21 September 2010
Selasa, 21 September 2010
DAP Sibu Jeti Pekan Julau: "Mana Janji Kerajaan Untuk Membina Jambatan Gantung ke Kampung Cina"
Sibu - Berita terkini yang didapati dari Jeti Pekan Julau. AJK DAP Sibu, Lee Seng Ang telah mencipta nama kerana berjaya mendapat lebih kurang 100 tandatangan. Ini akan dikemukakan kelak kepada PM untuk menggesa kerajaan pusat agar memberi kemudahan kepada mereka. Kemudahan yang dimaksudkan ini adalah Jambatan Gantung ke Kampung Cina. Mereka telah menggantungkan kain rentang yang berbunyi
" Mana Janji Kerajaan Untuk Membina Jambatan Gantung ke Kampung Cina."
MP berasa simpati ke atas penduduk Sibu yang dimanipulasikan oleh DAP. Baru-baru ini kawasan tersebut baru disambungkan dengan jaringan jalur lebar "wifi". Ini telah dibekalkan secara percuma oleh kerajaan demi memberi kemudahan ICT kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Inilah yang dikatakan "sudah diberi betis minta paha". Rakyat Cina di Sibu juga sudah diberi prasarana baru iaitu seperti sekolah baru yang telah diumumkan oleh PM pada bulan Mei 2010 lepas.
Bukannya nak membalas jasa baik PM, malah meminta lagi dengan langsung tidak tahu malunya. Sedarlah mereka tidak memberi apa-apa sumbangan kepada PM dari segi ucapan Selamat Hari Raya, kad sekeping pun tidak dihantar sebagai pengganti diri. Nasib baiklah PM kita memang tidak mengharap apa-apa balasan.
2 ulasan:
salam.. inilah dia. kalau dah terjadi sesuatu pada rakyat
barulah terhegeh2 nak buat jambatan.
Salam Nur Misnan, tidak dinafikan beginilah keadaan DAP. Tidak dapat memberi salahkan kerajaan pusat. Kalau dah mentadbir buatlah dengan bersungguh-sungguh jangan sekadar melepaskan batuk di tangga.
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!