![]() | |||
| Khalid Gagap Pakai Kasut!!?? |
![]() |
| DAP Nga Kor Ming |
petang mukaku menunggu cahaya...

![]() | |||
| Khalid Gagap Pakai Kasut!!?? |
![]() |
| DAP Nga Kor Ming |
Tambah Subsidi Minyak, Bukti Kerajaan Tidak Bankrap
March 28, 2012 myKMU.net
DIKALA negara serantau terutama Indonesia menaikkan harga minyak, negara kita yang tercinta ini mengekalkan harga produk petroluem tersebut dengan menambah 10 sen bagi setiap satu liter. Jumlah itu nanti di darabkan lah dengan jumlah keseluruhan liter penggunaan minyak dalam negara kita.
Silap-silap kosnya mau memakan bilion.
Sudah tentu pembangkang akan kata tindakan ini untuk memancing undi - macamlah yang depa janji segala bulan dan bintang dalam buku Jingga dan luar buku Jingga itu bukan sebab nak pancing undi. Pancing undi juga tapi sebab depa yang buat, taklah mahu digambarkan begitu.
Pedulilah pancing undi atau tidak, yang penting kerajaan BN sekarang laksana apa yang dia janji dan cakap, sementara puak-puak pakatan harami ini janji, buatnya belum tentu. Kalau Selangor dijadikan contoh, dari 31 janji manifesto 2008, yang baru dilaksanakan hanya 1, itupun sedang mengalami banyak masalah sekarang ini.
Dari bekalan yang hampir tidak cukup, sehingga kepada pemberian yang tidak menyeluruh (rumah pangsa tak dapat).
Keupayaan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menguruskan ekonomi dengan baik inilah yang rakyat perlu timbang dan ambil berat. Disebalik segala macam pemberian yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2011, Oktober tahun lepas, kerajaan masih berjaya mengekalkan pemberian subsidi dan manfaat sedia ada.
Kalau kerajaan bagi BR1M tapi kurangkan bantuan penerima dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) umpamanya, itu cerita lain, masalahnya sekarang ini BR1M beri juga, wang bantuan dibawah JKM tak kurang sesen pun.
Jangan kita baca apa pembangkang tulis, semua pun rugi, semua pun tak jadi, penyelewengan sana sini dan sebagainya.
Itu kata mereka tapi rakyat boleh nilaikanlah sendiri macam mana kebolehan dan kebijakan kerajaan BN ini menguruskan kewangan negara dengan baik.
Memang penulis akui, minyak kita tidak akan kekal selamanya murah seperti sekarang, itu adat. Sama juga, tidak akan ada sesiapa pun yang rela gajinya sama setelah bertahun-tahun berkhidmat. Sampai satu masa kerajaan akan mengkajinya semula tapi percayalah kerajaan akan memastikan rakyat mempunyai wang untuk menampung kenaikan tersebut.
Pembangkang pun tak berani nak janji harga minyak akan kekal selamanya pada paras mana yang mereka janjikan sekarang. Kalau depa berani, dah lama disebut dalam buku Jingga yang harga minyak akan dikekalkan pada paras sekian-sekian, selama mereka jadi kerajaan.
Tak berani nak janji pun, gebang sementara belum dapat bolehlah.
Yang penting, ekonomi perlu ada keseimbangan dan keseimbangan itulah yang berjaya diuruskan dengan baik oleh kerajaan BN sekarang. Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang dibawah DAP, negeri itu hampir menjadi Singapura kedua kerana tanahnya yang terlalu mahal, tidak mampu dibeli orang tempatan melainkan rakyat dari republik tersebut.
Sedangkan BN, walaupun mengakui orang yang ada duit berhak membeli hartanah yang bersesuaian dengan pendapatan masing-masing, tapi hak rakyat yang kurang berkemampuan tidak diketepikan. Ini yang penulis sebutkan keseimbangan. Itu baru mengambil rumah sebagai contoh, yang lain lagi?
Adakah kerja ini mudah? Sudah tentu tidak tapi kerajaan BN berjaya mengawalnya dengan baik. Maka itu, undilah BN, tolak PAS, DAP dan PKR.
Guan Eng ditempelak sekarang puji Hassan Marican
27/03/2012 5:01pm
KUALA LUMPUR 27 Mac – Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan kenapa kerajaan melepaskan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican, sehingga diberikan jawatan oleh syarikat Singapura, memakan diri hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, tindakan Guan Eng (DAP-Bagan) yang cuba menunjukkan perhargaan bagi pihak pembangkang terhadap usaha Hassan memajukan Petronas, bertentangan dengan serangan yang dibuatnya terhadap Petronas dan Hassan semasa Guan Eng menjadi Ketua Menteri pada 2008.
"Saya gembira kerana YB Bagan kini puji Tan Sri Hassan sebab saya masih ingat selepas menjadi Ketua Menteri pada tahun 2008, antara kritikan pertama yang beliau lakukan ialah terhadap pengurusan tertinggi Petronas.
“YB Bagan telah mengeluarkan komen bahawa pegawai atasan Petronas iaitu Tan Sri Hassan sering berbelanja dengan tinggi seperti menggunakan jet milik Petronas. Itu dulu la tapi sekarang dah puji,” katanya kepada satu pertanyaan Guan Eng semasa sesi soal jawab.
Guan Eng meminta Perdana Menteri menyatakan sebab kenapa kerajaan melepaskan Hassan dan menyifatkan kehilangan itu sebagai satu tamparan terhadap usaha menarik balik hampir dua juta orang berbakat yang meninggalkan Malaysia sejak merdeka serta berapa ramai yang berjaya ditarik balik sejak Talent Corp ditubuhkan.
Nor Mohamed berkata, Hassan memang diakui seorang tokoh korporat yang banyak menyumbang kepada negara.
"Kita yakin beliau akan terus menyumbang dari luar negara menerusi jaringan perniagaan dan jawatan yang disandangnya di Singapura dan ini akan membantu mengeratkan lagi hubungan antara dua negara,” katanya. - BERNAMA
Kecewa tindakan Dong ZongNORSHAHZURA MAT ZUKI
27 Mac 2012SHAH ALAM – Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) perlu bertanggungjawab terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong ditumbuk dalam perhimpunan pendidikan Cina di Kajang, kelmarin.
Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan sedemikian bukan contoh yang baik dalam negara ini.
Menurutnya, hasrat Dong Zong menjadi pertubuhan pendidikan ekstrem cina di negara ini, tidak mencapai apa-apa matlamat, kecuali menjadikan bangsa Melayu dan India lebih berwaspada dengan corak politik pendidikan pertubuhan itu.
“Rentak perang dimainkan oleh mereka membawa maksud pelbagai dan tidak menguntungkan Cina keseluruhannya.
“Pertubuhan itu dilihat mahu mendekatkan sistem pendidikan negara ini menghampiri sistem aparteid yang dibuat dan ditolak oleh semua bangsa di dunia ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Tegasnya, jurang besar pendidikan tidak menyumbang kepada negara aman, stabil dan makmur.
“Kaum Cina wajar mencari pendekatan lebih baik dan selamatkan dunia pendidikan negara ini daripada Dong Zong,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, tindakan peserta perhimpunan terhadap Wee mengecewakan dan menunjukkan tanda-tanda kesopanan rakyat di negara ini dirosakkan.
Menurutnya, tindakan sedemikian bertujuan melepaskan perasaan tidak berpuas hati mereka mengenai kekurangan guru sekolah Cina di di Sekolah Rendah Cina.
“Sebelum ini, mereka berjanji untuk mengadakan perhimpunan secara aman tetapi tindakan mereka pada hari tersebut berlandaskan emosi mencemarkan majlis itu.
“Sebagai rakyat di negara ini, kita harus bertoleransi dalam membantu menyelesaikan masalah yang menjejaskan pendidikan Cina,” katanya.
Beliau berkata, sebelum ini Wee, yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, telah menyatakan kesediaannya untuk membantu menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan.
“Mereka tidak perlu terburu- buru kerana keganasan tidak membantu menyelesaikan masalah. Isu pendidikan bukanlah mudah kerana ia memerlukan masa dan usaha untuk menyelesaikannya,” katanya.
Loh berkata, penyokong pendidikan Cina perlu menunggu dengan sabar untuk melihat lapan pelan penyelesaian yang akan memberikan berita baik kepada mereka dalam masa terdekat.
Tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia dilanjut ke 30 April
26/03/2012 7:19pm
PUTRAJAYA 26 Mac – Tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang sepatutnya tamat pada 31 Mac ini dilanjutkan sehingga 30 April ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, ini bagi memberi peluang kepada pelajar yang belum berkesempatan menggunakan baucar itu untuk berbuat demikian termasuklah pelajar yang diterima masuk ke institusi pengajian tinggi bagi sesi pengambilan kedua, awal tahun ini.
"Pelanjutan itu memberi peluang kepada pelajar yang telah diberi BB1M untuk menunaikannya bagi membeli buku dan bukan untuk mana-mana pihak mengemukakan permohonan tambahan atau baru.
"Baucar ini hanya layak untuk pelajar yang menyambung pelajaran sebelum 31 Mac sahaja dan tidak layak kepada yang masuk pada April,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kursi Akademik Luar Negara di sini hari ini.
Baucar buku bernilai RM200 itu diberikan kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar tingkatan enam sejak awal tahun ini seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012.
Sehubungan itu, Khaled berkata, semua kedai buku yang menyertai program ini dikehendaki menerima BB1M daripada pelajar walaupun sah laku yang dicetak pada setiap keping baucar hanya sehingga 31 Mac depan. – BERNAMA
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants