Memang tidak malu dan segan silu kalau meniru cara yang baik. Itulah yang dinyatakan oleh Rafizi Ramli setelah mengakui PKR kini mengambil iktibar daripada BN dengan menurunkan muka-muka baru. PKR sendiri sedar calon yang kalah tidak boleh digunapakai melainkan kredibiliti orang itu tampak nyata.
Sungguh mulia Rafizi yang sudah tampil untuk mengiktiraf kebijaksanaan Pehin Sri mentadbir dan mengurus Sarawak.
Kini persoalan yang sedang bermain di dalam setiap penduduk Sarawak adalah, adakah muka-muka baru yang diturunkan semasa Pilihanraya Sarawak akan dilantik sebagai ahli kabinet? Wajarkah darah baru ini mengambil kabinet dan diberikan tanggunjawab untuk melaksanakan tugas sebagai Menteri Muda?
Sememangnya pendedahan awal sangatlah perlu kerana semua muka baru memiliki latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Tapi pendekatan mereka kepada rakyat begitu nyata dan relevan sehingga diberi kepercayaan untuk menjadi wakil-wakil rakyat!!
Bagaimana pula halnya dengan wakil rakyat yang sudah lama dalam kabinet? Adakah mereka ini akan mengambil langkah mulia seperti mantan ADUN N5 Demak Laut yang berundur dan memberikan peluang kepada Naib Ketua Cawangan beliau untuk bertanding pada Pilihanraya yang lepas? Sungguh mulia betul pengorbanan mantan wakil rakyat ini, yang sememangnya jasa beliau akan dikenang sehingga ke akhir hayat.
Ada juga mantan wakil rakyat yang tidak turun padang atau membantu muka-muka baru ini bertanding? Ada juga yang sanggup mengungkit di hadapan Pehin Sri bahawa mereka berdiri dengan rela hati dan mengundur diri dengan tawar hati hinggakan tidak mendapat sagu hati untuk kempen Pilihanraya yang lepas!!!??
Beginikah perangai seorang mantan wakil rakyat? Sememangnya Pehin Sri memang mengambil langkah yang bijak dengan menurunkan calon-calon yang umpama kacang lupakan kulit!!!! Kerana nila setitik rosak susu sebelanga!! Wakil rakyat seperti ini memang tidak wajar dinobatkan semula!!!??? Seumpama gunting dalam lipatan yang akan melukakan tuannya pada bila-bila masa sahaja!!!???
Mampukah kabinet Sarawak menurunkan lebih ramai lagi muka baru untuk menerusakan transformasi ke atas Sarawak? Sememangnya proses transformasi memang mengambil masa yang agak panjang. Dengan adanya muka-muka baru kelak maka amatlah diharapkan agar mereka ini dapat menyingkatkan proses transformasi ini dengan cara pendekatan masing-masing yang berlainan daripada cara konvensional. Mungkin rakyat sekarang yang semakin hebat dalam era gobalisasi memerlukan semangat dan nafas yang baru!!!? Mereka memang setia kepada dacing tetapi orang yang menjadi wakil dacing ini sudah mulai lupa akan tanggunjawab masing-masing kepada rakyat sekalian!!?? Diharap agar pertimbangan dapat diberikan untuk menurunkan lebih ramai lagi muka-muka baru menjadi kabinet Sarawak dalam tempoh 3 minggu kelak!!!???
Posted Utusan Borneo 26 April, 2011 18:45 PM
PKR Akui Strategi BN Tampilkan Muka Baru Berkesan Di Sarawak
PETALING JAYA, 26 April (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa mengakui strategi Barisan Nasional (BN) menampilkan 18 muka baru untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10, 16 April lepas, ternyata berkesan.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata BN telah membuat tindakan yang betul dengan menampilkan muka baru di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan sehingga mengakibatkan PKR kehilangan banyak undi.
"Pada (pilihan raya negeri) 2006 dulu, ada perubahan undi kepada baik kepada PKR atau parti lawan (BN) adalah disebabkan calon di beberapa kerusi itu tidak disukai pengundi.
"Dengan BN menampilkan muka baru di beberapa kawasan baru-baru ini, telah mengakibatkan kita kehilangan banyak undi dan saya akui itu berkesan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini, pada Selasa.
Selain faktor calon yang tepat yang dikemukakan BN, beliau juga mendakwa bahawa gejala politik wang yang menular ketika kempen pilihan raya negeri itu juga menyebabkan PKR gagal memperoleh kemenangan yang besar.
"Faktor wang boleh kita lihat contohnya di kawasan Saribas. Kita kalah pada tahun 2006 dengan 94 undi dan salah satu isu besar di Saribas ialah isu wang. BN seperti yang dijangka, dua tiga hari sebelum pengundian mereka edarkan SMS bahawa PKR akan agihkan wang di bilik gerakan kita.
"Jadi dua tiga malam itu ramai pengundi datang minta wang. Bila kita tak boleh bagi dan bukan budaya kita, itu menimbulkan sedikit masalah dan akhirnya di sebelah sana mendapat banyak (undi)," dakwanya.
Sementara itu, menyentuh desas-desus kononnya PAS terlepas peluang menang di salah satu kerusi di Sarawak ekoran pengumuman wakil rakyat Ba'kelalan Baru Bian daripada PKR sebagai bakal ketua menteri sekiranya pakatan pembangkang menang, Mohd Rafizi mendakwa PKR tidak pernah mengumumkan perkara tersebut.
"PKR tak pernah membuat apa-apa pengumuman. Kalau awak pergi periksa semua kenyataan kita, sepanjang kempen kita kekal dengan konvensyen mana-mana parti yang mempunyai banyak (bilangan) kerusi akan jadi Ketua Menteri.
"Berita kononnya bakal ketua menteri adalah Baru Bian jika pakatan menang dibuat oleh YB Chong Chieng Jen dari DAP. PKR tak pernah membuat apa-apa pengumuman," katanya, yang menuding jari ke arah DAP.
Beliau berkata, "Saya tidak mahu komen mengenai kerusi yang ditandingi PAS. tetapi berdasarkan 12 kerusi yang kita tandingi di kawasan Melayu-Melanau, analisis mendapati isu Baru Bian bukan isu dominan."
-- BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!