Penang akan kehilangan banyak pelabur gara-gara tarif air yang bakal melonjak bila-bila masa sahaja…nak tahu dengan lanjut? Begini ceritanya…
petang mukaku menunggu cahaya...

Penang akan kehilangan banyak pelabur gara-gara tarif air yang bakal melonjak bila-bila masa sahaja…nak tahu dengan lanjut? Begini ceritanya…

Sandiwara Air Mata Lim Kit Siang Menjadi Murahan Dengan Tersiarnya Surat Dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
oleh CucuTokSelampit
Lim Kit Siang dalam sidang akhbar yang diadakan tengahari 19 April 2013, menitiskan air mata kerana menuduh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Barisan Nasional (BN) & Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mensabotaj peluang beliau menang di Parlimen Gelang Patah.
Sudah-sudahlah orang tua nak mampus menangis. Buruk nampak muka. Hebat sungguh mainan simpati yang cuba dimainkan oleh Lim Kit Siang. Sebuah drama murahan opera Cina yang memualkan. ROS sudah pun menjelaskan dalam surat di atas bertarikh hari yang sama, meyatakan bahawa DAPig boleh menggunakan logo parti itu untuk PRU-13.
Jadi DAPig tidak perlu bersandiwara bahawa parti itu diharamkan sehingga perlu menggunakan lambang PAS. Tak payah mengkaburi mata rakyat dan tak payah DAPig terus berlakon seolah-olah menjadi mangsa “pembunuhan politik”. Teruk benar skrip drama hangpa!!!
Sumber
TUN MAHATHIR BAGI PETUA UNTUK BN MENANG BESAR PRU13.
Posted by MPP On Rabu, 3 April 2013
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan penyokong Barisan Nasional (BN) agar mendahulukan parti tanpa mengira individu yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
“Ini pertandingan antara parti, bukan pertandingan antara orang perseorangan kerana hanya parti saja yang boleh tubuh kerajaan, jadi mereka mesti tentukan parti mereka menang,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
“Kalau mereka betul-betul setia pada parti, jangan kira siapa jadi calon. Kalaupun di situ dia letak calon MCA, Umno mesti sokong. Kalau dia letak calon Umno, MCA, MIC mesti sokong kerana kita hendak parti BN menang.”
BN diyakini akan memenangi PRU13 nanti, malah mungkin dengan majoriti dua pertiga berdasarkan pengundi, termasuk pengundi Cina kini dilihat kembali kepada BN berdasarkan respons daripada siri perjumpaan yang dihadiri pemimpin parti, katanya.
Ditanya sama ada beliau akan kembali bertanding untuk menyahut cabaran penasihat DAP Lim Kit Siang supaya beliau bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor, Dr Mahathir berkata beliau tidak mahu bertanding lagi memandangkan beliau sudah bersara dan Lim yang sepatutnya mengikut jejak beliau.
“Dia patut bersara sebab dia aktif dalam politik ini sejak tahun 1964, bagilah can (peluang) kepada orang muda. Saya bagi peluang pada orang muda sebab itu saya letak jawatan pada 2003.
“(Lim) Kit Siang ini walaupun dia seorang ahli politik yang berpengalaman dan berpengaruh, tapi tiba masanya dia tarik diri, tak usah bertandinglah, bagilah peluang pada orang muda,” katanya.
Dr Mahathir sebelum itu menerima kunjungan bekas ahli PAS seumur hidup Zainon Ismail yang memohon maaf kepada beliau.
Zainon atau lebih dikenali dengan nama CN Afghani mengaku pernah merancang membunuh Dr Mahathir pada tahun 1988 kerana terpengaruh dengan “Amanat Haji Hadi” yang menyatakan bahawa Umno kafir. — Bernama
AYAT TUN M Paling Maut - Johor Bakal Jadi Kubur Kit Siang
oleh Gelombang Rakyat
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi 'kubur' kepada karier politik veteran DAP Lim Kit Siang.
Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.
"Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi 'kubur' kepada Lim Kit Siang.
"Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN," katanya pada majlis 'Bicara Minda' anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, malam tadi.
