Baru tadi keluar berita terkini dari Serian. Dikhabarkan ahli PKR dan DAP tidak ingin lagi menjadi alat kepada Pakatan Rakyat yang kononnya menggunakan Sarawak sebagai batu loncatan ke Putrajaya. Mereka pun memiliki pendapat yang sama seperti Ketua Pemuda DAP yang diminta nama beliau jangan disiarkan tadi.
Sokongan penduduk Sarawak terhadap PAS dan DAP mulai terkubur. Disiplin pemimpin parti dan Majlis Tertinggi mereka yang porak-peranda mula tidak disenangi oleh penduduk Sarawak yang pada umumnya gemar kepada kasih sayang dan kejujuran. Mereka tidak menyenangi sama sekali penyelewengan serta kekasaran yang berlaku semasa pemilihan cabang PKR di seluruh Sarawak.
Berikut adalah berita terkini yang disampaikan dalam blog Melanau Blogger dan Wira Kenyalang
Menurut Wira Kenyalang, ahli-ahli ini mengikut jejak langkah Zaid Ibrahim tetapi sebenarnya mereka ini telah mendapat kesedaran melihat parti-parti pembangkang tidak ada hala tuju di Sarawak dan cuma pandai menyalak.
Semoga lebih ramai lagi yang sedar bahwa mereka semua sedang diperalatkan oleh parti pembangkang yang hanya mahukan keuntungan peribadi dan bukan untuk kepentingan rakyat dan negara. Perjuangan kita hendaklah diteruskan ke segenap pelusuk Sarawak.
Radio yang dilancarkan tidak berupaya untuk mengukuhkan lagi cengkaman politik pembangkang di Sarawak malah rakyat semakin sedar dan masih inginkan pembangunan dan masih mahukan Pehin Sri Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, bukan Baru Bian dan bukan Chong Chieng Jen.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!