Jangan Perjudi Masa Depan Dengan Undi Pembangkang - TaibMIRI, 8 Mac (Bernama) -- Rakyat di negeri ini tidak harus memperjudikan masa depan dengan mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana pakatan pembangkang tidak bersatu sepertimana Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Taib yang juga Pengerusi BN negeri berkata kegagalan mencapai persetujuan mengenai siapa yang bakal menjadi perdana menteri di kalangan pakatan pembangkang, jelas menunjukkan tiada kesepakatan dan perpaduan di kalangan parti-parti pembangkang.
Ini berbeza dengan BN yang mempunyai hala tuju yang jelas mengenai siapa yang patut menerajui kerajaan, katanya.
"BN mempunyai rekod kerja yang baik dalam soal meningkatkan pembangunan infrastruktur di Sabah and Sarawak," katanya pada sesi bertemu rakyat di Bekenu di sini Jumaat.
Beliau berkata pembangkang tidak mampu menandingi rekod baik BN kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai kebolehan dan juga pengalaman untuk mentadbir urus negara.
Oleh yang demikian, beliau mahu rakyat memberikan mandat kepada BN untuk terus mentadbir negara pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kesinambungan pembangunan di negeri ini.
-- BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!