Orang PKR tidak tahu bahawa Baru Bian mendapat habuan berjuta-juta dalam memenangi kes tanah NCR di Sarawak? Belum jadi YB dah mula kaut hasil rakyat Sarawak? Kes tanah yang dimenangi pula telah menjanjikan Baru Bian pula menjadi pemilik terakhir tanah-tanah yang dimenangi olehnya kelak??
Anwar Ibrahim juga telah bertemu dengan Baru Bian baru-baru ini. Baru Bian telah menawarkan untuk membiayai segala perbelanjaan dan operasi PKR di Sarawak demi dijanjikan Pengerusi PKR Sarawak????
Ikutilah pendedahan Kos Pembiayaan pejabat Anwar di Washington dalam Utusan Online
Anwar perlu dedah pembiaya kos operasi pejabatnya di Washington
SHAH ALAM 10 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehnya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh Anwar yang hanya berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.
Malah, katanya, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.
"Bayangkan Anwar mempunyai sebuah pejabat di Washington. Saya lihat perbelanjaan bagi pejabat itu bagi 2006 hingga 2007 hampir RM6 juta.
"Mana dia dapat duit sebanyak ini dan dari sumber mana dia perolehnya atau siapakah yang membiayai kos operasi pejabat itu? Saya yakin ramai pemimpin dalam PKR tidak tahu akan hal ini.
"Dalam ceramah, dia cakap tidak ada duit, minta sumbangan dan sebagainya. Dia harus jelaskan mengenai perkara ini," dakwanya ketika berucap pada majlis ceramah mengenai isu-isu semasa di Kampung Jalan Kebun di sini malam tadi.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzaman Johari dan Ummi Hafilda Ali.
Sementara itu, Mohamad Satim ketika berucap turut mencabar kerajaan negeri pimpinan PKR yang mana Anwar menjadi Penasihat Ekonomi Selangor supaya mendedahkan perbelanjaan yang dilakukan dalam melantik dua perunding luar untuk merangka draf pindaan Perlembagaan Negeri berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebelum ini.
Katanya, pindaan itu yang dibuat menerusi sidang Dewan Undangan Negeri pada Januari lalu adalah satu tindakan sia-sia.
Menurutnya, pelantikan pengamal undang-undang, Datuk Param Cumaraswamy dan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari untuk merangka draf pindaan itu hanyalah satu pembaziran kewangan kerajaan negeri.
Ini kerana, katanya, kerajaan negeri sepatutnya hanya merujuk pindaan tersebut kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk menentukan sama ada perkara itu boleh dilakukan atau sebaliknya.
"Jadi kita mahu kerajaan negeri dedahkan berapa wang rakyat digunakan untuk bayar kepada kedua-dua perunding tersebut.
"Pindaan Perlembagaan negeri tidak menjadi kenyataan kerana tidak cukup syarat yang ditetapkan, maka ia adalah satu tindakan membuang masa dan pembaziran wang rakyat," katanya.
3 ulasan:
Biasakan..mana bilik DSAI tolong paparkan..xkan sebuah bangunan sebesar tu..karut dan tahyullah....cam ni..ko org perlu buat cerita juga buat PKR sebagai mengseimbangkan cerita yg PKR buat..hmmm..satu lagi..klu bleh dlm blog ni cuba tuan khbar2kan juga ladang sawit untuk rakyat..tanah yang telah diberikan hak kepada rakyat..berape org bumiputra dah dapat hakmilik tanah..sistem FELDA ala semenanjung ada tak...berapa banyak lagi kampung yg belum dapat lot..terutama kawasan orang melayu yang semakin jatuh dalam sungai...berape buah deretan bangunan kedai/atau kawasan khas bangunan kedai milik orang bumiputra..bukan skadar yg mara buat..hidup segan mati tak mahu..atau perlukah org bumiputra turun naik mahkamah untuk tuntut tanah yg sememangnya hak asal mereka..banyak lagi..
Ada buat kaji selidik tak berapa byak rakyat bumiputra sarawak yg dikampung2 dan dikampung pinggir bandar yang telah kehilangan hakmilik tanah...barape banyak rakyat bumiputra jadi buruh dan kuli dibandar..berape banyak lesen bumiputra cina pakai untuk ambil tender...berape bnayk anak muda bumiputra/melayu/iban kaki hisap gam/mabuk/pup dan kelab mlm semakin banyak dibuka...saya rasa cerita ini lebih baik dipaprkan juga..jgn layan pembangkang tu...kau layan mcm takut je pembangkang ambil alih pemerintahn di sarawak...x de lah...PKR hanya ada baru bian. azimn ali dan dsai je...PBB/BN kan kuat...rakyat semua skong mereka..pemimpin PBB?BN berjiwa rakyat...yB2 mereka/ahli2 bukan kaya sangat..rumah mereka dekat DEMAK tu semuanya murah2 dan ala kadar je...hampir setiap bulan mereka jalan2 tenggok rakyat..guna keta kancil lagi tu...jgn risau lah..PBB?BN boleh memrintah sarawak 100/200/ 3000 tahun lagi..HOSNI MUBARAK bukannya kuat sngat sebab tu dia cuma 30 tahun je...
tuan punya blog ni sama sial macam orang yg dia sokong...
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!