Jumaat, 2 Disember 2011
Screenagers Perlu Sedar - Dr Zambry
Posted by Unknown
12:04 PTG, under Double Y,Dr Zambry,Fitnah,MB Perak,Perak,Politik Semenanjung,Suara Keadilan,UMB BN,UMB UMNO | No comments
Semalam pertemuan antara Dr Zambry dan para blogger UMB untuk bersantai sambil mengupas beberapa isu semasa. Paling menarik adalah istilah screenagers yang digunakan oleh Dr Zambry!!??
Beliau begitu cekal apabila percubaan untuk membunuh karakternya oleh Suara Keadilan berjaya dihapuskan dengan saman RM100 juta!?? Jelas disitu media alternatif mahupun media pembangkang memang menggunakan unsur fitnah dalam menyebarkan anasir jahat mereka!!?? Fitnah juga yang dapat menghancurkan sesebuah negara sekiranya rakyat cepat gemuruh dan tidak bersatu hati!!??
Ikutilah perbualan selanjutnya di pautan berikut.
Tahniah Tun!! Jasa mu disanjung!!!
Memang pemimpin yang berjiwa rakyat. Sebab itulah Tun masih diperlukan Sarawak. Tahniah sekali lagi!! Terima kasih kerana masih sudi menjadi Gabenor Sarawak.
Tun Salahuddin angkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri
Posted on December 1, 2011, Thursday
KUCHING: Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin semalam mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 5 Disember ini.
TANDATANGAN: Tun Salahuddin menandatangani surat pengisytiharan pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri.
Majlis yang diadakan di Lapau, bangunan Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya di sini, dimulakan dengan bacaan watikah pelantikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Kemudian Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani mengiringi Tun Salahuddin mengangkat sumpah sebelum menandatangani surat pengisytiharan disaksikan Taib dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjun.
Isteri Tun Salahudddin, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah turut hadir.
Tun Salahuddin menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Melawati, Putrajaya pada 29 November.
Beliau merupakan Yang di-Pertua Negeri ketiga dan melaksanakan tugas mulai 1977 hingga April 1981 selepas Tun Datuk Patinggi Tuanku Bujang Tuanku Othman.
Beliau dilantik semula ke jawatan tersebut untuk kali kedua pada 2001 menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce yang meninggal dunia pada Disember 2000.
Selesai majlis, Tun Salahuddin dan isteri menyertai tetamu-tetamu lain menikmati hidangan tengah hari di Seri Sarawak.
Antara tetamu yang hadir, isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, menteri-menteri kabinet negeri, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua kaum.
Dr MAZA Mencari Harapan di #PAU2011?!!
Posted by Unknown
6:48 PG, under Bekas Mufti Perlis,Dr MAZA,Minda Tajdid,Mohd Asri Zainul Abidin,PAU 2011 | No comments
Apakah bentuk harapan yang dimaksudkan oleh Dr MAZA ini? Kenapakah penulis teks ucapan PM disalahkan kerana kurang mantap mengupas harapan yang dicari?!!! Betulkah harapan ini yang boleh mengembalikan bukan sahaja kepimpinan UMNO kembali malah kepercayaan kepada Barisan Nasional sekaligus!!!??? Bacalah seterusnya dari sumber yang dipetik dari Minda Tajdid.
Perhimpunan Agung UMNO 2011 Dan Harapan- Dr Asri
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya pulang ke Malaysia untuk seketika. Jadi panel forum dan tetamu jemputan sempena Persidangan Agung UMNO 2011. Saya rasa wajar saya hadir, sebab Muktamar PAS yang lepas saya telah hadir sebagai tetamu. Menghadiri, mendengar secara langsung, merasai suasana, bertemu sahabat handai yang menjadi pimpinan parti-parti tersebut mempunyai ‘sentimental values’ yang tersendiri.
Saya berterima kasih kepada kedua-dua parti tersebut yang masih sudi menerima saya sebagai sahabat. Bahkan pada 27hb November baru-baru ini saya juga dijemput oleh PKR untuk memberikan ucaptama Maal Hijrah sempena Mesyuarat Agung mereka. Namun saya tidak dapat hadir atas faktor masa. DAP juga pada tahun 2008 pernah menjemput saya semasa mensyuarat agung mereka untuk memberikan syarahan khas. Masa itu saya juga tidak dapat hadir atas sebab tertentu.
