Khamis, 24 Mac 2011
Terkini Ceramah Umum Pakatan Rakyat di Sitok!!!
Posted by Unknown
1:28 PG, under Abang Johari,Ahamd Nazib,AMK,Calon PKR Sarawak,Ceramah Umum,DUN Sarawak bubar,Jentera Pilihanraya,N8 Satok,Pakatan Rakyat,Pilihanraya Sarawak Ke-10 | 2 comments
Sayup-sayup terdengar suara sumbang dari Kampung Temedak, Jalan Patingan. Rupa-rupanya bilik gerakan PR Satok sudah memulakan jentera mereka.
Penduduk sekitar Kampung Temedak tertanya-tanya siapakah gerangan yang akan berucap memandangkan kerusi sudah disusun, bendera sudah digantung ada PAS, DAP dan PKR.
Tepat pukul 9:00 malam, orang ramai mula bergerak ke bawah khemah. Seramai 30 orang telah mengambil tempat yang rata-ratanya sanak-saudara Ahmad Nazib AMK dan calon PKR N8 Satok.
Nazib memainkan isu kroni dan kekayaan Ketua Menteri serta isu begitu lama memerintah Sarawak. Nazib memegang senaskah buku jingga dan menggelar buku itu buku 'jinja'? Dalam PKR pun tidak kenal buku 'jin gay' mereka?!! Dapatkah mereka merealisasikan 100 hari tersebut.
Ketua Pemuda PAS Sarawak kemudiannya berucap iaitu Abang Eddy. Meneruskan isu Ketua Menteri sudah terlalu lama memerintah seperti Mubarrak.
Kemudian Ketua Pemuda PAS Pusat, orang semenanjung yang tidak faham lagi scenario politik Sarawak. Dia asyik menyebut Muhammad Taib yang membuat orang ramai terpinga-pinga dan keliru.
Pihak polis tiba serta memeriksa permit mereka dan mendapati tidak diluluskan. Isu saman ekor tidak jadi dimainkan kerana khuatir pihak polis akan meleraikan ceramah umum mereka.
Penceramah mengatakan bahawa mereka berada dalam kawasan rumah dan tidak perlu permit untuk berucap! Dia cuba menyamakan ceramah mereka seperti memberi khutbah Jumaat yang tidak memerlukan permit polis untuk berucap menggunakan pembesar suara!
Isu bekas menantu Ketua Menteri menyaman Haji Mahmud turut dimainkan! Isu Rahim Thamby Chik berkenaan kes video seks Anugerah Tuhan juga dipetik.
Pihak penganjur kemudiannya diminta untuk meneruskan ceramah tanpa menggunakan pembesar suara memandangkan tidak mendapat kelulusan.
Ceramah diteruskan dengan Timbalan PAS Pusat yang memainkan isu Ketua Menteri seperti Mubarak, isu kapal selam yang tenggelam dan banyak lagi isu perbelanjaan kerajaan UMNO BN. Isu First Lady di Dubai turut dimainkan dan juga isu royalti minyak 20% kepada Sarawak sekiranya Pakatan Haram memerintah!
Kononnya Pakatan Haram sudah mengkaji kewangan negara dan mampu mengurangkan perbelanjaan yang tidak patut berdasarkan pelan 100 hari mereka!
Penceramah juga memetik tidak perlu bangunan tinggi untuk menarik pelabur asing ke Malaysia. Mereka cuma perlukan ekonomi yang stabil, keselamatan, politik dan keharmonian rakyat! Jelas dan nyata inilah yang dilakukan oleh Perdana Menteri dengan memastikan semua ini. Beli kereta kebal, jet pejuang dan kapal selam untuk tujuan keselamatanlah!!! Tanpa ekonomi negara yang stabil dapatkah nak beli semua ini?
Kalau nak dibandingkan Satok dah cukup untuk menandingi Kota Bharu di bawah PAS! Tidak perlu pergi jauh sehingga ke Padungan dan Sama Jaya di Pending! Kalau bijak sangat memerintah negeri kenapa lebih banyak Buddha baring di Kelantan?
Isu tol di Semenanjung turut dimainkan tetapi isu di Satok tidak ada.
Beginilah merapunya ceramah umum hari pertama selepas menentukan tarikh penamaan calon! Nampak sangatlah isu ulang PRK dimainkan dan diserikan sikit!
Memang kalahlah Pakatan Haram kalau setakat nak main isu recycle dari PRK yang kalah!
Orang Sarawak ada akaun Facebook, twitter dan paling banyak membebankan streamyx negara!!! Setakat isu recycle baik balik dan tidak payah hendak berkempen tipu sana sini! Kepala dah naik haji buat apa nak tabur fitnah?
- Posted using BlogPress from my iPhone
2 ulasan:
ADA TINDAKAN DI AMBIL OLEH PBB KAH?
TAK KAN BLOG SAJA. NAK LAWAN DALAM BLOG PUN TAKUT APA LAGI MAU LAWAN CERAMAH???
BANGUN DAN BANGKIT LAH SAUDARA KU!! DALAM KITA TIDUR ORANG BAKAR RUMAH KITA DAN KITA MASIH LAGI TIDUR!!!!!!!!!
Pasang sound system kaw kaw sebelah rumah ya, main lagu techno. Gia jang.. Hak urang rumah lah nak, sama macam hak sidak juak merik ceramah ngasut rakyat..
Mun maok best gik, polah poco poco sebelah ya he he he..
berkongsi taktik :)
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!