Penasihat DAP itu baru-baru ini memutuskan untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah, dalam usaha pakatan pembangkang (PR) menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.
Dr Mahathir berkata Lim mahukan rakyat 'Ubah' dan 'Tukar' kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah.
Katanya Lim telah terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair, yang juga bekas presiden Singapura.
"Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia," katanya.
Dr Mahathir berkata Anwar pula perlu ditolak kerana pemimpin PKR itu hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan bersedia berbuat apa sahaja bagi memastikan cita-citanya tercapai.
"Kalau serah pada orang ini (Anwar), dia akan jual negara ini apabila dia jadi perdana menteri," katanya dan menambah tindakannya ketika menjadi menteri kewangan merupakan bukti jelas tentang niat sebenar Anwar.
Ketika negara menghadapi krisis kewangan 1997, Anwar, katanya, hanya mengikut telunjuk Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus dan Presiden Bank Dunia James Wolfensohn.
"Saya rasa dia (Anwar) hendak ranapkan negara (ketika itu), sebab itulah saya ambil alih dan kita buat sendiri (memulihkan ekonomi negara) dengan menggunakan acuan kita," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berpendapat penasihat PKR itu tahu yang beliau akan kalah pada PRU13, oleh itu sedang bersedia untuk melakukan kekacauan dan huru-hara.
Bagi Nik Abdul Aziz pula, Dr Mahathir berkata Mursyidul Am PAS itu juga sudah sepatutnya bersara daripada politik.
Parti PAS dinasihatkan supaya menumpukan perhatian di Kelantan dan tidak perlu bersusah payah cuba untuk menembusi Johor kerana ia tidak mempunyai pengaruh di negeri ini, katanya.
Kronologi pencapaian Najib sepanjang empat tahun pentadbirannya
KUALA LUMPUR - Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:
1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA
* 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan.
* 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah
mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.
* 7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah
menjalani rawatan dengan bayaran RM1.
* 31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan
peruntukan RM37.6 juta.
* 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina
keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui
gabungan pekerjaan dan keusahawanan.
* 19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha
memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan
daya saing.
* 22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat
87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).
* 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000
sebulan ke bawah.
* 4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
* 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah
tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu
itu).
* 7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama
Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.
* 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.
* 18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng,
Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.
* 23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22
Sept tahun yang sama, sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.
* 24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir
RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.
* 7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi
membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi
peningkatan produktiviti.
* 14 Julai 2012 - Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan
kerajaan membantu meringankan beban rakyat.
* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam
kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.
* 7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota
dan pegawai polis dan tentera.
* 28 Sept 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.
* 12 Nov 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam
sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.
* 15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat)
inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin
dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000
penerima.
* 19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.
* 16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar
Baru Sentul, Kuala Lumpur.
2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA
* 3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)
* Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.
* 9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.
* 15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.
* 5 Okt 2011 - Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.
* 24 Nov 2011 - Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.
* 24 Nov 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.
* 19 April 2012 - Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.
* 28 Sept 2012 - Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.
* 28 Sept 2012 - Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidakberpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.
* 15 Dis 2012 - Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
* 7 Mac 2013 - Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri.
* 11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.
* 25 Mac 2013 - Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).
* 30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.
3. PENTADBIRAN
* 9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya -- menteri dan timbalan Menteri - dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
* 18 Julai 2009 - Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).
* 27 Julai 2009 - Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah - mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)
* 27 Jan 2010 - Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.
* 8 Feb 2010 - Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.
* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.
* 4 April 2011 - Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam 'Strategi Lautan Biru Kebangsaan' dalam pengurusan tugas mereka, iaitu 'mengurang', 'menghapus', 'mewujud' dan 'menambah peluang'.
* 28 Sept 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.
* 26 Ogos 2012 - Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.
* 19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)
* 25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).
4. EKONOMI DAN KEWANGAN
* 10 Mac 2009 - Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.
* 22 Apr 2009 - Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.
* 27 Apr 2009 - Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.
* 27 Apr 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.
* 15 Mei 2009 - Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.
* 24 Jun 2009 - Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.
* 30 Jun 2009 - Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).
* 1 Julai 2009 - Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.
* 23 Okt 2009 - Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama' dengan peruntukan RM191.5 bilion.
* 23 Dis 2009 - Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.
* 30 Mac 2010 - Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik.
* 10 Jun 2010 - Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
* 25 Okt 2010 - Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).
* 11 Jan 2011 - Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.
5. LUAR NEGARA
* 10 April 2009 - Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand
* 3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.
* 6 Okt 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang enyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.
* 30 Sept 2009 - Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.
* 26 Okt 2009 - Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.
* 12 April 2010 - Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat.
* 27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika yarikat, Najib menggesa semua negara supaya "memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism".
* 12 Julai 2011 - Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.
* 18 Mei 2011 - Menghadiri "Invest Malaysia New York 2011" di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.
* 15 Okt 2012 - Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.
* 22 Jan 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.
6. TEKNOLOGI DAN INOVASI
* 24 Julai 2009 - menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.
* 15 Sept 2009 - mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.
* 28 Okt 2009 - Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.
* 29 Okt 2009 - Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.
* 17 Dis 2009 - Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.
* 26 Jan 2010 - melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.
* 24 Mac 2010 - Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.
* 10 November 2010 - Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.
* 8 Sept 2011 - Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.
* 7 Julai 2011 - Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.
7. POLITIK
* 26 Mac 2009 - Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
* 24 April 2009 - Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.
* 15 Ogos 2011 - Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.
* 29 Nov 2012 - Melancarkan buku bertajuk 'Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.
* 20 Feb 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.
8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB
* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan.
* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.
* Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.
* Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.
* World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.
* Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing.
* Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.
9. PENDIDIKAN
* 25 Jan 2010 - 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
* 7 Okt 2011 - Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti. - Bernama

Lim Kit Siang Contoh Buruk Seorang Wakil Rakyat
oleh Ipoh Malay
Apabila masalah kerosakan jalan raya di Pasir Pinji dikemukakan kepada pusat khidmat wakil rakyat Ipoh Timor, Ahli Parlimen mereka, Lim Kit Siang hanya menjawab, "Itu bukan kami punya hal!".
Berbeza dengan aduan kepada wakil rakyat BN, yang memang mengetahui isu tersebut adalah dalam bidang kuasa Majlis Bandaraya Ipoh, wakil rakyat BN akan berusaha untuk meminta Majlis Bandaraya Ipoh menangani masalah penduduk.
Pengundi DAP di Ipoh Timor bukan sahaja telah mengutuk terang-terangan wakil rakyat mereka si tua bangka ini, malah telah menyebabkan dia tidak lagi bertanding di Gelang Patah.
Ramai yang menyedari kerugian yang telah mereka alami sepanjang 9 tahun diwakili oleh Lim Kit Siang.
Mereka kini tentu rindukan kelibat wakil rakyat BN terdahulu di Ipoh Timor, Thong Fah Chong yang bukan sahaja rajin membantu segenap lapisan rakyat tanpa mengira bangsa tetapi bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah!
Namun Lim Kit Siang tidak mungkin lagi bertanding di Ipoh Timor. Beliau telah dijadikan sebagai contoh buruk seorang wakil rakyat. Ini memudahkan calon baru buat BN di Ipoh Timor untuk menang menjelang PRU13!

Kit Siang tanding di Gelang Patah
JOHOR BAHRU 18 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya 'mengalah' kepada DAP apabila menyerahkan kerusi Parlimen Gelang Patah untuk ditandingi Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjuran DAP di Taman Sutera Utama di sini malam ini sambil menyifatkan isu 'perebutan' kerusi di Johor sudah selesai.
Pengumuman itu dibuat ketika Anwar berucap dalam majlis yang turut dihadiri Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Gelang Patah menjadi kerusi tradisi DAP sebelum 2004 dan telah ditandingi calon PKR pada Pilihan Raya Umum 2008 dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) (2004) dan kali ini kembali semula kepada mereka.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA, Tan Ah Eng telah memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah dengan majoriti 8,851 mengalahkan calon PKR, Zaliha Mustafa. -Utusan Online.
