JASA atau Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah ditubuhkan pada tahun 1960. Jabatan ini bermula dari Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK) bertujuan untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan politik dan kerajaan perikatan. Ia juga betanggungjawab untuk memberi kesedaran dan kefahaman yang berkualiti serta tepat dan jelas dari segi siasah dan agama. Bukan itu sahaja, mereka juga bertanggungjawab untuk menyediakan laporan maklum balas, menyediakan bahan penerbitan dari segi multimedia makluma. Selain daripada itu, mereka ada menyediakan khidmat kepakaran komunikasi bersemuka kepada masyarakat. Mampu memberi khidmat sokongan yang berkualiti dari aspek kewangan dan sumber manusia. Dalam erti kata lain, mereka bertindak di atas prinsip 'Kebenaran Terserlah Negara Gemilang'.
JASA memiliki nilai-nilai teras berikut dalam mendukung visi mereka iaitu menegakkan kebenaran, berdisiplin, berilmu, amanah, setia pada negara dan budaya kerja berpasukan.
JASA bekerja untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Mereka berpegang teguh kepada nilai - nilai murni dalam melaksanakan tugas mereka. Mereka juga berilmu, proaktif, kreatif dan inovatif. Sentiasa memiliki akauntabiliti, integriti dan bersifat kolektif. JASA berketerampilan, berdisiplin dan profesional dalam menjalankan kerja mereka.
Harapan kami dengan penjelasan diatas maka pembaca mengetahui peranan JASA yang berat dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dalam gagasan 1Malaysia.
Begitu prihatin kerajaan sehingga menubuhkan JASA yang penuh dengan tanggungjawab yang begitu 'khas' untuk memastikan perpaduan dan dapat memantau minda dan pendapat rakyat dengan lebih efektif. Semoga JASA dan rakyat dapat bekerjasama dalam mengeratkan lagi persefahaman dalam 1Malaysia.
Ada yang mengatakan bahawa Datuk Seri Najib mendapat inspirasi 1Malaysia apabila melawat Sarawak yang kaya dengan pelbagai budaya, kaum dan agama tetapi dapat hidup dalam harmoni dan sejahtera. Inilah yang dimahukan oleh Perdana Menteri kita agar rakyat Malaysia hidup rukun damai dan mengekalkan perpaduan. Bersatu teguh bercerai roboh.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!