Bagi saya yang terlibat dengan banjir di Kawasan Alor Setar menghadapi suasana yang agak teruja dan menyedihkan kerana kami masih menentap kat rumah. Mula kesan kami menerima banjir pada Hari Rabu 4 Nov hingga 6 November 2010 (Sabtu). Bekalan air putus mendadak bermula Hari Selasa. Kami talipon memeinta bantuan bekalan air nermula pada Hari Rabu 3 November tetapi hampa, alasan diberi lori tunggu giliran isi air nak hantar dah lagi 1 jam sampai, talipon lagi jawapan terlewat sikit tunggu 1 jam lagi begitulah jawapannya. Talipon lagi maaf Encik saya baru ganti tadi orang lain En. Kena bagi nama, alamat nombor talipon sekali lagi dan seterusnya tetapi air tak kunjung tiba.
Kelibat Pemimpin Negeri tiada langsung, cuma yang datang kenderaan pancuan 4 roda dan bila minta bantuan depa sengeh ronda mundar mandir. Banyak salah gunakan kenderaan jabatan meronda makan angin kerana free. Ada setengah kakitangan awam guna kenderaan Jabatan angkut keluarga pagi bawa pergi mandi dan ambil air, tengahari, petang dan malam. Bila kami minta tolong kami tak boleh kami banyak kerja. Itulah alasannya, begitu juga pernah minta bantuan sebuah kereta pancuan 4 roda pihak polis cuma senyum saja tiada bantuan diterima.
Macam-macam jabatan termasuk JKR, Pejabat Tanah, daerah, wisma negeri dan sebagai. Jawapannya guna kenderaan ini meronda dan makan angin, bila minta bantuan tak boleh alasan itu dan ini. Tetapi hakikatnya sama syok-syok dan ronda. Malanglah kiranya puak ini bukan saja makan angin bahkan dibayar elaun lebih masa san lain-lain elaun. Duit siapa? dan harta siapa?.
Memang tepatlah apa yang saudara terdahulu menulis, memang pemimpin bergelar ustaz ini tak boleh dipercayaai. Hanya megah pembohong dan pendusta serta modal untuk kaut untung dunia dan paling ketara kita lihat MB Kedah berpura-pura dan kaki tidur.
Kami terpaksa guna air bendang dan air hadapan rumah untuk kegunaan harian. Nikmatnya hanya orang yang alami saja yang tahu. Itu cuma kami minta air sahaja dan kalau kena bayarpun kami sanggup bayar asalkan dibekalkan itulah lauahan sahabat saya. Malangnya semasa kempen bukan sahaja air bahkan api didepanpun mereka boleh sampai?. Bila kami susah, batang hidung pun tak nampak. Jelas ini pemimpin harga tak ternilai seduit pun cakap orang kedah.
Apapun kami berharap agar Tuhan tunjukkan kekalahan memalukan pada PRU13 kepada Pemimpin PAS Kedah sebagai mereka memalukan dan membohongi kami semua. Amin Ya Robbal Alamin.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!