Ahad, 27 Mac 2011
Calon DAP Batu Kawah?
Posted by Unknown
7:56 PTG, under Barisan Nasional,DAP,DUN Sarawak bubar,Pilihanraya Negeri Sarawak,Pilihanraya Sarawak Ke-10 | 1 comment
Sabtu, 26 Mac 2011
Senjata Blog Adalah Pengetahuan Mendalam Mengenai Sarawak - Dr George Chan
Posted by Unknown
5:48 PTG, under Blogger Sarawak,Dr George Chan,Pilihanraya Sarawak,Sarawak,SUPP,UMB BN,UMB PBB,UMB PRS,UMB SPDP,UMB SUPP,Utusan Borneo | 1 comment
Jentera Barisan Nasional Sarawak semakin mantap dengan adanya pengurusan strategik dan arahtuju menjelang pilihanraya Sarawak ke 10. Sebelum ini Unit Media Baru yang ditubuhkan oleh komponen parti Barisan Nasional masing-masing hanya bergerak dalam suasana yang samar-samar kini dapat bertukar pendapat dan strategi apabila dihimpunkan dalam satu bilik gerakan!!
Maklumat yang selaras dan strategi untuk merempuh kubu pembangkang yang bersepadu telah digabungkan melalui Facebook, twitter, youtube dan blog. Mulai kini pembangkang harus gentar dengan jentera Barisan Nasional pilihanraya negeri Sarawak.
Sebelum ini ramai blogger yang tahu menghentam sahaja tanpa arah tuju spesifik untuk dimainkan!! Tapi kini dengan adanya peluru dan taktik gempur yang berkesan maka mudahlah untuk menyerang pihak lawan disamping menangkis fitnah dan fakta palsu yang asyik dimainkan dalam blog pembangkang!!!
Inilah pertama kalinya blogger pro Barisan Nasional dihimpun serentak yang sebelum ini hanya bertemu dalam alam maya. Dengan adanya bengkel sedemikian maka bertambah kukuhlah strategi dan penulisan yang akan dikeluarkan untuk jentera pilihanraya Barisan Nasional Sarawak kelak!!!
Penulis blog tempatan ada senjata rahsia lawan tohmahan, kata Dr Chan
Posted on March 26, 2011, Saturday
MIRI: Penulis-penulis blog tempatan memiliki senjata rahsia yang membolehkan mereka memenangi peperangan siber melawan tohmahan dan pembohongan dalam blog-blog pembangkang.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan memberitahu, senjata rahsia itu ialah pengetahuan mendalam mereka tentang keperluan rakyat dan negeri ini yang semestinya tidak dimiliki oleh pembangkang.
“Mereka fikir mereka tahu, tapi sebenarnya kita lebih tahu daripada mereka. Kita tahu cara untuk menyentuh hati mereka kerana kita tahu apa yang berlaku di tempat kita,” ujarnya ketika merasmikan Bengkel Media Baru anjuran Seksyen Komunikasi Strategik dan Majlis Keselamatan Negara Sarawak di sini petang semalam.
Beliau yakin akan kekuatan penulis-penulis blog tempatan walaupun penulisan mereka masih dianggap kurang menyengat oleh penulis-penulis dari Semenanjung Malaysia.
Sehubungan itu, beliau mahu penulis blog tempatan membuktikan keupayaan mereka dengan menggunakan pengetahuan mendalam tentang Sarawak sebagai kekuatan penulisan sekaligus meningkatkan keyakinan rakyat Sarawak terhadap kerajaan.
Dr Chan yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, blog merupakan jentera baru kepada Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman rakyat tentang peranan kerajaan dan program pembangunan yang dilaksanakannya.
Pada musim pilihan raya ini, tambahnya, Internet merupakan kemudahan komunikasi yang penting untuk kerajaan BN menyampaikan maklumat dengan mudah dan cepat.
“BN memerlukan sokongan daripada penulis-penulis blog yang berkemahiran dan berpengetahuan untuk menepis propaganda pembangkang yang sekarang disebarkan secara meluas di Internet,” katanya.
“Dengan kemahiran dan pengetahuan yang ada, kita boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menyokong kita (BN). Kita perlu memikirkan cara baru yang bercitarasakan kehendak rakyat untuk memikat sokongan mereka. Kita perlu cari titik yang boleh menyentuh hati rakyat kita.”
BN, katanya, akan menyediakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai bantuan kepada penulis-penulis blog menyampaikan mesej mereka dengan lebih cepat dan efisien.