Secara umumnya, saya rasa parti-parti politik di Malaysia masih lagi mempunyai ruangan untuk pandangan pihak luar parti yang kadang-kala berbeza di sana-sini. Juga, mungkin saya boleh anggap itu sebagai satu pengiktirafan kepada pihak ketiga yang tidak terikat dengan parti tertentu. Bukan pengiktirafan peribadi, tetapi untuk semua pihak yang ‘sealiran’ di sudut ketidakterikatan dengan parti tertentu.
Third Force
Hal ini memang wajar, atas banyak sebab. Antaranya; pihak ketika atau ‘third force’ dalam negara ini bertambah meningkat. Golongan yang tidak terikat dengan lambang parti mungkin melebihi 65 peratus dalam negara ini. Mereka ini biasanya terdiri dari golongan yang ‘mesra’ dengan dunia teknologi maklumat yang pelbagai dewasa ini.
Biasanya mereka terdiri dalam kalangan golongan muda yang sukar untuk digula-gulakan, atau diperbodohkan di segi maklumat. Sekeras mana regim-regim Arab pun telah tergugat dan tumbang akibat ledakan dunia komunikasi dan maklumat moden ini. Keadaan ini nampaknya diakui oleh ucapan Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaludin dalam ucapan mereka di perhimpunan agung ini.
Saya melihat suasana Perhimpunan UMNO kali ini ada ‘ketegangan perasaan’ memandangkan pilihanraya ke-13 sudah hampir. Isyarat dalam banyak ucapan memberi tanda jika UMNO gagal kembali menawan hati rakyat, tidak mustahil untuk berlakunya pertukaran kerajaan pusat.
Kebimbangan itu dilahirkan samada untuk menjadikan ahli-ahli UMNO lebih bersungguh, ataupun sememang ada isyarat ‘merah’ yang telah dilaporkan oleh jentera-jentera parti tersebut. Cumanya, saya dapati penulis ucapan Presiden kurang kemas dalam menyampaikan mesej sebelum pilihanraya itu. Tidak dari segi bahasa, tidak juga kekemasan di sudut isinya. Saya menjangkakan sesuatu yang lebih mantap daripada itu.
Harapan
Dalam artikel saya yang lepas saya telah sentuh satu faktor terpenting yang mempengaruhi seseorang yang berakal dalam mengundi. Faktor itu perlu disedari oleh semua parti.
Faktor itu ialah ‘harapan’. Seseorang yang berakal akan mengundi atau memilih parti yang paling dapat memberikan ‘harapan’ sebagai kerajaan yang akan memerintah.
Ini kerana politik adalah soal pengurusan kehidupan. Kita semua ini hidup atas ‘harapan’ yang ada dalam jiwa kita. Harapan terhadap masa depan diri sendiri, atau keluarga atau sesiapa yang kita cinta dan sayang menyebabkan kita terus berjuang untuk hidup. Bahkan, sehingga perjuangan kita merebut keredhaan Allah juga adalah atas harapan wujudnya rahmat Allah yang luas, keampunan dan syurga yang dijanjikan. Maka agama menyuburkan harapan dalam jiwa insan. Para penyampai ajaran agama disuruh menanamkan harapan dalam jiwa setiap manusia. Ini jelas menerusi firman Allah: (maksudnya)
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Zumar: 53).
Justeru, sesiapa yang menyebabkan manusia putus harapan terhadap Tuhan maka dia akan dihukum.
Dalam konteks itu Nabi s.a.w bersabda:
“Jika seseorang berkata: binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa” (Riwayat Muslim).
Maksud jika dia menyatakan bahawa sudah tiada rahmat atau keampunan untuk orang lain, maka dialah yang paling jauh dari rahmat dan keampunan. Ini kerana, apabila manusia putus asa dari rahmat Allah maka dia akan terus menjadi pemaksiat atau penderhaka kepada Allah. Apa lagi yang hendak dilakukan apabila sudah tiada ruang keampunan dan kerahmatan melainkan meneruskan hidup ‘menikmati’ dosa. Maka, sesiapa yang menyebabkan orang putus asa, dia amat ‘celaka’. Segala kerosakan akan berlaku akibat putus asa tersebut.
Dalam kehidupan duniawi, sesiapa putus harapan maka dia akan putus asa. Sesiapa yang putus asa sanggup melakukan apa sahaja bagi menamatkan kehidupan, atau menghidupkan harapan yang baru. Jangan hairan jika orang yang putus asa itu membunuh diri, atau meletupkan diri bersama orang lain, ataupun melakukan kerosakan yang dahsyat. Tiada apa yang hendak dibimbangkan lagi. Tiada apa yang hendak ditakutkan lagi. Itulah yang akan terjadi akibat putus harapan.
Harapan Politik
Dalam politik itulah kuncinya. Mana-mana pemerintah yang menyebabkan rakyat putus asa maka segalanya mungkin berlaku. Rakyat Arab yang melakukan ‘Arab Spring’ yang sanggup mati ataupun hancur negaranya hanyalah berpunca dari putus harapan. Walaupun kerajaan yang memerintah mereka memberitahu tentang bahaya tindakan mereka, namun apa yang hendak mereka endahkan.
Mereka sudah putus harapan. Sekurang-kurang dengan tindakan mereka yang mungkin dilihat lebih merbahaya bagi orang lain, tapi bagi mereka mungkin menghidupkan harapan baru. Bahaya atau lebih bahaya atau kurang bahaya hanyalah sama bagi sesiapa yang sudah tiada harapan.
Maka dalam pemilihan politik ataupun pilihanraya kuncinya ‘harapan’. Jika sesuatu kerajaan menguburkan harapan rakyat, maka kerajaan itu juga akan terkubur. Jika dia dapat menghidupkan harapan, maka kerajaan itu akan terus segar dan disokong.
Maka itu sebabnya Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa awal pemerintahannya memenangi pilihanraya dengan begitu besar dalam sejarah UMNO, sebab harapan kepadanya semasa itu begitu besar. Namun, selepas beberapa tahun memerintah, harapan itu makin hancur, maka pada pilihanraya berikutnya tsunami politik pun berlaku.
Apabila Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, maka beliau berusaha menghidupkan semula harapan yang makin pudar terhadap UMNO. Cumanya, dalam menghidupkan harapan di sudut tertentu, kadang-kala dibunuh pula harapan yang lain atau oleh pihak yang lain. Dalam UMNO sendiri ada penghidup dan pembunuh harapan.
Kemudian, perkataan ‘harapan’ itu sendiri begitu luas dan sangat relative. Harapan rakyat setiap negara, generasi dan kumpulan itu berbeza. Kerajaan yang berjaya ialah kerajaan yang dapat menghidupkan setiap harapan ini. Parti politik yang gagal mengenali harapan rakyat, ia adalah politik yang tidak relevan untuk berkuasa atau dipilih. Kerencaman harapan itu memerlukan ketangkasan politik untuk mengenali dan berinteraksi dengannya.
Persaingan Harapan
Perbezaan harapan itu sangat penting untuk dikenali. Dalam negara seperti Malaysia yang sudah maju banyak langkah ke hadapan, harapannya bukan lagi seperti negara-negara miskin yang mengharapkan makanan dan tempat perlindungan untuk meneruskan hidup. Bantuan wang dalam sampul, beras dalam kampit, gula dan teh yang dihulurkan oleh wakil rakyat bukan lagi menjadi harapan dalam banyak keadaan di negara seperti kita.
Ramai yang sudah cukup dan melebihi cukup di sudut itu. Harapan mereka mungkin beralih kepada hak-hak kerakyatan yang lain seperti kebebasan berpolitik, bersuara, kerajaan yang cekap dan telus, kesamarataan hak dan pelbagai lagi. Inilah kesan globalisasi.
Mereka akan bandingkan diri mereka dengan tempat lain yang lebih baik. Mereka hendakkan yang terbaik untuk mereka. Dalam era ini, jangan salah percaturan bahawa apabila rakyat cukup makan, maka mereka pun akan diam. Jika tidak, masakan negara mewah seperti Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain juga menghadapi ancaman kebangkitan rakyat. Semuanya, kerana harapan yang lebih besar berkembang selari dengan perkembangan sesebuah negara.
Dalam negara kita, persaingannya ialah persaingan siapakah yang paling dapat memberikan harapan kepada rakyat. Mungkin rakyat belum putus harapan, tetapi mereka meneliti siapakah yang paling dapat memenuhi harapan. Dengan rekod hampir tujuh dekad memerintah, dengan pelbagai jasa dan juga isu-isu yang mencontengi jasa, apakah UMNO masih menjadi harapan rakyat? Dengan perubahan ‘harapan’ bagi jenerasi baru, apakah UMNO masih relevan untuk generasi kini menaruh ‘harapan’?
Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh UMNO pada hari ini. Rakyat yang mengundi parti lain, bukan semestinya bencikan UMNO, tapi mungkin merasakan harapan mereka berada di pihak yang lain. Rakyat yang membenci UMNO pula bukan semestinya menyokong parti lain, tetapi mungkin kerana merasakan UMNO telah menghancurkan harapan mereka. Rakyat yang menghargai jasa UMNO yang lalu bukan semestinya akan mengundi UMNO pada masa ini kerana mungkin ‘harapan’ itu sudah berubah dalam persekitaran yang baru.
Inilah yang sepatutnya perwakilan UMNO kena fikirkan. Sejauh manakah sesebuah parti dapat menangani harapan rakyat, sejauh itulah ia akan menguasai undi. Jika UMNO terus berjaya, UMNO akan terus menang. Jika tidak, maka sebaliknya!
Khamis, 1 Disember 2011
Guan Eng Lidah Bercabang Nak Pertahankan 1Malaysia Selepas Tuduh Pemimpin UMNO Seperti Hitler???!!!
Posted by Unknown
11:18 PTG, under Ahmad Maslan,DAP,Lim Guan Eng,Muhyiddin Yassin,Politik Semenanjung,PRU 13,UMNO | No comments
Isu perkauman semakin hari semakin dicucuk oleh Ketua Menteri paling jahanam dalam sejarah Pulau Pinang?!! DAP yang sering meniup api perkauman kini menuduh pemimpin UMNO pula!!?? Sejak bila Guan Eng sedar 1Malaysia itu wujud untuk perpaduan?!! Kalau sedar 1Malaysia baik untuk pembentukan negara kenapa asyik nak bangkang nak ubah sedangkan kepala sendiri tidak mahu berubah??!!!
Gameplan DAP inikah yang paling cerdik?!! Setelah memainkan isu perkauman oleh Violet Yong di Jalan Mendu semasa PRN Sarawak, kemudian Nyamuk Komeng pula menuduh MB Perak 'black metallic' kini Guan Lidah Bercabang Eng pula menuduh pemimpin tertinggi UMNO sebagai bersifat perkauman dan anti-kristian??!!!
Agaknya Lim Dah bercabang lupa dia orang Cina? Mungkin kini dia mengaku dia Malaysia? Ada darah perkauman yang busuk reput sedang mengalir dalam badan cucu pencetus peristiwa 13 Mei ini?!! Sekarang isu perkauman sekali lagi diapi-apikan oleh DAP??!?! Kononnya kaum Cina tidak lagi menguasai sektor ekonomi??!!! Mana dia dapat data ini semua?!!! Benarkah kaum Cina menguasai sektor ekonomi sebelum ini?!! Lihatlah permainan lidah bercabang yang akan melepaskan cakap pada bila-bila masa sahaja mengikut sedap mulut dia sahaja!!???
Kalau Cina tidak menguasai sektor ekonomi kenapa gula masih dibawah tauke?!!! Adakah sebab masalah banjir di Thailand menyebabkan mereka sudah mengaku tidak menguasai sektor ekonomi?!! Adakah mereka sudah mengiktiraf kuasa tuhan?!!! Sesungguhnya Lim Guan Eng sudah kalah dan tidak lagi relevan kerana penipuan dan pembohongan kampung buah dada!!???
Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 30.11.2011
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Ahmad Maslan Harus Berhenti Menggunakan Kaum Cina Dan Penganut Kristian Sebagai Sasaran Mudah Untuk Mencetuskan Kebencian Dan Permusuhan Terhadap Rakyat Minoriti Yang Tidak Bersalah Hanya Untuk Menakutkan Orang Melayu Supaya Kembali Ke Pangkuan UMNO.
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan sedang bermain dengan api dengan memangsakan kaum-kaum minoriti di Malaysia sebagai ancaman untuk menakutkan orang Melayu supaya kembali ke pangkuan UMNO. Kedua-dua pemimpin UMNO ini harus berhenti menggunakan kaum Cina dan penganut Kristian sebagai sasaran mudah untuk mencetuskan kebencian dan permusuhan terhadap rakyat Malaysia yang tidak bersalah.
Mengikut laporan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menggunakan isu perkauman untuk meniup semangat ahli-ahli UMNO untuk mempertahankan bangsa, budaya dan institusi negara daripada Pakatan Rakyat (PR), di samping memfitnahkan DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu. DAP mencabar Muhyiddin untuk membuktikan dakwaannya bahawa agenda DAP adalah untuk membentukkan sebuah negara republik. Ini adalah hasutan dan penipuan semata-mata!
Adakah Muhyiddin dan UMNO sudah ketandusan idea sampai apa-apa skandal kerajaan yang dibongkarkan DAP akan dianggap sebagai serangan terhadap kaum Melayu? Bukankah wang awam yang terbabit dalam skandal-skandal kewangan itu kepunyaan orang Melayu juga? Adakah cukup dengan pendekatan Muhyiddin yang mengaku dirinya Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian, sampai prinsip-prinsip demokrasi, integriti, amanah dan ketelusan semuanya boleh diabaikan begitu sahaja?
