Khamis, 19 April 2012
#OccupyDataranMerdeka dan #MansuhPTPTN Kelam-Kabut Apabila Razali Turut Serta?!?!?!
Posted by Unknown
10:15 PTG, under Bersih 3,DBKL,Kuala Lumpur,Mansuh PTPTN,Muhamad Razali,Occupy Dataran Merdeka | 1 comment
Berikut adalah petikan dari youtube bagaimana #Occupydataran kelam-kabut ketika demo awal ala Bershit di Dataran Merdeka!?!?!
Inikah rupa samseng yang dihantar?!?! Setakat berpandangan mata dan berjalan ke hulu ke hilir di Dataran Merdeka dah digelar samseng?!?! Apa bezanya dengan penghuni haram di Dataran Merdeka?!??!
UMB PRS Terus Mara!?!?!?
Posted by Unknown
9:11 PTG, under Barisan Nasional,Dr James Masing,PRU13,Sarawak,UMB BN,UMB PRS | No comments
Dr James Masing melengkapkan jentera PRU13 PRS dengan memberi peralatan dan kelengkapan yang secukupnya bagi membolehkan UMB PRS menjawab tohmahan dan fitnah pembangkang!?!?!? Namun kelengkapan sahaja tidak mencukupi sekiranya pengetahuan mengenai IT begitu cetek!!?! Sebab itulah mungkin hanya 5 orang sahaja yang layak di kalangan PRS untuk menjadi UMB PRS!?!?! Namun demikian dengan adanya sokongan daripada UMB BN nescaya jentera 5 orang boleh menjadi bertambah kukuh dengan isu yang dimainkan serentak dan bergema di alam maya!?!?!
Semoga PRS terus menyerang dan menghentak portal dan laman pembangkang menjelang PRU13!?!?! Selamat berjuang!!!??
BN siap sedia hadapi penulis blog
by Patricia Gari. Posted on April 19, 2012, Thursday
Mereka sering keluar kenyataan tidak benar, memburukkan BN dalam media
KUCHING: Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia berdepan dengan penulis-penulis blog yang sering mengeluarkan kenyataan tidak benar dan memburuk-burukkan BN dalam media sosial.
Menteri Kanan Tan Sri James Masing berkata, BN Negeri dan BN Pusat mempunyai sistem teknologi maklumat dan informasi masing-masing dan sudah melatih ahli parti yang lebih muda menguasai media sosial termasuk penulisan blog.
“Kita menjangkakan perkara sama seperti pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 akan berlaku semula pada PRU akan datang, BN berdepan dengan kumpulan ini yang menggunakan media sosial untuk mempengaruhi rakyat.
“Kali ini BN sudah bersedia untuk menimbal balik segala tohmahan dan kenyataan tidak benar mengenai BN dalam media sosial,” katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Kolokium Aplikasi Teknologi Maklumat (IT) Dalam Industri di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS), semalam.
Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah serta presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) bagaimanapun berkata, penulis blog memainkan peranan sangat penting dalam pilihan raya kerana masyarakat hari ini lebih berminat memperoleh maklumat daripada media sosial daripada media lain.
Beliau menambah kerajaan sentiasa mengalu-alukan usaha penulis blog memuatkan artikel dalam media sosial tetapi dengan syarat ia mesti mempunyai objektif yang jelas dan menyatakan perkara benar.
“Saya berpendapat apa jua yang dinyatakan oleh penulis blog dalam laman sosial masing-masing perlu ada objektifnya dan tidak memburuk-burukkan pihak lain tidak kira BN atau individu serta tidak terlalu berimaginasi… ini tidak bagus.
“Jangan gunakan media sosial untuk mengatakan perkara yang tidak benar kerana tindakan ini adalah salah,” katanya.
Sementara itu, BN Pusat dan BN Negeri ketika ini memiliki sistem ‘askar siber’ masing-masing bagi menimbal balik segala bentuk kenyataan tidak benar serta tohmahan terhadap BN dalam media sosial khususnya portal dan blog.
Baru-baru ini pula sebuah akhbar melaporkan PRS ketika ini mempersiapkan ‘askar siber’ parti itu bagi menghadapi PRU akan datang.