Pasca BR1M-Firaun: Hadi salahkan Lahad Datu miskin punca serangan pengganasOleh AZIZI MAJIDPOLITIK MAKI HAMUN... Abdul Hadi Awang berucap dengan antara lain menuduh kemiskinan di Lahad Datu sebagai punca serangan kumpulan pengganas Sulu dalam ceramahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat Johor Bahru, malam tadi. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASANWALAUPUN membariskan pemimpin utama pakatan pembangkang termasuk Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang, namun ceramah ini dihadiri kurang 500 orang di di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat Johor Bahru, malam tadi. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
JOHOR BAHRU 17 Mac - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sudah-sudah melatah membuat kutukan, dakwaan dan tuduhan tidak berasas ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).
Jika sebelum ini Abdul Hadi menyamakan atau mengibaratkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dipelopor kerajaan BN sebagai menyamai apa yang pernah dilakukan oleh Firaun, malam tadi beliau membuat kesimpulan peribadinya pula tentang serangan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu.
Walaupun umum mengetahui kumpulan pengganas itu menceroboh Lahad Datu kerana mahu menuntut lebih pampasan terhadap Sabah, namun Abdul Hadi pula menyifatkan masalah kemiskinan dan ketiadaan kemudahan asas di Lahad Datu sebagai pencetus serangan itu.
Dalam ceramahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini, beliau dengan nada angkuh mendakwa insiden serangan tersebut tidak akan berlaku sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara.
"Di Lahad Datu, Sabah selepas 50 tahun merdeka, masih banyak rumah atas air, tanah banyak di darat tapi tidak diberi (kepada penduduk). Masalah kemiskinan dan kemudahan asas tiada, ini mengundang musuh luar datang," katanya.
Yang turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mahfodz Mohamed; dan Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau.
Walaupun menampilkan nama-nama besar pimpinan pakatan pembangkang, namun ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam bermula pukul 9 malam itu tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri kurang 500 orang. - UTUSAN ONLINE
'DEKLARASI KUCHING' Pakatan Rakyat tubuh Kerajaan Baru
Posted by MELANAU BLOGGER™
Berikut adalah kandungan 'Deklarasi Kuching' yang ditawarkan Anwar dan Pakatan Rakyat untuk rakyat Sabah dan Sarawak, kononnya Deklarasi Kuching lebih baik berbanding perjanjian sedia ada. Samada rakyat akan mempercayai atau tidak propaganda ini, persoalan utama apakah rakyat Sabah dan Sarawak sanggup menyerahkan masa depan mereka kepada Anwar Ibrahim?
(TERJEMAHAN)JANGAN SAMPAI KITA LUPA, DAN JANGAN SAMPAI MASYARAKAT MALAYSIA YANG TERBILANG INI MUDAH TERLUPA BAHAWASANYA KAMI, YANG BERTANDATANGAN DI BAWAH, SEKALI LAGI DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM SEPENUH JIWA DAN RAGA BERIKRAR DAN BERJANJI BERSAKSIKAN SELURUH WARGANEGARA MALAYSIA, PADA HARI INI YAKNI PADA TARIKH BERSEJARAH 16 HB SEPTEMBER 2012, DI BANDARAYA KUCHING, BAGI PIHAK PARTI-PARTI YANG BERKENAAN DAN PAKATAN RAKYAT SELURUHNYA BILA MANA KAMI MENGIKTIRAFKAN KERAJAAN BARU BUAT MALAYSIA, PAKATAN RAKYAT AKAN MELUNASKAN SETIAP IKRAR DAN JANJI KAMI PADA SETIAP LAPISAN MASYARAKAT DAN RAKYAT MALAYSIA.
BAHAWASANYA KAMI AKAN MEMELIHARA DAN MENJUNJUNG SETIA DASAR DASAR YANG DITERAPKAN DI DALAM BUKU JINGGA SUPAYA MALAYSIA BAKAL BANGKIT SEMULA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MAKMUR, AGAR TERWUJUD RAKYATNYA YANG CEMERLANG, BERSATU PADU DAN BERKEMBANG MAJU, DENGAN MASA DEPAN YANG SELAMAT DAN AMAN DAMAI, AGAR NAMANYA HARUM DI SERATA PELUSUK DUNIA.
BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMI BERPEGANG TEGUH DENGAN SEMANGAT PERJANJIAN MALAYSIA 1963 YANG TELAH DICETUSKAN DAN DIKENDALIKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI YANG TERDAHULU, DAN SEBAGAI BUKTI DAN TANDA UTUHNYA KESETIAAN KAMI TERHADAP RAKYAT SARAWAK DAN SABAH, BERTERASKAN PRINSIP-PRINSIP DEMOKRASI DAN KEADILAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA, DENGAN PENGKHUSUSAN ISTIMEWA TERHADAP PERKARA-PERKARA BERIKUT:PERKARA 1: KERJASAMA BERSEKUTUKami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.
PERKARA 2: PERWAKILAN YANG ADILKami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.
PERKARA 3: KEWARGANEGARAANKami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.
PERKARA 4: PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADATKami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.
PERKARA 5: KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAHKami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.
PERKARA 6: KEADILAN DALAM ISU MINYAKKami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.
PERKARA 7: PEMBANGUNAN SEKATAKami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.
DENGAN INI, KAMI YANG BERTANDATANGAN SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH, MENGIKTIRAF PERISYTIHARAN INI SEBAGAI SATU PERJANJIAN YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL DAN DIPERSOALKAN LAGI, TERMAKTUB DI ANTARA PAKATAN RAKYAT DAN SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT MALAYSIA, PADA HARI INI, TANGGAL 16 SEPTEMBER 2012, BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA, AGAR TERSOHORLAH GEGAK GEMPITANYA DARI PUNCAK TERTINGGI DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA, DAN AKAN TERSEBAR SELUAS SAMUDERA YANG TERBENTANG SUPAYA KEBEBASAN DAPAT KITA CAPAI DAN KITA SEMUA BOLEH HIDUP BERSATU PADU DALAM SUASANA AMAN DAN DAMAI.
Sebagai saksi padanya, penandatangan yang diberi kuasa dalam hal ini, telah menandatangani Perisytiharan ini, dan semua rakyat Malaysia adalah saksi kepadanya.
Dimeterai di Kuching, pada 16 haribulan September tahun 2012, dalam enam salinan di mana setiap satu darinya akan disimpan oleh setiap penandatangan.
Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)Y.B. DATO 'SERI ANWAR IBRAHIM, Ketua Umum
Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP)Y.B. LIM KIT SIANG, Ketua Parlimen
Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS)Y.B. DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI AWANG, Presiden
Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)Y.B. BARU BIAN, Pengerusi PKR Sarawak
Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP)Y.B. WONG HO LENG, Pengerusi DAP Sarawak
Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS)TUAN HAJI ADAM BIN AHID, Pesuruhjaya Negeri PAS Sarawak

Chua Tidak Mahu Lagi Debat Dengan Lim Kerana Hanya Bazir Masa
Oleh LOH FOON FONG dan NICHOLAS CHENG
mStar Online 10 Julai 2012
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau tidak mahu lagi berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Dr Chua berkata, majlis presiden MCA pada Selasa memutuskan bahawa beliau tidak perlu berdebat lagi dengan Lim kerana menyifatkan tindakan itu hanya membazir masa.
“Lim Guan Eng hanya menggunakan debat untuk menyerang orang lain kecuali Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan tidak menyertai debat yang sihat,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat presiden MCA di sini.
Dr Chua berkata, Lim menggunakan debat sebagai platform untuk mengutuk hujah orang lain dan tidak menjawab sebarang soalan yang ditujukan kepadanya.
“Saya turut bersetuju dengan rakan-rakan saya bahawa saya tidak akan menerima sebarang debat daripada beliau,” katanya.
PM Sedia Pertimbangkan BR1M Pusingan KeduaKULIM, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.
"Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini Jumaat.
Katanya BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.
Najib berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.
"Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada `happy' (gembira) je. Takde rasa cemas, takde pun nak guna `shield' (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru hara, kacau bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara," katanya.
Katanya rakyat Malaysia tidak sukakan suasana hura-hara kerana negara ini merupakan sebuah negara yang makmur dan bukan seperti negara-negara yang berlaku revolusi Arab atau 'Arab Spring'.
Najib berkata Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan gaji penjawat awam dinaikkan berikutan pentadbiran BN yang cekap sedangkan penjawat awam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, bukan sahaja gaji tidak dinaikkan malah ada yang terpaksa dipotong gaji mereka.
Najib berkata ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain.
"Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman.
"Sesiapa pun boleh boleh berhimpun asalkan aman. Pembangkang pun boleh buat," katanya.
-- BERNAMA
DAP kenal pasti calon yang sesuai bertanding di P.215 Kapit pada PRU13
Utusan Borneo on 18 Januari 2012, Rabu
KAPIT: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Wong Ho Leng berkata, beliau sudah mengenal pasti calon yang sesuai untuk bertanding di P.215 Kapit, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan berlangsung pada bila-bila masa.
“Kami bersedia untuk menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa dan akan mengumumkan calon yang sesuai apabila masanya tiba nanti,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Sibu ketika menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina di Restoran Chong Seng, di sini malam kelmarin.
Hadir sama Penasihat DAP Pusat Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Cawangan Kapit Janggi Jemut dan kira-kira 250 orang yang lain.
Dalam pada itu, beliau berjanji akan memberikan keutamaan kepada proses pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya yang akan menghubungkan Sibu-Kapit dan Belaga, serta bekalan elektrik dan air bersih sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam PRU akan datang.
“Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan yang prihatin untuk menyediakan kemudahan asas seperti sekolah, jalan raya, bekalan air bersih serta bekalan elektrik untuk rakyat,” katanya.
Ho Leng berkata hasil daripada lawatan beliau ke rumah-rumah panjang orang Iban, hanya tinggal warga emas serta kanak-kanak sahaja yang mendiami rumah panjang.
“Faktor utama ketiadaan golongan belia di rumah-rumah panjang kerana mereka terpaksa berhijrah ke tempat lain untuk mencari nafkah akibat daripada tiadanya peluang pekerjaan di sini.
“Oleh itu, saya berjanji sekiranya kami (PR) diberikan kepercayaan oleh rakyat kami akan sedaya upaya mewujudkan peluang pekerjaan bagi golongan ini,” katanya.
Wajib belajar bahasa Melayu
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 1 Nov. - Kerajaan sedang mengkaji untuk mewajibkan pembantu rumah warga asing yang ingin bekerja di negara ini terlebih dahulu menjalani kursus bahasa Melayu dalam tempoh masa enam bulan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, langkah itu bagi mengelakkan wujud masalah komunikasi di antara pihak majikan dengan pembantu rumah dari negara sumber yang tidak boleh berbahasa Melayu.
Menurutnya, pendekatan melalui mekanisme baru itu akan dilaksanakan secepat mungkin kerana ia melibatkan kepentingan semua pihak yang terlibat.
"Saya sudah meminta Jabatan Tenaga Kerja (JTK) memastikan pembantu rumah daripada negara sumber perlu diberikan latihan bahasa Melayu terlebih dahulu.
"Oleh itu, agen-agen negara sumber perlu menyediakan kursus seperti sistem latihan yang ada di Malaysia kepada pembantu rumah untuk memahami bahasa Melayu," katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan isu pembantu rumah warga asing yang dianiaya oleh majikan tempatan pada sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian Majlis Konvokesyen Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Subramaniam berkata, kefahaman pembantu rumah asing dalam Bahasa Melayu penting bagi membolehkan mereka memahami kehendak majikan dan perkara asas ketika bekerja.
"Jika tidak, akan wujud masalah baru disebabkan kegagalan untuk berkomunikasi dengan majikan," katanya.
Mengenai isu penderaan pembantu rumah warga Kemboja, beliau berkata, pihak kedutaan negara itu telah menjelaskan perkara tersebut bukanlah begitu besar seperti dilaporkan media.
Menurut beliau, sebaliknya Kemboja mahukan perhubungan pembekalan tenaga kerja dengan negara ini diteruskan seperti biasa.
"Perbincangan di antara kedua-dua belah negara sedang dilakukan dan kalau boleh mereka mahu mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) seperti yang kita persetujui dengan Indonesia baru-baru ini.
"Ini bagi membolehkan ada syarat dan langkah yang boleh dipersetujui untuk menjaga kebajikan pembantu rumah dari negara itu," katanya.
JAMES MASING Desakan pengunduran Taib tidak wajar: Masing
by Agnes Tugong. Posted on May 14, 2011, Saturday
MoCS tidak berhak mendesak KM segera meletak jawatan
KUCHING: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Movement for Change Sarawak (MoCS) tidak berhak mendesak Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud segera meletak jawatan.
Presiden PRS Dato Sri James Masing menyifatkan desakan tersebut sebagai satu tindakan yang tidak wajar oleh MoCS yang dipengerusikan oleh Francis Paul Siah.
Menurutnya, MoCS tidak ada hak untuk berbuat demikian apatah lagi pelantikan Taib sebagai Ketua Menteri adalah berdasarkan proses pemilihan yang sah mengikut perlembagaan.
“Umum ketahui Taib telah dilantik sebagai Ketua Menteri mengikut proses pemilihan sah dari segi undang-undang perlembagaan.
“Bagaimana badan seperti MoCS boleh mendesak beliau untuk segera meletak jawatan sedangkan mereka tidak diberikan kuasa untuk berbuat demikian.
“Pada saya desakan ini adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan tidak menghormati beliau sebagai pemimpin yang dipilih secara sah oleh rakyat mengikut perlembagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Borneo bagi mengulas tindakan MoCS melancarkan ‘Operasi Taibetes’ semalam, bagi mendesak Taib meletak jawatan pada 13 Ogos 2011, tiga bulan bermula semalam.
Menurut Francis, jika Taib enggan berbuat demikian, MoCS akan terus berusaha sehingga beliau melepaskan jawatan atau beliau (Taib) melakukannya secara paksaan atas kuasa rakyat.
Beliau bagaimanapun menjelaskan desakan ini tiada kaitan dengan soal peribadi tetapi adalah atas dasar untuk melihat perubahan dalam pucuk kepimpinan dan pentadbiran negeri dan kepentingan rakyat.
“MoCS ditubuhkan secara rasmi pada 13 Ogos 2010 iaitu pada hari Jumaat dan bermula hari ini, kami memberikan tempoh sehingga 13 Ogos 2011 untuk Taib meletak jawatan.
“Jika beliau enggan berbuat demikian, kuasa rakyat akan memaksa beliau meletak jawatan dan keluar dari pejabatnya,” katanya pada sidang media di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cawangan Stampin, semalam.
Hentikan kenyataan berhubung peralihan kuasa
Posted at Utusan Borneo by Agnes Tugong. Posted on April 23, 2011, SaturdayPihak keluar kenyataan sedemikian digesa tidak ulanginya demi perpaduan dan kerjasama dalam BNKUCHING: Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof menggesa semua pihak yang mengeluarkan kenyataan berhubung peralihan kuasa Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud supaya tidak mengulanginya lagi.
Menurutnya, ini penting demi memelihara semangat perpaduan dan kerjasama yang telah lama terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan parti komponen.
“Siapa mereka untuk mempersoalkan mandat yang diberikan oleh rakyat negeri ini kepada Ketua Menteri.
“BN berpegang kepada semangat menghormati sesama parti komponen dan atas semangat itu kita harus menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat untuk melihat negeri ini terus diterajui oleh Ketua Menteri Pehin Sri Taib,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mempegerusikan mesyuarat tergempar Exco Pemuda PBB di ibu pejabat parti itu di Jalan Bako di sini malam kelmarin. Jelas Fadillah lagi, persetujuan telah dicapai antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri bahawa soal peralihan kuasa tidak boleh dicampuri oleh pihak lain.
“Perdana Menteri dan Ketua Menteri pernah menyatakan soal peralihan kuasa itu harus diletakkan kepada mereka berdua dan ia telah dipersetujui oleh kedua-dua mereka.
“Justeru, kami menuntut semua pihak supaya menghormati pendirian yang telah dibuat oleh dua pemimpin tertinggi ini dan pada masa yang sama menghormati semangat BN,” katanya.
Tambahnya, peralihan kuasa di negeri ini perlu dibuat dengan tersusun dan teliti untuk memastikan Sarawak dan rakyatnya mendapat pemimpin terbaik. Pada pilihan raya lalu, BN menang dengan majoriti lebih daripada dua pertiga sekali gus menunjukkan keyakinan rakyat Sarawak terhadap pucuk kepimpinan tertinggi BN. Keyakinan cukup tinggi terhadap Ketua Menteri turut jelas menerusi kemenangan 100 peratus PBB di 35 kawasan kerusi yang ditandinginya.
MANIFESTO PRU 12 MEREKA LAGI MASIH TIDAK DILAKSANAKAN.(Kerajaan Negeri Selangor)
- Janji potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan.
- Elaun anak tadika RM 50 seorang sebulan.
- Elaun anak yang memasuki pusat asuhan kanak-kanak, RM 75 sebulan.
- Elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
- Elaun khas ibu tunggal.
- Bantuan kewangan untuk anak muda ingin berkahwin.
- Bantuan geran untuk perniagaan.
- Memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri.
| Foto credits: www.kitagempur.com |
21 Mac, 2011 18:41 PM
Barisan Calon BN Sarawak Akan Saksi Perubahan Besar Dalam PBB, Kata Taib
KUCHING, 21 Mac (Bernama) -- Barisan calon Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi pilihan raya negeri akan datang yang dijadual diumumkan sehari sebelum penamaan calon, bakal menyaksikan perubahan besar dalam senarai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), daripada segi muka baru yang akan dicalonkan.
Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi BN Negeri dan Presiden PBB berkata sudah menjadi amalan pengumuman senarai muktamad calon hanya dibuat selepas disahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN pusat.
"Saya masih belum menerima senarai bagi tiga lagi parti komponen BN negeri tetapi kira-kira sesuku daripada 35 calon PBB adalah muka baru dan muda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sarawak 2011 di sini, hari Isnin.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat di sini pada Rabu untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas Dewan Undangan Negeri dengan 71 kerusi dibubarkan hari ini untuk diadakan pilihan raya negeri ke-10, dijangka bulan depan.
Ketika ini, BN menguasai 63 kerusi iaitu 35 daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 12 manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.
Enam lagi kerusi dikuasai oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-maing menguasai satu kerusi.
Kepada soalan siapakah yang mungkin dipilih sebagai pengganti beliau, Taib yang pada Sabtu lepas berkata yang beliau akan meletakkan jawatan pada pertengahan penggal baru, memberitahu pihak yang sangsi supaya melihat rekod beliau, terutamanya selama 30 tahun menerajui kerajaan negeri.
"Jika anda mengkaji kelakuan saya lebih 30 tahun lepas, saya tidak pernah berbohong atau bermain politik kotor," katanya semasa diminta mengulas kenyataan pemimpin DAP Lim Kit Siang behawa beliau bersikap "kabur dan terumbang-ambing" mengenai perancangannya untuk meletakkan jawatan, termasuk tidak menamakan penggantinya.
"Semasa pilihan raya, anda tidak mahu wujudkan isu. Saya mengambil sikap berdiam diri berbanding dengan DAP," kata Taib yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian di samping dipertanggungjawabkan mengetuai kempen pilihan raya BN.
Sambil menyelar Lim, katanya: "Anda fikir saya bodoh (sehingga tidak mempunyai pelan peralihan)? Kenapa DAP tidak menamakan pengganti mereka?"
-- BERNAMA
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants