http://www.papagomo.com/2011/07/ekslusif-konspirasi-pembunuhan-mangsa.html
petang mukaku menunggu cahaya...

http://www.papagomo.com/2011/07/ekslusif-konspirasi-pembunuhan-mangsa.html
Mungkin inilah yang tidak mereka mahukan dengan mengadakan BerShit!! Tetapi rakyat masih perlukan jawapan!!!
Sekiranya Datuk T sudah disaman maka sahlah video itu memang wujud dan bukan rekaan!! Kini episod akan menyusul untuk mengupas satu-persatu 8 elemen dalam video salah laku Anwar Al-Depan Belakang!
Beginikah caranya pihak pembangkang yang ingin mengambil jalan pintas ke Putrajaya?!
Adakah kerana pihak pembangkang sudah tahu bahawa sokongan ke atas mereka semakin hambar mengakibatkan mereka perlu mengambil cara mudah sedemikian!??
Dilihat bapa propaganda 13 Mei sudah menyarungkan jersi bersih! Adakah peristiwa 13 Mei akan berulang?!!
Sekiranya ini bukan berunsur politik, maka pihak berkuasa patut menggunakan akta keselamatan negara yang mengganggu ketenteraman awam!?!
Pok Nik dah lari keluar Malaysia sementara suku-sakatnya masih mengajak pengikut PAS turut serta dalam perhimpunan haram ini!?? Sam Ketot sudah nyata menjadi penghasut utama untuk menggulingkan kerajaan!?! Apa tunggu lagi! Serbuuuu!!
PBB Pantai Damai buat laporan polis bantah perhimpunan BERSIH
Posted on Utusan Borneo June 27, 2011, Monday
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi mengetuai PBB Cawangan Pantai Damai membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Kuching semalam bagi membantah penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang dijadualkan diadakan pada 9 Julai nanti.
Dr Rahman yang ditemui berkata, laporan itu dibuat sebagai langkah pencegahan untuk sebarang kemunginan bakal berlaku di Sarawak.
“Kami kepimpinan dan ahli-ahli PBB Cawangan Pantai Damai mengutuk sekeras-kerasnya usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menganjurkan perhimpunan haram,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sentral di sini semalam. Seramai 11 ahli exco PBB Cawangan Pantai Damai mengiringi beliau membuat laporan polis.
Tambahnya, Sarawak yang mempunyai penduduk berbilang kaum telah lama hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormat-menghormati yang mencerminkan perpaduan menerusi konsep 1Malaysia yang sebenar.
“Oleh sebab itu, kita tidak mahu ada sebarang usaha yang cuba untuk merosakkan masa depan rakyat negeri ini dalam apa bentuk sekalipun,” tegasnya.
Jelasnya, penganjur perhimpunan turut dipengaruhi oleh pihak pembangkang yang bertopengkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhasrat untuk menganjurkan perhimpunan atas alasan politik semata-mata.
“Apabila pakatan pembangkang tidak berjaya menawan Putrajaya dalam PRU Ke-12 yang lalu, sekarang mereka cuba hendak merampas kuasa secara paksa dengan menganjurkan demonstrasi haram ini,” katanya.
Pada masa yang sama Dr Rahman berkata, perhimpunan haram itu juga mampu menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara serta perpaduan rakyat.
Justeru, beliau menggesa agar polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk aktiviti perhimpunan haram.
“Diharap pihak polis negeri Sarawak tidak membenarkan sebarang perhimpunan serupa dianjurkan di mana-mana tempat di Bumi Kenyalang,” kata Dr Rahman.
Selain itu, beliau turut mengutuk Bruno Manser Foundation (BMF) yang turut cuba menggugat dan merosakkan pembangunan negeri Sarawak.
“Kami kepimpinan dan ahli-ahli PBB Cawangan Pantai Damai berikrar akan berdiri teguh dan memberi sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Menteri Pehin Seri Abdul Taib Mahmud serta mengecam sebarang usaha untuk menggugat kestabilan politik dan kepimpinan negeri ini,” ujarnya.
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants