Utusan Borneo Posted on December 29, 2010, Wednesday
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka selama tiga penggal, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah menafikan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusinya pada pilihan raya negeri akan datang.
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah |
“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak akan bertanding semula tetapi sudah tentu saya membiarkan kepimpinan parti (untuk membuat keputusan).
“Bagi saya, sekiranya dicalonkan semula saya akan melakukannya. "
“Saya adalah penyandang dan dakwaan saya tidak akan mempertahankan kerusi adalah spekulasi semata-mata,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sijil dan Pingat Emas Tahunan Lembaga Pelabuhan Kuching, semalam. "
Awang Bemee berkata, untuk bertanding atau tidak terletak di tangan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
“Tetapi sekiranya saya dicalonkan di kerusi yang saya wakili sejak tiga penggal lepas, saya rasa saya sudah bersedia sepenuhnya dan yakin mampu mempertahankan kerusi itu kepada BN,” katanya.
Beliau menambah bahawa jentera parti (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) juga telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya yang seharusnya diadakan sebelum Julai tahun depan.
“Jentera parti kita telah diaktifkan semula sejak pilihan raya kecil Sibu dan sekarang masih aktif dan bersiap sedia untuk pilihan raya,” katanya.
Pada pilihan raya negeri Mei 2006, Awang Bemee memenangi kerusi Nangka selepas mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abang Ariffin Abang Sebli dalam pertandi-ngan dua penjuru.
Beliau mendapat sebanyak 6,202 undi sekaligus mengalahkan lawannya dengan undi majoriti sebanyak 4,815. Abang Ariffin mendapat 1,387 undi.
Baru-baru ini hebat dispekulasikan bahawa Awang Bemee merupakan salah seorang penyandang yang tidak akan dicalonkan semula pada pilihan raya negeri seterusnya.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi BN dan presiden PBB mengesahkan bahawa calon-calon BN pada pilihan raya seterusnya akan menampilkan muka-muka baru.
Ia mungkin membawa makna beberapa penyandang akan digugurkan sama ada secara rela atau terpaksa memberi laluan kepada muka baru.
Setakat ini, hanya Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang secara umumnya mengumumkan bahawa ia akan mengekalkan kelapan- lapan penyandangnya di kerusi masing-masing.
1 ulasan:
apa pun kita lihat kebenarannya bila pilihan raya nanti..
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!