alternatif pengangkutan iaitu helikopter, bot laju dan perahu panjang bagi laluan sungai serta kenderaan pacuan empat roda.

Seramai 21,000 petugas SPR akan dikerahkan untuk bertugas di semua kawasan pilihan raya membabitkan 1,740 pusat pengundian.

Kali terkahir negeri ini mengadakan pilihan raya ialah pada 2006 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menguasai semula kerajaan negeri walaupun kalah di sembilan kerusi.

Sarawak memiliki 71 kerusi DUN dengan 35 daripada kerusi itu diperuntukkan kepada PBB manakala SUPP 19 kerusi, PRS, 9 dan SPDP, 8.

Pilihan Raya Sarawak Anwar Ibrahim Minta Simpati Overkill??

Kini Anwar Ibrahim mula meminta simpati rakyat Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.  Orang yang paling dipercayai beliau mula melakonkan lagi satu adegan khusus untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak.   

Anwar sedar orang Sarawak memang perihatin dan baik laku membolehkan dia melakukan adegan baru.  Kenapa Anwar berani membuat laporan polis sekiranya perkara ini tidak betul???  Mengapa kes liwat dahulu Anwar tidak berani membuat laporan polis?  Adakah ini untuk mengelakkan Anwar daripada menyerahkan DNA??



Mahu
Anwar SERAH DNA!
Anwar SERAH DNA!
Anwar SERAH DNA!


Ikutilah kupasan menarik dalam thesis Panglima-Harimau

Isu Video Seks Membabitkan Pemimpin Pembangkang - Adakah Anwar Dalang Semua Ni..??

Semalam kita dikejutkan dengan berita "Rakaman Aksi Seks Pemimpin Utama Pembangkang" yang didedahkan oleh Datul T di Hotel Seri Carcosa. Klip video tersebut hanya didedahkan pada wartawan sahaja.

Disini ada beberapa perkara yang buat Panglima curiga.

1) Kenapa klip video tu didedahkan sekarang selepas pengisytiharan pilihan raya Serawak..??

2) Kenapa klip video tersebut hanya akan diserahkan kepada pemimpin tersebut dan isteri beliau sekiranya mereka tak berundur dari politik dalam masa seminggu..?? Kenapa klip video tu didedahkan pada wartawan tertentu sahaja dan wartawan yang nak tengok video tu diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit, kamera, pen dan buku nota mereka serta mereka juga disuruh memakai jubah khas. Ini jelas menunjukkan Datuk T hanya nak buat isu ni kecoh satu dunia tetapi dalam masa yang sama beliau takut nak dedahkan video tersebut dekat orang ramai. Kalau betul dia memang tak suka kat pemimpin tersebut, sepatutnya dia dedahkan pada umum supaya rakyat semua membenci pemimpin tersebut dan secara tak langsung rakyat akan tolak dia. Tak pun serahkan klip video tersebut pada pihak polis.

3) Menurut laporan, Datuk T disuruh mengambil jam tangan yang tertinggal dalam bilik tempat seks tu berlaku. Bukankah ini jelas menunjukkan Datuk T ni orang kepercayaan pemimpin tersebut tersebut. Iyer la, kalau dia bukan orang kanan pemimpin tersebut, takkan la dia boleh ikut kemana pemimpin tu pergi sampai ker hotel.

4) Selepas je laporan pasal berita rakaman aksi seks tu heboh pagi semalam, petang Anwar terus buang PC untuk menafikan yang beliau pemimpin dalam video tu sedangkan Anwar ni bukan jenis orang yang rajin buat pc dan report untuk sesuatu kes dengan cepat. Contohnya kes liwat beliau dengan Saiful. Ada tak dia buat report dan pc dengan cepat selepas Saiful dedahkan semuanya..??

5) Semasa pc Anwar ada kata lelaki dalan video tu tak sama dengan beliau kerana faktor "perut boroi". Mungkin lelaki dalam video tu memang bukan Anwar tetapi hanya "dipakaikan" dengan muka Anwar. Teknologi luar Negara dah canggih dan tak mustahil boleh buat macam tu. Lagipun, kenapa video tu hitam putih bukan berwarna kalau betul ia dirakam dalam bilik hotel kecuali jika ia dah diedit.
6) Yang paling mencurigakan kenapa Anwar terang-terang kata ini semua permainan jahat Barisan Nasional (BN) sedangkan beliau takde bukti BN terlibat dalam kes video klip ni. Ini jelas menunjukkan Anwar saja nak buat rakyat membenci BN supaya rakyat tolak BN di pilihan raya Serawak dan mungkin juga Anwar nak alihkan pandangan rakyat Malaysia dari isu DNA kepada isu klip video ni. Maklum la, baru-baru ni seluruh Malaysia buat demonstrasi desak Anwar serah DNA.

