Isnin, 30 April 2012
Mari Jayakan!! Armada Pemuda PBB di Tebingan Kuching!?!
Posted by Unknown
1:09 PTG, under Armada Pemuda PBB,Barisan Nasional Sarawak,EXCO Pemuda PBB,PRU 13,Wan Hamzah Wan Paie | No comments
Armada Pemuda PBB kini berlabuh di Tebingan Kuching! Mereka akan mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, derma darah, sumbangan kebajikan kepada masyarakat yang memerlukan riadah dan sukan!!??
Di samping itu, Wan Hamzah mensasarkan bahawa lebih 1000 pemuda akan turun padang untuk memeriahkan acara ini. Terdapat juga pemeriksaan kesihatan percuma, pendaftaran pengundi dan kaunter maklumat!?!?! Kaunter ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah, LHDN, Jabatan Kebajikan dan agensi tempatan.
Semoga orang ramai terutama sekali pemuda PBB akan turun ke Tebingan Kuching untuk turut serta di samping belajar mengenai maklumat yang ingin disampaikan oleh agensi tempatan untuk mempermudahkan urusan dengan mereka.
Utusan Borneo, 'Misi kemanusiaan Armada Pemuda PBB Negeri jelajah seluruh negeri', theborneopost.com, 30 April 2012, <http://www.theborneopost.com/2012/04/30/misi-kemanusiaan-armada-pemuda-pbb-negeri-jelajah-seluruh-negeri/> dicapai pada 30 April 2012
Sabtu, 28 April 2012
Wanita PBB Akan Meriahkan Lagi Alam Siber!?!?!
Posted by Unknown
11:04 PG, under Barisan Nasional,Fatimah Abdullah,Ketua Wanita PBB,Sarawak | No comments
Selepas ini dunia siber akan dipenuhi dengan bloggers, facebookers dan cybertroopers yang lebih mahir dengan arena politik dengan adanya penglibatan wanita PBB!!?? Pihak pembangkang akan melihat serangan yang lebih pedih dan tepat kepada sasaran!?!? Pihak wanita PBB sekiranya berperang akan menyerang terus ke pusat keretakan dan fitnah!?!?! Jangalah berfikir pihak pembangkang boleh memfitnah sesuka hati lagi selepas ini!?!?! Dengan adanya sambutan media baru oleh wanita PBB maka, kerja menangkis fitnah di alam maya untuk mempertahankan kubu BN akan menjadi lebih mudah!?!?! Inilah yang kita mahu dan selamat berjuang kepada Wanita PBB!?!??
Wanita PBB perlu guna media sosial tangkis serangan pembangkang
Posted on April 28, 2012, Saturday
KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak harus ketinggalan dalam mempelajari atau memperlengkapkan diri dengan teknologi terkini termasuk media sosial.
BERSATU: Fatimah (tengah) bersama ahli Pergerakan Wanita PBB yang hadir bengkel semalam melakukan simbolik bersatu dalam usaha memajukan pergerakan wanita parti itu.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, Wanita PBB perlu sen-tiasa tahu tentang apa yang berlaku di sekitar mereka selain serangan terhadap Barisan Nasional (BN) melalui media sosial.
“Semasa pilihan raya khas-nya, pembangkang banyak menggunakan media sosial untuk membuat serangan terhadap BN namun bagi kita pula, kita agak lewat memasuki alam maya ini.
“Ia menyebabkan tiadanya usaha pada ketika itu untuk menangkis serangan pembangkang dan memperbetulkan keadaan sebenar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Bengkel Asas Kewartawanan bersama Majlis Tertinggi Wanita PBB Sarawak anjuran bersama SMBizD Management dengan Pergerakan Wanita PBB di ibu pejabat PBB di sini, semalam.
Menurut Fatimah, media sosial kini lebih berpengaruh dengan menyaksikan kebanyakan penggunanya adalah generasi muda dan ia ditambah lagi kini lebih 12 juta pengguna rakyat Malaysia kini menggunakan laman Facebook.
Bagaimanapun, kata beliau, Wanita PBB yang terlibat bukan sahaja sekadar belajar untuk melengkapkan diri dengan kemahiran mewujudkan blog mereka sahaja.
“Namun Wanita PBB juga perlu memahami pengisian dalam media sosial itu sendiri dan ia termasuk bagaimana menarik lebih ramai pembaca, menepis apa yang dikata pembangkang dan menyerang balik apa yang tidak benar,” kata beliau.
Fatimah turut berharap wanita-wanita PBB akan terus memainkan peranan mereka dengan meraih undi melalui pendekatan dari rumah ke rumah seperti yang dilakukan sebelum ini.
“Ikuti perkembangan semasa semasa dan dapatkan undi melalui pendekatan kita selama ini,” ujarnya.
Bengkel berkenaan semalam dihadiri kira-kira 36 orang peserta dan dihadiri Pengurus SMBizD Kas Alwi Sepawi.
Pahang Tepis Tohmahan NGO Mengenai Empangan Baram!?!?!
Posted by Unknown
10:53 PG, under Baram,Empangan Baram,Ketua Masyarakat,PRU13,Sarawak,Temenggung Pahang | No comments
NGO yang dicucuk hidung oleh Pakatan Haram kini mula memfitnah ketua masyarakat di sekitar Baram!?!? Mujurlah Temenggung Pahang telah bangkit bersuara untuk mempertahankan maruah mereka yang sedang dipermainkan oleh pakatan haram!!?!? Penduduk di Baram memang mempertahankan adat dan menghormati Ketua Masyarakat!!?? Ini berbeza dengan pemimpin pakatan yang telah mempergunakan NGO untuk kepentingan mereka!?!? Apalah gunanya bersekongkol dengan Pakatan Haram ini!?!?! Memang tiada faedahnya sudahlah mereka menyokong seks songsang!?!?! Sekarang ini sudah mula memfitnah ketua masyarakat!?!?! Eloklah kita jauhkan diri daripada pembangkang yang sudah sekian lama merinsak yang inginkan kuasa tetapi melalui jalan yang serong!?!?! Lihatlah Ketua Pembangkang mereka yang kini heboh dengan aiskrim Shamsidar!?!?!?
Ketua masyarakat Baram bersuara
by Mohd Achil Norrlatep. Posted on April 28, 2012, SaturdayTepis tohmahan NGO tak ambil endah cadangan bina Empangan Baram
TEMENGGUNG PAHANG
MIRI: “Kami bukanlah bodoh seperti lembu yang hanya ditarik hidungnya untuk menuruti sahaja tanpa usul periksa sesuatu perkara,” kata salah seorang ketua masyarakat Baram, Temenggung Pahang Ding Anyie.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab tohmahan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempersendakan ketua-ketua masyarakat di Baram dalam hal cadangan pembinaan Empangan Hidroelektrik Baram (Empangan Baram).
“Tidak pernah sekalipun mereka (NGO) dalam lebih 20 tahun perkhidmatan saya sebagai ketua masyarakat, bersemuka dan berbincang apa sahaja masalah atau buah fikiran,” katanya pada sidang media di Hotel Dynasty di sini, petang semalam.
Menurutnya, jika timbul perkara yang tidak memuaskan hati, ia boleh dibawa berbincang dan meja bulat adalah jawapan sebetulnya.
“Janganlah terus guna saluran surat khabar untuk berhubung dan memperkatakan yang bukan-bukan bersangkut paut dengan kami,” jelasnya.
Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan di manakah terletaknya adat dan budaya Kayan-Kenyah dalam konteks itu.
Mengenai kelayakan, kata beliau, setiap ketua masyarakat sama ada ketua kampung, penghulu, pemanca dan sebagainya mempunyai tauliah dilantik untuk jawatan berkenaan.
“Kami tahu semua adat kerana itulah yang melayakkan kami menjadi ketua masyarakat, itulah syarat utamanya, jangan cabar kami,” ujar Pahang.
Mengenai upacara sembahyang ‘Mayau Dalleh’ yang dijalankan di Nahah Itun Uvek, Long Na’ah pada Sabtu lalu, beliau menjelaskan ia adalah ‘Doa Penyuci’ yang dipimpin oleh paderi dan pastor Sidang Injil Borneo (SIB).
Ia bukannya seperti yang didakwa oleh pihak NGO bahawa upacara berkenaan sepatutnya hanya diadakan selepas ditimpa bencana besar di sesebuah kawasan.
Turut hadir pada majlis sama ialah Ketua Kampung (KK) Long Banyuk, Matthew Balang Jalong, Ketua Masyarakat (KM) Long Liam, Penghulu Ajang Wan, KM Long Silat Pemanca Joseph Ngau Lian,, KM Uma Bawang Penghulu Mering Iban Ding dan wakil KK Long Na’ah James Wan.
Ragad di Matang Bersama Najib!?!?
Posted by Unknown
10:40 PG, under Abdul Taib Mahmud,Isteri Taib Mahmud,Matang,Najib Razak,PBB,PRU13,Puan Sri Ragad,Ragad Al Walid,Ragad Taib,Sarawak | No comments
Jumaat, 27 April 2012
Najib Kini Gempur Kubu Wong Ho Leng!?!?!?
Posted by Unknown
6:06 PTG, under Barisan Nasional,Barisan Nasional Sarawak,Najib Razak,Sibu,UMNO | No comments
Kedatangan Perdana Menteri ke Sarawak memang mendapat sambutan yang begitu meriah!?!?! Rakyat di semua pelusuk begitu teruja apabila mendengar pemimpin kesayangan mereka kini berada di Sarawak!!?!?
Wong Ho Leng pasti risau dan duduk membantah sambil menangis merengek-rengek kerana Najib tidak mengajak dia untuk berjalan bersama!?!?! Sokongan bumiputera dan masyarakat Cina terhadap Najib begitu bersemangat sehingga BN Sarawak pasti dapat memenangi hati pengundi di Sibu!?!!?
Najib Sasar Pengundi Akar Umbi Di Sibu
Oleh Alan Ting
SIBU, 26 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula kerusi Parlimen Sibu yang disandang oleh DAP dengan menampilkan calon yang sesuai dan strategi yang betul pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata pemimpin akar umbi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Huong Haw Ching berkata berdasarkan undi yang diperoleh BN di tiga kerusi di Sibu pada Pilihan Raya Parlimen Sarawak tahun lepas, BN sebenarnya telah memenangi kerusi Sibu.
Beliau menbuat ulasan tersebut menjelang majlis makan makan 1Malaysia bersama rakyat Sibu yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini Khamis.
BN kalah tipis kepada DAP dengan perbezaan 398 undi pada pilihan raya kecil itu yang digelar 'Pertarungan Rejang' dua tahun lepas berikutan kematian penyandang BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew daripada SUPP.
Robert Lau Hui Yew mendapat 18,447 undi kurang daripada 18,845 yang diperoleh Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng untuk memenangi kerusi pada pilihan raya kecil itu. Calon Bebas Narawi Haron mendapat 232 undi.
BN memenangi kerusi negeri Bawang Assan dengan 1,808 undi dan Nangka dengan 5,302 undi tetapi kalah di Pelawan dengan 6,391 undi, iaitu memperoleh lebih 719 undi berbanding pembangkang, katanya.
Dikatakan sokongan bagi Dewan Undangan Negeri Sibu, terutama di kalangan pengundi Bumiputera, untuk BN telah meningkat.
"Dengan sokongan daripada pengundi bumiputera di Nangka, saya fikir kita boleh memenangi kerusi BN, walaupun saya jangkakan peluang itu 50-50 memandangkan tiada yang boleh dikatakan sebagai kerusi selamat," kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Ra'paee kepada Bernama.
Pemerhati politik tempatan percaya Sibu adalah satu-satunya kerusi Parlimen di kalangan kerusi bandar yang majoriti pengundi adalah kaum Cina yang mana BN mempunyai peluang untuk merampas semula pada pilihan raya akan datang.
Halangan mungkin wujud kerana perpecahan di kalangan anggota SUPP, terutama di peringkat cawangan tempatan, antara pengerusi cawangan dan menteri kanan negeri Datuk Seri Wong Soon Koh yang memihak kepada satu pihak dan Presiden parti Datuk Seri Peter Chin memihak pihak yang lain.
"Cawangan Sibu berharap dapat meletakkan calon mereka sendiri dan menyerahkan terus kepada ketua menteri dan perdana menteri, bukan kepada parti CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat) kerana ia tidak mengiktiraf Chin selaku presiden parti. Ada tiga calon parti berpotensi -- Datuk Vincent Lau, Robert Lau Hui Yew dan Datuk Seri Benny Lee," kata bekas anggota majlis tempatan Dr Gregory Hii.
Beliau memberitahu Bernama Vincent Lau mempunyai kelebihan, tetapi perpecahan yang melanda SUPP mungkin membolehkan DAP mengekalkan kerusi itu.
Wong dan enam ADUN parti itu tidak mengiktiraf Chin sebagai presiden baharu selepas mereka memboikot Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) SUPP Disember lepas, mendakwa ia tidak sah kerana berlaku salah laku dan penyelewengan semasa pemilihan cawangan SUPP.
Tetapi Hii berkata BN harus memilih calon yang sesuai dan melaksanakan strategi yang betul, seperti memainkan isu Wong, yang merupakan Pengerusi DAP Sarawak, yang memikul banyak tanggungjawab, ia mungkin berjaya menyebelahi BN.
Wong, selain merupakan anggota Parlimen, juga ADUN Bukit Assek dan ketua pembangkang negeri.
DAP berkata ia sukar untuk mengekalkan kerusi itu berikutan dakwaan peningkatan 900 pengundi pos di kawasan pilihan raya itu.
Bagaimanapun, Dr Jeniri Amir, penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata usaha oleh kedua-dua pihak yang bertentangan dalam politik akan menyebabkan jumlah pengundi berkurangan pada pilihan raya umum nanti.
Katanya pengundi mungkin kurang berminat kerana mereka berpendapat PRU adalah kurang menarik berbanding pilihan raya negeri, yang diadakan berasingan. Malah katanya jumlah mereka yang keluar mengundi pada pilihan raya negeri telah menurun.
Bagaimanapun, jika terdapat satu perkara yang pasti pada masa ini, adalah BN harus memuktamadkan calonnya bagi kerusi itu, walaupun ia telah mengenal pasti tiga calon berpotensi.
Sebaliknya DAP juga belum memutuskan sama ada penyandangnya Wong akan mempertahankan kerusi itu.
Wong berkata: "Kita akan mengumumkannya pada masa yang sesuai. Kita belum memutuskan lagi calon. Saya tidak tahu lagi. Terpulang kepada jawatankuasa pemilihan."
-- BERNAMA