Menurut laporan akhbar itu lagi, parti itu mengambil tindakan tersebut kerana menyedari media sosial berkembang dengan begitu pesat ketika ini dan lebih penting jika dibandingkan dengan media arus perdana dari segi jumlah pembaca.
Akhbar itu memetik Masing selaku presiden PRS sebagai berkata: “Adalah perlu untuk BN Sarawak tidak mengulangi kesilapan lalu, memandang rendah kemampuan media sosial dalam membentuk pendapat rakyat.”
Menurutnya ‘askar siber’ yang diletak di bawah sebuah unit dikenali Unit Media Baru (UMB) sangat terlatih dan disifatkan sebagai ‘penulis blog terbaik di Malaysia’.
Mereka akan memberi gambaran yang lebih betul kepada umum tentang perkara yang berlaku di negara dan negeri ini.
Akhbar itu turut melaporkan UMB milik PRS terdiri daripada lima orang yang merupakan ahli parti yang dipilih berdasarkan minat dan pengetahuan meluas mereka mengenai isu-isu politik dan perkembangan semasa di Sarawak.
Selasa, 17 April 2012
DAP Pecah Cermin Kereta Sendiri Kemudian Tuduh Sabotaj!??!?!
Pecah kereta guna samseng dan tuduh orang lain buat hal!?!?! DAP memang biaDAP kerana menuduh perbuatan khianat memecah cermin kereta adalah berbaur politik!?!? Sememangnya DAP telah menyuruh samseng mereka untuk memecah cermin ahli DAP dan menuduh orang lain demi mendapat simpati rakyat!!?!? Mereka sudah jelas tiada modal lagi!!?!? Mereka juga mengaku bahawa terdapat ahli yang menguruskan bengkel kereta dan memberi diskaun serta separuh lagi dibiayai oleh parti!?!?! Kah! Kah! Kah!!
Mereka yang lakukan sudah pasti mereka terpaksa menggantikannya!?!?! Kalaulah benar perkara ini sabotaj sudah pasti mereka akan mengambil sepanduk dan mengadakan tunjuk perasaan!?!?! Lihatlah saja reaksi Chong seperti selamba dan bersahaja seperti merelakan tindakan samseng untuk memecahkan cermin agar rakyat memberi undi simpati!?!?! Memang nampaklah pihak pembangkang sudah kalah sebelum bertanding kerana cuma dapat menggunakan isu khianat dan tiada lagi isu politik sebenar!?!?!
Kalau tidak dipecahkan cermin mana mungkin teman mereka yang ada bengkel kereta itu mendapat upah!?!!? Rakyat Sarawak sudah tahu akan menjauhkan diri dari kedai yang memiliki unsur-unsur pembangkang sudah sememangnya bengkel kereta yang tiada pelanggan kini sudah mendapat 12 buah kereta termasuk wang insuran yang akan melambung dicajkan untuk disalurkan kepada DAP!?!?! Kawan tolong kawan dan kenapa mesti 12 buah kereta?!?! Kalau perbuatan khianat politik pasti meletup kesemua kereta di kawasan DAP itu setakat pecah cermin cuma DAP sahaja yang akan melakukannya!!?!?!
12 kereta dipecahkan cermin bahagian depan
Posted on April 16, 2012, Monday
BAU: Sebanyak 12 kereta yang diletakkan di tepi jalan dipecahkan cermin bahagian depan, manakala dua daripadanya rosak teruk di Kampung Sungai Pinang, malam kelmarin.
ANGKARA SIAPA?: Chong bersama penyokong DAP lain memeriksa keadaan salah sebuah kereta yang dipecahkan cermin bahagian hadapannya di salah sebuah restoran di Kampung Sungai Pinang, malam kelmarin.
Dalam insiden sekitar jam 8.30 malam itu, kesemua pemilik kenderaan sedang menghadiri majlis makan malam Parti Tindakan Demokratik (DAP) Mas Gading yang julung kali diadakan di sebuah restoran berdekatan.
Menurut salah seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang bertugas pada malam tersebut, insiden itu hanya disedari selepas menyaksikan tiga lelaki bermotosikal melarikan diri dari tempat kejadian.
Kejadian itu lambat disedari memandangkan keadaan jalan raya yang gelap, katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching semalam.
Chong yang juga setiausaha DAP Negeri melahirkan kekesalan berhubung insiden itu yang disifatkannya mempunyai unsur sabotaj.
Bagaimanapun, katanya penyokong parti yang mengusahakan bengkel kereta bersetuju untuk membantu pemilik-pemilik kenderaan untuk membaiki cermin hadapan dengan mengenakan potongan harga.
Parti juga akan menanggung separuh daripada kos tersebut.
Kes itu kini berada dalam siasatan polis.
Isnin, 16 April 2012
Antara SPDP, PRS dan G5!?!?!!?
Posted by Unknown
11:21 PTG, under G5,James Masing,Joseph Salang,Melaun Judat,PRS,PRU13,Sarawak,SPDP,William Mawan | No comments
Mawan yang hampir reda dengan gelagat G5 kini timbul perselisihan faham dengan PRS di Julau!?!?! Mungkinkah Mawan akan turun sendiri ke Julau untuk memberikan sokongan kepada Salang demi perpaduan dalam komponen BN?!?!? Mahukah Masing menerima perlakuan baik Mawan walaupun Salang sebelum ini tidak mahu berkempen untuk Judat sewaktu PRN 2011 yang genap setahun yang lalu?!?!!?
Mawan beri amaran kepada Kumpulan 5 jangan ganggu program SPDP
Posted on April 15, 2012, Sunday
KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif Sara-wak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom memberi amaran kepada Kumpulan 5 agar tidak mengganggu program-program anjuran parti ber-kenaan.
Katanya, bekas pemimpin SPDP yang dipecat daripada parti itu tidak wajar bertindak demikian kerana ia dianggap sebagai mensabotaj usaha untuk mengukuhkan sokongan rakyat terhadap parti komponen Barisan Nasional (BN), lebih-lebih lagi masa sekarang kian hampir dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“Saya akan menggerakkan semua sumber yang ada untuk menentang unsur-unsur yang mengganggu. Ini seolah-olah cuba menyekat kita untuk mengadakan program bersama rakyat dan pemimpin peringkat akar umbi,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi SPDP di sini, semalam.
Sambil memberi contoh malam tadi, Kumpulan 5 mengadakan majlis serentak ketika Mawan menghadiri majlis makan malam pada dua majlis berasingan di Bau iaitu terletak dalam kawasan Parlimen Mas Gading.
Parlimen Mas Gading kini diwakili Datuk Dr Tiki Lafe. Bekas naib presiden SPDP itu dipecat daripada parti ber-sama empat ahli Kumpulan 5 yang lain kerana menentang kepimpinan Mawan.
Kumpulan tersebut turut dianggotai bekas naib presiden kanan Datuk Peter Nansian Ngusie, bekas naib presiden Datuk Sylvester Entri Muran, bekas ketua penerangan Paulus Palu Gumbang dan bekas ahli Majlis Tertinggi Rosey Yunus.
Menjelang PRU13, Dr Tiki dikatakan masih berhasrat untuk mempertahankan kerusi tersebut meskipun SPDP mempunyai senarai calon sendiri untuk dikemuka- kan kepada pucuk pimpinan BN.
Justeru, Mawan berkata, dua nama akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk Mas Gading iaitu Harry Jinep dan Anthony Nogeh.
Selain Mas Gading, SPDP menurut Mawan mengekalkan penyandang di Parlimen Baram (Datuk Jacob Dungau Sagan), Saratok (Jelaing Mersat) dan Bintulu (Datuk Seri Tiong King Sing).
Dalam perkembangan lain, William menafikan wujud sa-botaj daripada SPDP terhadap Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum menjelang PRU13 seperti yang didakwa.
Mawan berkata, apa yang wujud ialah perselisihan faham berkaitan pelaksanaan projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut membabitkan Salang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat.
Salang yang juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan meru-pakan wakil rakyat daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), manakala Wong Judat ialah wakil rakyat SPDP yang menjawat jawatan Naib Presiden parti.
Lantaran itu, pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 pada April 2011, Salang tidak membantu berkempen di kawasan Wong Judat.
“Sekarang, masa (sudah) dekat PRU13, Wong Judat mungkin pula tidak membantu Joseph Salang dalam program-program yang berusaha mengekalkan sokongan daripada penduduk dari kawasannya.
“Mungkin ini yang menjadi bahan bualan orang dan wujud dakwaan ada usaha menjatuhkan Joseph Salang di Parlimen Julau menjelang PRU13,” katanya.
Pada Khamis lepas, Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing memberi amaran Parlimen Julau boleh jatuh ke tangan pembangkang jika parti komponen BN mensabotaj Salang selaku penyandangnya.
1100 Keluar SPDP Masuk Kelab BN Sarawak!?!?!?
Keputusan PRU12 2008 P192 Mas Gading |
Semalam 1100 orang ahli SPDP telah menyerahkan kad keahlian kepada Dr Tiki untuk menyertai Kelab BN Sarawak!!?!? Mungkin peluang ini akan diambil oleh G5 untuk meraih undi untuk PRU13 amat cerah!?!?! Namun ini bergantung juga kepada calon SPDP yang akan bertanding di Mas Gading kelak!?!!? Melihat kepada keputusan PRU12 yang lepas Dr Tiki memenangi majoriti sebanyak 4301 undi!!?? Ini berbanding dengan calon SNAP yang cuma berjaya mendapat 4250 undi manakala calon BEBAS kesemuanya hilang wang pertaruhan!!?!?
Sanggupkah SPDP berdepan dengan G5 di Mas Gading?!?!!? Mungkin SPDP tidak lagi mempunyai masalah dalaman dengan keluarnya ahli beramai-ramai untuk memberi sokongan mereka kepada ketua mereka yang sebenar!?!?
Lagi tamparan bagi SPDP
Posted on April 16, 2012, Monday
BUANG KAD KEAHLIAN: Dr Tiki (kiri) menerima kad keahlian SPDP yang dibuang daripada ahli di Opar pada majlis makan malam di Bau, malam kelmarin. 1,100 penduduk di Mas Gading keluar parti, sokong Kelab BN yang dipimpin G5
BAU: Sekitar 1,100 penduduk di Mas Gading telah keluar daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kerana menyokong Kelab Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Kumpulan 5 (G5).
Daripada jumlah tersebut, 743 adalah dari N.1 Opar manakala selebihnya dari Tasik Biru dan kad keahlian SPDP mereka telah dibuang oleh wakil masing-masing iaitu ketua kampung dan kaunselor ketika majlis makan malam anjuran G5 di Pusat Redeems di sini malam kelmarin (Sabtu).
Menurut jurucakap kumpulan tersebut Datuk Peter Nansian, kumpulan tersebut merupakan fasa pertama keluar daripada SPDP sekali gus menunjukkan sokongan besar kepada G5 yang juga dianggotai oleh Datuk Dr Tiki Lafe, Datuk Sylvester Entri, Paulus Palu Gumbang dan Rosey Yunus.
Dalam pada itu Dr Tiki yang juga Ahli Parlimen Mas Gading berkata meskipun tidak mempunyai parti namun beliau tetap berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasannya dan meneria peruntukan tahunan untuk diagihkan bagi tujuan projek rakyat.
Katanya, status tidak membimbangkan kerana kumpulan mereka kekal komited untuk memastikan kerusi kekal kepada Barisan Nasional (BN).
Dalam pada itu Paulus dan Rosey berkata G5 adalah platform untuk kumpulan itu bergerak ke depan dan terus berkhidmat kepada rakyat.
“Kami sering dilabelkan sebagai melawan bapa. Saya tidak setuju dengan tanggapan ini kerana kami ada alasan sendiri untuk apa yang telah kami lakukan. Dan kami bukan kumpulan menentang rakyat,” kata Paulus.
Entri dalam pada itu percaya kebanyakan daripada penyokong BN di Mas Gading adalah di belakang G5. Jelasnya, masalah timbul kerana beberapa orang dalam SPDP tidak mahu mereka dalam parti.
Nansian dalam ucapannya memberitahu bahawa G5 masih wakil BN dan mereka memegang jawatan dalam kerajaan.
Beliau, Entri dan Rosey katanya adalah menteri muda, Paulus pengerusi Lembaga Pelabuhan Miri dan Dr Tiki pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara.
“Kami dituduh mempraktikkan amalan politik yang negatif, tetapi kami bekerja dalam BN dan rakyat mahu kami terus dalam BN. Jadi kami bukan negatif,” katanya.