Operasi sukat tanah NCR Kampung Terahad Jaya bermula
Utusan Malaysia
MIRI 22 Sept. - Kampung Terahad Jaya yang 
berkeluasan 250 hektar dan didiami 500 penduduk akan disukat di bawah 
Program Inisiatif Baru Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bermula hari ini.  
|  | 
| Sibuti, Bahagian Miri | 
Penguasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Miri, Rozlan Putit berkata, 
kerja-kerja menyukat tanah itu akan dilakukan dalam tempoh dua minggu 
bermula 22 September ini sehingga 5 Oktober depan.
''Kampung Terahad Jaya adalah yang pertama dilaksanakan di bawah 
Program Inisiatif Baru NCR dan kawasan yang akan disukat seluas 
kira-kira 250 hektar," katanya pada majlis Dialog Program Inisiatif Baru
 NCR di kampung itu anjuran JTS di sini semalam.  Beliau menambah, kerja-kerja menyukat akan dilaksanakan dalam dua kaedah iaitu secara en-bloc dan lot individu.  
''Penyukatan melalui en-bloc bertujuan mengasingkan tanah NCR yang 
sahih daripada tanah kerajaan dan ia kemudian akan diwartakan sebagai 
Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri," 
katanya. "Ini untuk memastikan penuntut tanah NCR mempunyai jaminan 
sekuriti ke atas tanah yang diwarta manakala JTS akan mengeluarkan surat
 milik tanah individu kepada pemilik tanah melalui kaedah penyukatan lot
 individu."
''Surat hak milik tanah ini akan dikeluarkan di bawah Seksyen 18 
Kanun Tanah Negeri, namun pemilik tanah NCR perlu menentukan di mana 
wujudnya sempadan tanah mereka dalam kawasan yang telah diwartakan Rizab
 Gunasama Bumiputera," jelasnya.  
mukapetang: Begitu banyak isu tanah NCR mula diselesaikan.  Sebelum ini di Belaga, kini di Miri. Insya Allah kerajaan memang mendahulukan rakyat dan pada masa yang sama mengutamakan pencapaian.  Sistem di bawah pimpinan PM sekarang memang effisyen dalam melakukan kepelbagaian demi mencapai kesejahteraan rakyat.  
 
Pertikaian Sempadan Boleh Melambatkan Kerja-Kerja Mengukur Kawasan NCR 
MIRI, 21 Sept (Bernama) -- Pertikaian sempadan di kalangan pemilik tanah
 berjiran boleh melambatkan inisiatif baru bagi kerja-kerja mengukur 
kawasan bagi hak milik tanah adat (NCR), kata Penguasa Tanah dan Ukur 
Bahagian Miri Rozlan Putit.
 Beliau berkata Jabatan Tanah dan Ukur telah menjangkakan masalah itu 
dan akan menganjurkan lebih banyak dialog dengan pemilik tanah yang akan
 terbabit dalam kerja-kerja ukur itu.
 "Kami tidak nampak masalah itu akan timbul semasa kerja-kerja ukur 
kawasan secara serentak tapi menjangka ia akan berlaku semasa mengukur 
lot tanah individu," katanya kepada Bernama selepas sesi dialog dengan 
pemilik tanah di Kampung Terahad Jaya, Sibuti, kira-kira 50 kilometer 
dari sini pada Selasa.
 Beliau berkata Kampung Terahad Jaya, yang menjadi kawasan pertama untuk
 diukur bagi tanah-tanah NCR di Bahagian Miri di bawah inisiatif baru 
itu, dan ia akan menguji jabatan itu dalam menangani pertikaian sempadan
 tanah.
 "Bagi kes ini, kami nasihatkan semua pemilik tanah terbabit untuk hadir
 semasa kerja-kerja ukur itu dan memaklumkan juru ukur kami sempadan 
sebenar lot-lot tanah mereka dan begitu juga untuk disahkan oleh ketua 
kampung mereka," katanya.
 Pada 22 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 
mengumumkan inisiatif baru mengukur tanah-tanah NCR di Sarawak dan 
memperuntukkan dana RM20 juta bagi kerja-kerja itu yang akan dijalankan 
sehingga Rancangan Malaysia Kesepuluh.
 Sementara itu, Rozlan berkata permintaan daripada 12 lagi kawasan 
komunal di Niah, Sibuti dan Baram untuk diukur di bawah inisiatif baru 
itu telah dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk diluluskan.
 "Jika permintaan itu diluluskan, kami jangka kerja-kerja itu akan bermula tahun depan," katanya.
 Kerja-kerja mengukur kawasan di Kampung Terahad membabitkan kawasan 
seluas kira-kira 250 hektar yang didakwa sebagai tanah NCR oleh 
kira-kira 500 penduduk di situ.
 Ia akan bermula pada Rabu dan dijangka selesai dalam masa dua minggu.
 -- BERNAMA
mukapetang: Kini begitu banyak tanah NCR telah dikemukakan untuk disukat.  Rakyat yang terlibat hendaklah memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar proses ini berjalan dengan lancar. Isu masalah sempadan hendaklah diselesaikan. Ketua kampung diharap akan sentiasa meluangkan masa bersama penduduk kampung yang memerlukan khidmat nasihat demi mengelakkan sebarang isu kelak. 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!