Pehin Sri telah melancarkan perang ke atas pakatan pembangkang. Beliau menggesa para perwakilan agar sentiasa tidak gentar apabila berhadapan dengan pihak pembangkang.
Pehin Sri juga mengingatkan rakyat bahawa tidak ada satu kaum pun yang didiskriminasikan dalam politik pembangunan kerajaaan Barisan Nasional Sarawak. Pihak pembangkang hanya pandai menyalak dan tidak pernah menunjukkan sebarang pembangunan yang telah mereka bawa?
Pihak pembangkang mampu menjanjikan apa sahaja agar mereka dipilih menjelang pilihanraya kelak?? Tetapi rakyat semua mesti sedar bahawa kemajuan yang kita kecapi sekarang adalah melalui kerajaan Barisan Nasional.
Dalam ucapan penggulungan sesi Konvensyen Barisan Nasional 2011, Pehin Sri juga mengingatkan para pewakilan mengenai pengorbanan untuk parti dan negeri tercinta. Beliau berkongsi perjuangan mendiang Datuk Amar Sim Kheng Hong yang suatu masa dahulu bekerja keras untuk membangunkan Sarawak. Kini, usaha beliau telah diteruskan oleh anak beliau yang berjiwa rakyat. Prof Sim telah meletakkan jawatan beliau untuk menjadi wakil rakyat. Prof Dr. Sim Kui Hian yang hidup senang kini sanggup bersusah-payah untuk rakyat. Inilah perjuangan yang patut dicontohi dan suatu pengorbanan yang suci demi untuk meneruskan politik pembangunan di Sarawak.
Para perwakilan juga dinasihatkan agar berhati-hati dengan politik persepsi yang dimainkan oleh pihak pembangkang. Politik persepsi boleh memesongkan kebenaran dan berupaya menjadi propaganda untuk menggantikan perjuangan seorang wakil rakyat yang sebenar kepada dongengan dan fitnah. Politik persepsi pihak pembangkang yang cuba bertapak di Sarawak harus disahut dengan lantang dan penuh cabaran oleh rakyat Sarawak.
Pehin Sri juga mengingatkan para perwakilan bahawa Sarawak akan menjadi negeri yang memiliki ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ini akan dicapai dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5% setahun.
Pehin Sri juga memetik bahawa Sarawak, walaupun belum dibangunkan sepenuhnya sudah memiliki 1.3 juta kenderaan. Ini bermaksud sebuah rumah sudah mampu memiliki dua buah kereta. Hal ini boleh dibandingkan dengan negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat. Beliau juga memetik perangkaan bahawa, Sarawak terletak pada tangga ketiga dalam senarai negeri maju dalam bidang ekonomi negeri-negeri di Malaysia.
Lebih 30% rakyat Sarawak kini tergolong dalam tenaga mahir. Ini dapat dicapai dengan adanya institusi pendidikan tinggi di Sarawak seperti UNIMAS, Curtin University, Swinburne dan UiTM. Kerajaan sedar tidak ramai yang mampu membayar yuran persekolahan mereka. Inilah sebab utama ditubuhkan Yayasan Sarawak. Yayasan Sarawak akan menampung 2/3 daripada kos pembelajaran persekolahan di peringkat tinggi. Kerajaan Barisan Nasional Sarawak sedar dan sentiasa ingat akan pesan Perdana Menteri bahawa memberi biasiswa kepada pelajar adalah satu pelaburan dan bukan liabiliti kepada negara.
Bilangan pelancong ke Sarawak juga telah meningkat 28 kali ganda berbanding pada tahun 1980-an. Kerajaan Barisan Nasional Sarawak menghargai para pelancong asing dan akan menjana lebih banyak lagi peluang dalam membangunkan bidang perlancongan di Sarawak. Kerajaan Barisan Nasional Sarawak akan menyediakan terminal lapangan terbang kos rendah untuk menggalakkan industri pelancongan di Sarawak. Lebih banyak lagi perusahaan bas pelancong akan dikembangkan kerana industri perlacongan memberi banyak kelebihan kepada Sarawak.
Pehin Sri juga menyeru pereka fesyen bukan Islam untuk menceburi bidang rekaan fesyen halal. Menurut Pehin Sri, di Timur Tengah, ini merupakan pasaran yang mampu diceburi oleh para pereka fesyen di Sarawak. Anda tidak semestinya menjadi seorang Islam untuk mereka gaya fesyen Islam.
Industri pembuatan kapal juga akan dimajukan di Sarawak. Ini untuk menampung perkhidmatan perkapalan yang akan menjadi pesat membangun dengan adanya Tanjung Manis halal hub dan SCORE.
Sikap hormat-menghormati yang ada pada setiap orang Sarawak adalah penting. Semua pasaran dunia dapat ditembusi dengan adanya sikap dan fikiran yang terbuka. Ini akan terjadi dengan kerjasama yang lebih erat di antara beberapa kaum di Sarawak seperti Melanau dan Foochow.
Inilah kualiti yang dapat dimainkan untuk memasuki industri halal hub di Mesir atau di mana-mana sahaja. Industri halal Islam kini terdapat di serata pelusuk dunia. Inilah pasaran yang telah matang. Para pengusaha digesa agar menggunakan stimulus yang kini terdapat di Sarawak seperti Sarikei, Bintangor dan Tunoh.
Bioteknologi juga merupakan pasaran yang sudah matang di Sarawak. Dulu Sarawak dikecam apabila memecah tradisi dengan menceburi bidang sedemikian. Tapi kini kita sudah disanjung kerana berjaya meyakinkan pelabur asing untuk melabur dalam industri bioteknelogi dan biofarmasi di Sarawak.
Jangan gentar pembangkang
by Agnes Tugong. Posted on March 6, 2011, Sunday
Ahli BN perlu bersuara menentang penghasut cuba gugat kestabilan negeri: Taib
DUKUNG PERJUANGAN: Taib ketika berucap pada perasmian Konvensyen Barisan Nasional Negeri Sarawak 2011 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching semalam. — Gambar Jeffery Mostafa Utusan Borneo
KUCHING: Ahli-ahli Barisan Nasional (BN) tidak perlu gentar untuk bersuara bagi menentang penghasut dan musuh yang cuba menggugat kestabilan negeri dan politik kerajaan BN.
Pengerusi BN Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata setiap kaum di negeri ini telah menikmati kehidupan yang lebih baik dari tahun ke tahun dan tidak ketinggalan dari segi pembangunan.
Katanya, kemajuan politik di negeri ini dan negara amnya didirikan oleh anak kita sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.
Justeru katanya, siapa berani cakap BN tidak melakukan apa-apa untuk negara dan kenapa anda perlu takut untuk bersuara menentang penghasut dan musuh-musuh politik kita.
“Kalau anda percaya BN telah berjasa besar kepada negeri dan negara… apa yang perlu kita buat?
“Yang baik jangan dibiarkan menjadi terabai dan teruskan perjuangan kita untuk kejayaan rakyat.
“Oleh sebab itu, kita mesti perkuatkan lagi BN untuk kesinambungan rakyat pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Barisan Nasional Negeri Sarawak 2011 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.
Hadir sama pada majlis itu ialah para pemimpin BN negeri iaitu Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Pa-tinggi Tan Sri Dr George Chan, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Dato Sri Wiliam Mawan Ikom.
Terdahulu dalam ucapannya, Ketua Menteri turut menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mendiskriminasikan sesiapa dan tiada mana-mana kaum yang tersisih daripada pembangunan khasnya pendidikan.
Katanya, kita telah berjaya menukar rakyat yang susah kepada senang sebaliknya dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang tidak memahami erti kemiskinan sebenar.
“Memain-mainkan perasaan rakyat adalah tidak baik untuk rakyat dan rakyat akan ketinggalan daripada pembangunan.
“Tugas utama bagi mana-mana corak politik dalam negara adalah untuk membolehkan semua rakyat menikmati pembangunan.
“Justeru, kita mesti kekal setia kepada BN untuk memastikan pembangunan yang telah dikecapi berkekalan dan dipertingkatkan pada masa akan datang,” ujarnya.
Sementara itu, Taib yang turut menempelak pembangkang berhubung isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), berkata Penasihat Khas di Pejabat Ke-tua Menteri dan Ketua Informasi PBB Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem telah dilantik bagi memantau penggunaan taktik sedemikian.
“Jika diadakan perdebatan, Adenan mampu mematahkan hujah pembangkang,” kata Taib merujuk cabaran yang dilontarkan pengerusi negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian kepada beliau untuk mengadakan debat umum berhubung isu NCR.
Taib berkata pembangkang hanya pandai berjanji dan mereka masih perlu mengemukakan bukti konkrit berhubung per-kara itu.
Baru yang mendakwa kebenaran mengenai isu itu akan diketahui menerusi debat umum berkata, lebih 200 kes NCR masih tertunggak di mahkamah dan perkara tersebut disedari Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.