Ini cuma pandangan peribadi Panglima sahaja. Apa yang penting kita tunggu berani atau tidak Datuk T nak siarkan klip video tersebut kepada rakyat. Kalau dia tak siarkan, sah ada yang tak kena dengan kes video klip ni..

PKR Satok Beroperasi Di Pondok Tandas???

Krisis SNAP-PKR masih belum berhenti.  SNAP masih menuduh PKR tamak walaupun cuma berjaya memenangi 1 kerusi pada pilihan raya penggal ke 9.  Cita-cita mereka sentiasa tinggi menggunung namun masih tidak kecapaian.  

PKR perlu mengenal SMART goals sebelum memulai apa-apa aktiviti.  Jangan terlampau taksub dengan segala jenis tipu muslihat politik di hadapan mata.  

AMK Ahmad Nazib sudah mulai berkempen padahal canang baru sahaja dipalu.  Hatinya berkobar-kobar ingin menumpaskan Ketua Menteri Sarawak.  Apakan daya dia hanya dibenarkan untuk bertanding di Satok dan tidak di Balingian!  Lihatlah semangat yang telah ditunjukkan.  
Pondok Tandas yang diubahsuai
Pondok tandas awam telah ditukarkan kepada Bilik Operasi.  Kalau tidak percaya lihatlah sendiri.  Beginilah tamaknya PKR sehingga sanggup menyewa tandas untuk mengaburi mata ahli Majlis Tertinggi di Semenanjung.  Siapa yang tahu berapa harga sewa tandas sebulan untuk berkempen di Satok?  Pastinya mereka akan percaya tandas itu berharga sangat lumayan.  Memang tamaklah orang PKR!! Patutlah SNAP sudah awal lagi sedar penipuan PKR ini!!!!


21 Mac, 2011 20:54 PM

Guan Eng Kata SNAP, PKR Akan Selesaikan Isu Pengagigan Kerusi Pada Pilihan Raya Sarawak

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yakin Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dapat menyelesaikan isu pengagihan kerusi pada pilihan raya Sarawak akan datang "demi kepentingan lebih utama iaitu mengurangkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN)."

Beliau berkata pembangkang perlu memperakui kelemahan dan kekuatan masing-masing.

"Saya pasti jika wujud komitmen sebenar dan ikhlas untuk mengurangkan majoriti dua pertiga BN, masalah ini boleh diselesaikan" katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen mengumpul dana dan maskot DAP bagi pilihan raya negeri Sarawak di sini hari Isnin.

Presiden SNAP Edwin Dundang semalam berkata tiada ada perbincangan antara parti berpangkalan di Sarawak itu dan PKR, menyatakan beliau kecewa dengan kegagalan untuk mencapai persetujuan berhubung pengagihan kerusi.

Dundang juga mendakwa PKR tamak kerana ia turut mensasarkan kerusi daripada PAS dan DAP.

Lim berkata pengagihan kerusi di kalangan parti pembangkang di Sarawak masih lagi dibincangkan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan hari ini, bagi diadakan pilihan raya negeri ke-10.

BN menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN selepas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Engkilili, Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket SNAP pada pilihan raya negeri 20 Mei, 2006, menyertai BN tahun lepas.

DAP menguasai enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.

-- BERNAMA

Roket DAP DiBah Dacing BN

Apakah maksud tajuk thesis kali ini?  Memang jarang kita melihat Roket dan Dacing bersebelahan ataupun dalam sebuah gambar?  Ini mungkin pelik bin ajaib!! Namun begitulah keadaan yang berlaku sekarang ini di N10 Pending.  
Projek 1Malaysia di bawah SUPP
Sebaik sahaja papan tanda projek menaiktaraf jalan dan peparitan di kawasan sekitar Kenyalang Park didirikan, tidak lama selepas itu muncul lambang roket di bawah. 
Dacing dan roket? Foto kredit Audie61




Adakah ini bermaksud DAP mengiktiraf kerusi N 10 Pending layak dipegang oleh calon SUPP yang baru iaitu Prof Dr Sim Kui Hian?  Peguam DAP yang juga wakil rakyat di kawasan itu rela menyerahkan kerusi Pending kembali kepada politik pembangunan?  Menurut penduduk di situ sudah lima tahun jalan raya dan parit di kawasan mereka tidak terurus, namun hanya sekarang ini sahaja mereka mendapat perhatian kerajaan.  Ini berkemungkinan berkat ikhtiar bakal calon SUPP N10 Pending yang memang berjiwa rakyat.  Beliau juga mendukung konsep 1Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"

Calon SUPP N10 Pending merupakan bekas Doktor Pakar Unit Kardiologi, Hospital Umum Sarawak.  Dia merupakan anak kepada mendiang Datuk Amar Tan Sri Sim Kheng Hong.  Seorang yang lemah lembut dan sentiasa merendah diri.  Semoga politik pembangunan akan dirasai di Pending menjelang Pilihan Raya Sarawak ke -10

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

Blog Archive