Khamis, 14 April 2011
Terkini!!! Bakal Ketua Menteri Sarawak Telah Dinobatkan Semalam!!!
Posted by Unknown
1:00 PTG, under Anwar Ibrahim,Baru Bian,Calon PKR Sarawak,Chong Chien Jen,DAP,Pilihanraya Sarawak,Violet Yong | 3 comments
Empayar Pemuda melaporkan masih terdapat pertelingakahan dalaman lagi dalam Pakatan Rakyat?!!! Baru Bian yang dicanangkan oleh Anwar untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak sekiranya PKR berjaya memerintah Sarawak rupa-rupanya tidak digemari dikalangan otai-otai PKR ini. Berlainan pula halnya dengan DAP yang sememangnya tidak mahu parti PKR meletakkan calon mereka sebagai Ketua Menteri?
Violet Yong dengan lantangnya sudah mencanangkan semalam mengenai isu perkauman. Dalam erti kata lain, menurut beliau dalam ceramah video di Jalan Mendu itu, kini terdapat 27 kaum di Sarawak, kaum kecil seperti Melanau sudah memerintah Sarawak dan inilah masanya kaum Cina pula untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak?!! Video ini boleh dilihat dalam Muda Tengah.
Siapakah orang yang dimaksudkan oleh Violet sebagai Ketua Menteri Sarawak daripada parti DAP itu? Tentulah Chong Chieng Jen!! Sekian lama nama Chong sudah dinobatkan sebagai Ketua Menteri tidak rasmi DAP kerana Wong Ho Leng terlalu lemah berbanding dengan Chong Chieng Jen!!!? Orang yang bertanding di peringkat Parlimen dan DUN adalah orang yang paling sesuai sebagai Ketua Menteri Sarawak!!?? Inilah yang dimahukan oleh pengikut DAP!!??
Sebelum ini mereka (DAP) telah membalak tetapi di atas nama orang lain!!?? Kini orang Tiong Hua dapat membalak dengan nama mereka masing-masing dengan ternobatnya Ketua Menteri Sarawak yang pertama daripada kaum Tiong Hua!!?? Keluarga Anwar Ibrahim tidak lagi mendapat konsesi untuk menghantar kayu balak ke Jepun melalui laut ke sana?!!! Projek mega memang tidak akan diberikan kepada kaum lain kerana syarat utama untuk menjadi kontraktor kelak adalah fasih berbahasa mandarin?!!!
3 ulasan:
LARANGAN MENGHINA DAN MENCACI MAKI
Firman Allah swt, maksudnya "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim".
5 JAWAPAN UNTUK PKR(RAFIZZI)
Pertama: Siapa bertanggungjawab terhadap serangan ke atas laman web Sarawak Report sehinggakan pengendalinya terpaksa mengalihkan laman tersebut setiap minggu?.
Jawapan: Mereka yang bertanggungjawap terhadap perkara tersebut ialah SUDAH SEMESTINYA mereka yang membenci fitnah DAN PEMBOHONGAN supaya fikiran orang tidak diracuni dan seterusnya boleh mengurangkan dosa.
Cadangan:Alihkan laman tersebut selepas menyebarkan fitnah pada setiap saat.
Kedua:Taib perlu menjelaskan bila kah tarikh beliau akan bersara dari politik, memandangkan terdapat percanggahan antara kenyataannya dengan pengumuman yang dibuat Najib?
Jawapan:Soalan KACANG PUTIT!, Selepas PKR ditewaskan, dan dengan syarat Anwar Ibrahim,Nik Aziz, Lim Kit Siang,Abdul Hadi dan Karpal Singh turut sama-sama meletakan jawatan masing-masing sebab mereka pun sudah terlalu lama. Peringatan buat Rafizi:Jangan masuk campur urusan orang Sarawak…balik Malaya! Taib turun..taib naik...bukan urusan anda....tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati anda....anda bukan orang Sarawak.Ada Paham! Jaga tepi kain sendiri! IBOH GAGO! MUKA KO DIAT!
Ketiga: Rafizi meminta kepastian samaada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan tegas berikutan rasuah politik terang-terangan yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional.
“Pengumuman demi pengumuman projek dan peruntukan dibuat. Bukankah SPRM dan SPR bermati-matian mahu banteras rasuah? Ini jelas kesalahan pilihan raya,” tegas Rafizi.
Jawapan:Alhamdulillah! Itulah yang dinamakan Kerajaan BN menunaikan tanggungjawab dan berjiwa rakyat sebagai pemerintah yang beramanah membangunkan rakyat dari pelbagai rancangan yang telah dirancang lebih awal, dan hanya kebetulan sahaja tarikh pelaksanaannya bersamaan dengan pilihan raya! Itu rezeki rakyat Sarawak. Rafizi jangan dengki...tunggulah dengan sabar PR 13 nanti..rakyat Malaya juga akan dapat habuannya...BN tetap adil!...Cuma jangan pula disalahtafsir sebagai umpan pilihan raya...Bila kerajaan tak beri bantuan...kena marah pula. Bila BN tolong rakyat dikata pula macam-macam. Duduk salah..berdiri pun salah! Yang betul dia sorang....Adilkah lagu tu?
Maknanya BN telah kembalikan lebih banyak royalti minyak kepada rakyat Sarawak...PR hanya janji-janji kosong sahaja....maka wajarlah rakyat bersyukur....jangan lupa nikmat pula nanti....1Malayasia;’Rakyta didahulukan Pencapaian Diutamakan’
Keempat: Rafizi meminta penjelasan daripada pimpinan BN kerana terdapat pihak tertentu mengapikan sentimen agama pada pilihan raya kali ini.
Jawapan/Penjelasan: Puak2 PKR dan kuncu2nya memainkan peranan tersebut...kerajaan dah tekankan bahawa isu Kitab Injil dah selesai....tapi PKR Sarawak kata BELUM....sila rujuk laman web Baru Bian...bakal KM Sarawak...kununnya.
Jangan lempar batu sembunyi kepala!TANYA BARU...JANGAN TANYA LAMA!
HANYA ..BILA PKR MASUK SARAWAK ISU AGAMA DITIMBULKAN!
Bagi soalan kelima, Rafizi menggesa Najib dan Taib menjelaskan siapakah sebenarnya yang mengetuai kempen Barisan Nasional pada pilihan raya negeri itu.
Jawapan:Soalan BODOH...inikah rupa soalan yang terhegeh2 nak jadi pemerintah? Tanya PKR sendiri..siapa yang mengetuai PKR kempen PKR Sarawak;adakah Anwar,Wan Azizah atau Baru Bian bakal CM? Kalau Rafizi nak tau siapa yang sebenarnya memimpin BN dalam pilihanraya ni, senang sahaja....masuk sahaja BN..nescaya anda akan lebih tau jawapannya....segalanya akan anda bongkar...termasuk isu video lucah...jam omega...dan yang sewaktu dengannya.
ADA LAGI SOALAN???
NENEK AJIB MOYANG TAIB
Isu Kristian dedah kebimbangan BN di Sarawak
Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan kerajaan Barisan Nasional menghormati hak Kristian, kempen yang dijalankan melibatkan orang Islam di Sarawak menunjukkan BN bimbang dengan peningkatan pengaruh kumpulan itu.
Kempen oleh blog-blog dan juga yang secara tidak terbuka oleh BN mendedahkan isu Kristian dijadikan alasan untuk menolak Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP dan PKR di Sarawak.
Tokoh PKR, Baru Bian yang menjadi konsensus untuk menjawat jawatan ketua menteri sekiranya PR menang dalam pilihan raya kali ini menambahkan lagi kebimbangan terhadap penghakisan pengaruh Melayu dan Islam dan peningkatan pengaruh Kristian dan bukan Melayu.
Status agama peguam itu menjadi sasaran dalam kempen BN untuk menolak PR dalam pilihan raya negeri kali ini, yang menyaksikan saingan paling sengit dalam sejarah.
Pengakuan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak bahawa pilihan raya ini sengit dan tempoh kehadiran dua pemimpin tertinggi pemerintah itu dalam kempen Sarawak menggambarkan kebimbangan BN terhadap saingan sengit kali ini.
Kelangsungan penguasaan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan partinya didakwa sesetengah pihak boleh memelihara Sarawak daripada dikuasai pengaruh Kristian.
Kempen pilihan raya di Sarawak kali ini menyaksikan isu Kristian menjadi isu paling panas, yang dijangka boleh mempengaruhi pengundi Kristian secara blok.
Kempen menjatuhkan pemerintah Sarawak dijalankan dengan agresif kali ini dan mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk dari luar negara.
Tekanan terhadap Taib yang sangat kuat telah mendorong BN mengambil kira dengan serius peralihan kuasa di negeri itu.
SIASAHDAILY
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!