Pembangkang mungkin melihat kenyataan Ketua Pemuda yang hanya memantau propaganda mereka sebagai lemah? Pembangkang jangan mudah lupa bahawa tohmahan mereka terhadap kerajaan kini disahut dengan lantang melalui Unit Media Baru yang sedia ada. Pembangkang tidak boleh sewenang-wenangnya menabur fitnah lagi di dunia siber ini.
Rakyat Sarawak juga sudah mula celik IT dan menyertai banyak group dalam Facebook tidak kiralah laman debat atau group forum politik. Antara laman debat yang aktif adalah Laman Debat Terbuka P.218, Dear YBs, muda tengah yang boleh dicari dengan mudah di dalam laman sesawang facebook.
Minggu ini juga Belia Sibuti- Miri akan menganjurkan Meet-Up Facebook Belia Sibuti Miri untuk menghiris pertualang dan menghapus fitnah di dunia maya.
Acara yang dijangka bermula dari 8:00 pagi sehingga 2:00 petang akan menyaksikan pembentangan kertas kerja oleh golongan belia dan tidak kurang juga oleh Y Bhg., Dato Sebastian Ting selaku Setiausaha Politik kepada YB Dato Seri Peter Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia.
Semoga dengan adanya Meet-Up Facebook ini, maka pengguna facebook Mesra-BN akan banyak dilatih untuk menangkis fitnah pihak pembangkang serta menyalurkan maklumat yang tepat kepada orang ramai.
Bagi yang belum mendaftar silalah ke pautan di bawah atau berhubung dengan Urusetia di bawah untuk maklumat lanjut.
- Khai - 019-8875177
- Andara - 019-8598548
- Siti Sarina - 019-8650054
T-Shirt Eksklusif menanti 250 orang pendaftaran awal. Jangan ketinggalan.
Pembangkang guna pelbagai kaedah sebar propaganda burukkan kerajaan: Fadillah
Posted on June 27, 2012, Wednesday
KUCHING: Pembangkang akan terus menggunakan pelbagai kaedah untuk menyebarkan propaganda terutama berbentuk tohmahan yang memburukkan kerajaan.
Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof berkata, pelbagai kaedah mereka gunakan bagi memastikan pembohongan sampai kepada rakyat termasuk menerusi blog, media sosial, radio dan risalah.
Menurutnya, Pergerakan Pemuda PBB tidak akan membiarkan perkara itu terus menular dan pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan rakyat menerima maklumat betul.
“Kami sememangnya memantau dan bertindak bukan sahaja menangkis tohmahan atau dakyah mereka (pembangkang) tetapi memberi penerangan dengan fakta yang betul kepada rakyat,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persediaan Pergerakan Pemuda PBB untuk menangkis tohmahan dan penipuan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, penerangan mengenai dasar dan usaha kerajaan sentiasa disalurkan kepada rakyat pada setiap masa.
“Kami akan terus memberi penerangan dan menjelaskan setiap tohmahan atau isu dibangkitkan pembangkang agar rakyat lebih memahami pihak mana yang benar,” ujarnya.
Pada masa sama, beliau menggesa rakyat negeri ini supaya melihat dan menilai kemampuan pembangkang secara bijaksana.
“Jangan bertindak mengikut emosi sebaliknya perlu mengambil kira fakta sebenar dan berfikiran secara rasional,” jelasnya.