Bengkel dua hari itu yang disertai penulis-penulis blog dari komponen parti BN Sarawak bertujuan untuk melatih dan membentuk unit media yang lebih mantap untuk BN.
Ia juga untuk mewujudkan jaringan antara blogger serta ahli Facebook, Twitter serta penggunaan YouTube untuk memperkuatkan pengetahuan pengguna Internet tentang BN.MIRI: Penulis-penulis blog tempatan memiliki senjata rahsia yang membolehkan mereka memenangi peperangan siber melawan tohmahan dan pembohongan dalam blog-blog pembangkang.
Sumber: Utusan Borneo
Calon Payung Terjun Pembangkang Merbahaya!!! - Gramong Juna
Posted by Unknown
12:40 PTG, under Barisan Nasional,Gramong Juna,Hari Mengundi Pilihanraya Sarawak 2011,Machan,PBB,Sarawak,Taib Mahmud | No comments
Calon payung terjun adalah merbahaya kepada rakyat. Ini ditegaskan oleh Menteri Muda Luar Bandar Sarawak, Datuk Gramong Juna. Calon payung terjun memang jahil dengan keperluan rakyat. Orang beginilah yang akan memudaratkan pembangunan baik dari segi ekonomi, sosial dan juga kemajuan kawasan itu.
Calon yang berjiwa rakyat akan menggunakan kebijaksanaan beliau untuk memajukan kawasan mereka untuk pembangunan rakyat agar menjana pendapatan dan sosio-ekonomi yang lebih tersusun. Mereka akan berhati-hati untuk membenarkan syarikat mengusaha-samakan tanah adat NCR agar tidak ditipu oleh syarikat-syarikat begini.
Rakyat hendaklah bijak mengkaji bakal calon yang dipilih. Jangan terikut-ikut balaci, pencacai pembangkang yang hanya melihat dari sudut keburukan. Lihatlah dari semua aspek. Rata-rata rakyat semuanya berakal dan mereka harus kenal semua aspek calon yang diturunkan oleh pembangkang. Jangan cuba memberi undi simpati akibat rintihan air mata Wan Azizah mahupun Nik Aziz kelak. Semua ini adalah lakonan politik mereka untuk meraih undi simpati.
25 Mac, 2011 16:02 PM
Calon Payung Terjun: Pembangkang Tidak Serius Untuk Berkhidmat Kepada Rakyat
KANOWIT, 25 Mac (Bernama) -- Parti pembangkang yang mengambil jalan untuk menggunakan 'calon payung terjun' di kawasan pilihan raya luar bandar tidak serius tentang kemenangan atau berkhidmat kepada rakyat, kata Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak Datuk Gramong Juna.
Masyarakat perlu menolak 'calon payung terjun' ini memandangkan mereka bukan sahaja kurang rekod pencapaian dalam memberi khidmat kepada rakyat, tetapi juga merupakan orang asing yang jahil terhadap keperluan penduduk setempat, katanya.
Gramong berkata demikian sebelum menyampaikan dividen berjumlah RM3.37 juta kepada pemilik tanah yang mengambil bahagian dalam Ladang Kelapa Sawit Kanowit (KOPP).
KOPP merupakan usahasama antara Boustead Group menerusi anak syarikatnya, Kuala Siddim Berhad, Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (Pelita) dan pemilik tanah dari lebih 100 rumah panjang di sini.
Pembayaran membabitkan peserta dari enam ladang akan dibuat secara berperingkat dan salah seorang daripada mereka menerima bayaran terbesar berjumlah lebih RM20,000.
Gramong berkata projek itu julung kali membabitkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini.
"Usaha kerajaan untuk membangunkan tanah NCR bertujuan melaksanakan pembangunan tanah yang mendatangkan pulangan ekonomi secara lebih tersusun di kawasan luar bandar demi manfaat pemilik tanah.
"Ini adalah usaha jangka panjang untuk menyusun semula kehidupan mereka berdasarkan konsep moden dan semestinyalah bukan rancangan jahat untuk merampas tanah mereka seperti yang didakwa oleh pembangkang," katanya.
-- BERNAMA
Jumaat, 25 Mac 2011
Kalau Sokong BN Cuti Tak Lulus??!!!
Posted by Unknown
9:33 PTG, under Anti BN,Balaci Pembangkang,Cuti Hari Mengundi,Dilema pengundi,Kempen Pilihanraya Sarawak,Pilihanraya Sarawak | No comments
Beginilah dilema yang dihadapi oleh rakan MP yang bekerja di kilang swasta dan bukan kerajaan. Mereka yang ingin turun berkempen untuk wakil rakyat mereka tidak dibenarkan mengambil cuti dengan alasan untuk kempen pilihanraya.
"Kami tidak menggalakkan pekerja kami berpolitik!" Begitulah jawapan pegawai dari bahagian sumber manusia.Kalau mahu berpolitik jangan bekerja dengan kami.
Ada juga yang memberi jawapan yang menyayat hati di bawah.
"Kalau kamu sokong BN cuti tidak approve, kalau sokong pihak pembangkang cuti kamu saya lulus terus!!"
Demikianlah balaci balaci pihak pembangkang yang sudah diletakkan di dalam bidang swasta dan bukan kerajaan untuk mensabotajkan hari mengundi. Dunia semakin maju begitu juga politik pembangkang. Orang yang bekerja di bahagian sumber manusia semuanya balaci DAP, PKR dan PAS.
Kalau ada ciri-ciri penyokong kerajaan pada diri seseorang maka sukarlah hendak memohon cuti pada musim berkempen. Mungkin kerajaan tidak sedar kesan ini kepada pilihanraya kelak. Sekiranya pengundi perlu bersusah payah untuk turun mengundi maka mereka tidak akan mengundi??? Mungkin satu undi tidak bermakna buat mereka tetapi sekiranya terdapat 800 pengundi yang menyokong kerajaan yang bekerja mengikut syif pada hari tersebut pastilah mereka tidak dapat mengundi.
Apakah langkah yang wajar untuk diambil bagi memantau aktiviti begini? Siapakah yang harus bertindak? Rata-ratanya undang-undang buruh di Sarawak memang hanya pada nama sahaja. Kesatuan pekerja pun tidak ada, maka siapakah yang akan membela nasib pekerja swasta seperti pekerja kilang atau tenaga mahir ini?
Sekiranya perkara ini berterusan maka bendera PAS, PKR & DAP akan berkibar di Putrajaya suatu hari kelak!!
PAS Parti Emosi Tanpa Perjuangan yang Tulus!!!!
Posted by Unknown
4:00 PTG, under Hadi Awang,Hari Mengundi Pilihanraya Sarawak 2011,Jentera Pakatan Rakyat,PAS,Sarawak,Taib Mahmud | No comments
Parti PAS memang sudah tidak diterima di Sarawak! Selagi HadiAwang tidak bercawat dan meminta maaf tidak payahlah berharap undi dari orang Sarawak!
Hadi Awang hendaklah peka dan sensitif kepada orang Sarawak. Buku Jingay yang diwar-warkan cuma hanya untuk kepentingan orang semenanjung. Kalau tidak percaya bacalah buku itu sendiri yang rata-ratanya memihak kepada kepentingan mereka. Isu royalti minyak yang diberi hanya sekadar 20% itu bukannya apa cuma sekadar melepaskan batuk di tangga!!!
Apakah prestasi PAS yang sangat dibanggakan oleh mereka? Sememangnya PAS cuma menjaga pil kuat dan harakah mereka sahaja!!! PAS lah parti yang tidak ada perjuangan asas. Kalau dibandingkan dengan PKR mereka ingin membebaskan Anugerah Tuhan dan membela nasibnya untuk dibawa ke Putrajaya!!!
KOTA BAHARU, 24 Mac (Bernama) -- Parti pembangkang, PAS hanya menumpukan sekurang-kurangnya pada tiga atau lima kawasan termasuk di Beting Maro pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April depan, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun.
"PAS hanya tewas kira-kira 800 undi sahaja di Beting Maro pada pilihan raya yang lalu dan PAS Kelantan menawarkan khidmat untuk membantu jentera PAS di sana.
"PAS diperuntukkan beberapa lagi kawasan di Sarawak dan kita akan bermati-matian jika diberi peluang bertanding," katanya kepada pemberita hari Khamis.
Beliau berkata pilihan raya negeri itu sebenarnya banyak memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa walaupun pihak pembangkang akan bermati-matian menentang BN.
Abdul Fatah berkata pihak pembangkang akan berhati-hati untuk berkempen di Sarawak kerana khuatir isu yang dibawa akan memerangkap diri sendiri berdasarkan kepada situasi budaya yang berbeza daripada di Semenanjung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi pilihan negeri Sarawak pada 6 April manakala hari pengundian 16 April.
credit to BERNAMA