DAP percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia, sama ada Melayu atau bukan Melayu, akan menolak hujah yang mewajarkan penipuan dan skandal kewangan atas nama perkauman, seperti dalam skandal lembu dan kondo mewah seorang Menteri UMNO, ataupun pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang terlebihan belanja oleh jabatan-jabatan kerajaan sebanyak RM3.7 bilion.
DAP tidak pernah mengambil pendirian anti-Melayu atau anti-Islam. Kenaikan berkali-kali ganda peruntukan untuk hal-ehwal agama Islam di Pulau Pinang serta penerusan peruntukan untuk sekolah-sekolah agama yang telah ditamatkan oleh UMNO menjadi bukti bahawa DAP menghormati Islam dan adil kepada semua. Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengusir walaupun sebuah rumah kampung Melayu. Satu-satunya rumah kampung Melayu yang pernah dirobohkan di Pulau Pinang telah diroboh oleh pemaju-kaitan-UMNO yang dipengerusikan seorang bekas ADUN UMNO.
Mungkin menjadi strategi politik yang berkesan bagi UMNO untuk mengambil pendirian anti-Cina, anti-India atau anti-Kristian, tetapi hanya parti yang ingin membunuh diri sahaja yang akan mengambil pendirian anti-Melayu atau anti-Islam. DAP tidak ingin membunuh diri tetapi komited ke arah perdamaian kebangsaan dan kerjasama antara semua.
Di manakah pendekatan sederhana yang dijanjikan konsep 1Malaysia Perdana Menteri, apabila Ketua Penerangan UMNO sendiri boleh mengugut Melayu dengan mengatakan bahawa mereka akan kehilangan hak kerana kononnya masyarakat Cina makin bertambah kuasa dari segi politik dan ekonomi, atau dengan mengatakan bahawa DAP tidak menghormati institusi raja kerana enggan menerima pingat atau darjah kebesaran yang membawa gelaran-gelaran seperti Datuk?
Pemimpin-pemimpin DAP tidak pernah mengejar gelaran-gelaran seperti Datuk, bukan macam pemimpin-pemimpin BN yang terhegeh-hegeh mengejarnya. Adakah ini bermakna kami tidak menghormati institusi Raja? Jika begitu, adakah mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba juga seorang yang tidak menghormati institusi raja kerana allahyarham juga enggan menerima apa-apa gelaran semasa aktif berpolitik?
Tambahan pula, bagaimana masyarakat Cina boleh bertambah kuasa dari segi politik dan ekonomi apabila bilangan penjawat awam yang berbangsa Cina makin menurun? Di samping itu, masyarakat Cina sudah tidak lagi menguasai sektor-sektor ekonomi seperti perbankan, insuran, industri automobil, pembinaan, komunikasi dan pengangkutan.
Ahmad juga telah menyindir DAP sebagai "agen Kristian" kerana Ronnie Liu, Xavier, Elizabeth, Teresa Kok merupakan EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Setelah disiasat berulang kali, pihak berkuasa sudah pun mengakui bahawa tidak ada berlaku sebarang penyebaran agama Kristian oleh DAP. Adakah seseorang itu tidak berlayak untuk menjadi ahli EXCO kerana beliau itu seorang penganut Kristian? Tambahan pula, Ronnie Liu bukan seorang penganut Kristian.
Tindakan Ahmad untuk mensasarkan kaum Cina dan penganut Kristian sebagai ancaman kepada orang Melayu adalah perbuatan yang tidak berbeza dengan taktik ketakutan yang digunakan oleh Hilter pada zaman Nazi di negara Jerman untuk mengekalkan kuasa mutlaknya sebagai diktator. Minoriti yang tidak bersalah di negara Jerman telah mengalami penderitaan di bawah pemerintahan Hitler. Adalah tidak berperi kemanusiaan bagi UMNO untuk menggunakan penipuan dan fitnah yang serupa hanya untuk memenangi sokongan Melayu.
Iklim ketakutan, permusuhan dan kebencian yang digalakkan UMNO bukan sahaja bertentangan dengan 1Malaysia malah membinasakan perpaduan negara dan keharmonian kaum. Kita semua tahu kerosakan yang telah dibawa oleh Hitler kepada negara Jerman. Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah bersatu dalam pilihan raya umum yang akan datang untuk menghalang UMNO daripada melakukan kerosakan yang sama kepada negara Malaysia.