Pemimpin akan datang perlu fahami politik pembangunan dan bekerja bersama rakyat  
October 2, 2010, Saturday
by Wan Ali Amit. 
|  | 
| MAKANAN TRADISI: Taib memotong ketupat sambil dibantu oleh Mohd Naroden  dan disaksikan Asfia (kanan), Julaihi (dua kanan), Mohammad Ali (tiga  kanan), Abdul Karim (kiri) pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di  Asajaya, semalam. | 
ASAJAYA: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berharap  pemimpin-pemimpin generasi akan datang memahami perjuangan politik dan  berusaha lebih gigih untuk mencapai kemajuan lebih pesat di negeri ini.
Menurutnya, landasan politik pembangunan yang telah beliau ilhamkan  sejak memimpin negeri ini kini telah dinikmati oleh seluruh lapisan  rakyat.
Justeru, kejayaan dan kemajuan yang dicapai pada masa sekarang perlu  dipertingkatkan untuk kesejahteraan rakyat dan masa depan negeri.
“Saya sudah tua dan sebelum saya berundur saya berharap para  pemimpin generasi sekarang memahami perjuangan politik dan berusaha  lebih keras untuk memantapkan kemajuan yang telah kita kecapi,” katanya.  
Berucap pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Peringkat Bahagian  Samarahan di Kompleks Sukan Asajaya di sini semalam, Taib percaya  perjuangan para pemimpin yang ikhlas kepada rakyat akan membawa kejayaan  lebih besar.  Beliau menarik perhatian pemimpin-pemimpin terutamanya peringkat akar  umbi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus berusaha membina  kejayaan yang lebih baik kepada rakyat.
Taib yang juga presiden PBB berkata kejayaan besar yang dikecapi  sekarang adalah hasil corak pemikiran yang dinamik pemimpin dan rakyat  yang mahukan perubahan dan pembangunan.
“Saya telah meletakkan asas kukuh dalam perjuangan politik  pembangunan untuk rakyat, justeru saya yakin para pemimpin sekarang akan  meneruskan kesinambungan perjuangan itu untuk kita mencapai negeri  maju,” katanya.
Turut hadir bersama adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Sri Mohd Asfia Awang  Nassar, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Mohd Naroden  Majais, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya Abdul Karim Rahman  Hamzah, ADUN Muara Tuang Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud, ADUN Sadong  Jaya Datuk Wan Wahab Wan Sanusi dan ADUN Sebuyau Julaihi Narawi.
Majlis anjuran bersama cawangan PBB Bahagian Samarahan itu dihadiri  lebih 2,000 penduduk pelbagai kaum dari sekitar bahagian terbabit.
Taib menegaskan corak pemikiran rakyat yang bersikap mahu mencapai  kemajuan adalah rahsia kepada kemajuan yang dicapai rakyat negeri ini.
“Kita akui rakyat negeri ini terutama masyarakat Melayu ternyata  mengalami kemiskinan suatu ketika dahulu. Tetapi sekarang pemikiran  mereka telah berubah dan melangkah berani untuk maju ke hadapan."
“Dahulu sekitar 60-an pendapatan perkapita negeri kita cuma RM660  setahun, tetapi sekarang telah menjangkau RM270,000 setahun. Ini  membuktikan kita telah mencapai kemajuan yang amat pesat,” katanya.
Ketua Menteri berkata miskin bukan kerana kita tidak mempunyai wang ringgit dan kaya bukan disebabkan ada wang.  Tetapi, punca masyarakat kita menjadi kaya adalah mereka (rakyat) sentiasa berusaha gigih untuk mencapai kejayaan, tegas beliau.
mukapetang: Benar kata CM!  Esok Sarawak akan mendapat anugerah lagi.  Kali ini merupakan pelan yang telah disusunatur oleh kerajaan.  Ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri YB Fadillah Yusoff berkata 4 Oktober 2010 merupakan hari yang bersejarah dalam Sarawak.  Ia merupakan hari di mana ETP atau Economic Transformation Plan (Pelan Transformasi Ekonomi) akan dibentangkan.  Ia akan berlangsung selama 2 hari bermula 4 Oktober 2010 di Hotel Fourpoints Kuching.  Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.pemandu.gov.my   
 
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!