Tempat: Dewan Rukuntetangga SS5C Kelana Jaya (depan Kompleks Tabung Haji),Tarikh: 14.12.2011Masa: 8.30malam.
petang mukaku menunggu cahaya...

Tempat: Dewan Rukuntetangga SS5C Kelana Jaya (depan Kompleks Tabung Haji),Tarikh: 14.12.2011Masa: 8.30malam.
![]() |
| Perbarisan Akhir Tahun Maktab Tentera DiRaja |
Orang minyak’ ditangkap oleh mangsanya ketika cuba mencuri
Utusan Borneo by AMIR ANUAR. Posted on December 14, 2011, Wednesday
PELIK ... Tindakan lelaki berkelakuan pelik ini mencuri di kediaman mangsanya, berakhir setelah ditangkap oleh mangsanya sendiri.
TAWAU: Seorang lelaki berkelakuan pelik bagai ‘orang minyak’ yang hanya memakai seluar dalam dan bersenjatakan pisau lipat ketika memecah-masuk sebuah rumah di Taman Semarak di sini pada awal pagi kelmarin berjaya ditangkap oleh mangsanya.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi itu, Utusan Borneo difahamkan badan lelaki separuh bogel terbabit dilumuri dengan minyak dan berbau busuk, manakala mukanya pula ditutup dengan kain baju.
Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Along, 30, lelaki pelik tersebut cuba melawan ketika hendak ditangkap, malah cuba menikamnya dengan pisau lipat sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.
“Hasil bantuan adik kandung dan adik ipar saya, kami berjaya juga menangkapnya dan merampas semula wang RM2,000 dan enam buah telefon bimbit milik ahli keluarga kami yang cuba dilarikan oleh lelaki itu,” katanya.
Along menjelaskan sebelum kehadiran ‘orang minyak’ yang sedang mencuri di rumahnya itu disedari, beliau dan lapan lagi penghuni yang lain sedang tidur namun mujur isterinya terjaga selepas pintu bilik mereka cuba dibuka oleh seseorang.
Sebaik dikejutkan oleh isterinya, beliau terus bergegas turun ke tingkat bawah dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali dan berkelakuan pelik sedang menyelongkar ruang tamu rumah mereka.
“Selepas itu saya mengejutkan pula dua ahli keluarga saya yang lain untuk menangkapnya, tetapi lelaki tersebut melawan sehingga berlaku pergelutan selama beberapa minit sebelum kami berjaya menangkapnya,” tambahnya.
Beliau berkata susulan daripada penangkapan lelaki pelik berkenaan, mereka terus menghubungi pihak polis yang kemudiannya tiba bagi melakukan tangkapan semula dan mengambil keterangan mereka.
Mengulas lanjut, Along berkata lelaki itu dipercayai memecah-masuk melalui jendela dapur rumahnya, dan dalam masa sama beliau akui kejadian itu merupakan insiden kedua yang menimpa mereka kerana sebelum ini rumahnya pernah dipecah-masuk pada November lepas.
Menurutnya lagi, laporan polis berhubung insiden terbabit juga telah dibuat dan pihak polis yang dihubungi oleh pemberita pula mengesahkan mengenai insiden berkenaan dan penangkapan lelaki terbabit.
RM500 tidak berbaloi sekiranya hanya tampung kos pengangkutan penduduk
Posted on December 13, 2011, Tuesday
MIRI: Bantuan RM500 tidak berbaloi sekiranya jumlah berkenaan hanya cukup untuk menampung kos pengangkutan penduduk yang terpaksa melalui perjalanan yang jauh untuk memohon bantuan berkenaan.
Kos pengangkutan yang tinggi kerana lokasi kediaman yang berselerak di luar bandar mungkin akan meminggirkan penduduk daripada mendapat bantuan berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entri Muran berkata, mekanisme penyampaian perlu pragmatik agar penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah dapat dibantu.
“Kami telah mengemukakan masalah ini dan berharap pihak berkuasa yang berkenaan akan merancang dengan penyelesaian yang praktikal untuk mengatasi masalah dan aduan daripada rakyat sebelum tarikh akhir permohonan bantuan.
“Penduduk juga berdepan masalah tidak mempunyai slip gaji, ahli keluarga yang tinggal berjauhan dan kos pengangkutan yang tinggi untuk mendapatkan bantuan ini,” jelasnya.
Entri yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) memberitahu, borang perlu diedarkan kepada penduduk agar mereka tidak dibebani kos pengangkutan yang tinggi hanya untuk mendapatkan borang dari kawasan pekan terdekat atau bandar.
Kerjasama daripada ketua-ketua kaum dan tuai rumah juga penting agar penduduk yang layak dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 menerima bantuan yang diagihkan dengan saksama.
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants