Pengasas PKR Sarawak iaitu Dominique Ng dan satu-satunya ahli PKR yang berjaya memenangi Pilihanraya Sarawak ke-9 lepas, telah umum untuk keluar parti.
Ini berikutan sebelum ini beliau yang menghadapi krisis dalaman dalam Pakatan Rakyat. Pada mulanya krisis ini mengenai perlantikan Baru Bian yang sepatutnya berpihak kepada Dominique Ng. Ini disusuli oleh krisis DAP - PKR yang mana Dominique disaman oleh ayah kepada Ahli Parlimen Chong Chieng Jen sebanyak RM150,000.
Krisis menjadi semakin teruk apabila PKR- SNAP mula bertelagah mengenai kawasan untuk bertanding semasa Pilihanraya Sarawak yang ke-10 ini!
PKR akan menurunkan 49 calon di mana 47 nama calon telah diumumkan semalam. Kerusi untuk Semop dan Jemoreng belum diisytiharkan lagi?!!
Siapakah yang akan diturunkan? Cuma tinggal satu hari sempatkah Dominique membeli borang penamaan calon untuk esok?
KUCHING: Penyandang kerusi Padungan (Dominique Ng) tidak dicalonkan, sebaliknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan seramai 49 orang calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 16 April ini.Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak, Azmin Ali ketika mengumumkan calon-calonnya di sini semalam memberitahu bahawa walaupun tidak dicalonkan namun Dominique (Ng) tetap memainkan peranan penting dalam membantu calon-calon PKR pada pilihan raya negeri ini.
"Kita tiada masalah tidak mencalonkan semula Dominique, namun saya tidak menolak kemungkinan beliau bakal bertanding dalam pilihan raya umum (Parlimen) akan datang," katanya pada sidang media di sini semalam.
Azmin berkata setelah diteliti dan mendapat pertimbangan sewajarnya maka PKR Pusat telah memperakui seramai 49 orang calon akan memberi cabaran sengit pada pilihan raya negeri kali ini.
Katanya, PKR telah me-muktamadkan calon-calonnya dan berikrar memenangi sekurang-kurangnya 50 peratus kerusi DUN Sarawak kalangan muka-muka baru.
"Saya percaya dengan kerja kuat dan usaha gigih calon-calon di setiap kawasan yang telah ditetapkan, kami mampu melakukan 'kejutan' pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini," katanya.
Bagaimanapun semalam, PKR hanya mengumumkan 47 calon sahaja dan mengosongkan calon untuk kerusi DUN Semop dan Jemoreng.
Sumber: Utusan Borneo
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!