15 April, 2011 16:00 PMRais Selar Ucapan Rasis Violet YongMIRI, 15 April (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Jumaat menyelar tindakan calon DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pending, Violet Yong, yang dikatakan menzahirkan ucapan berunsur perkauman semasa berkempen.
Beliau berkata setiap warga Malaysia tidak harus berbuat demikian walaupun terdesak untuk meraih undi daripada kaum tertentu.
"Kita akan memandang Violet sebagai seorang yang berpandangan serong dan setiap yang bernama warga Malaysia yang jujur di Sarawak juga harus ketepikan pandangan tersebut demi Bumi Kenyalang dan demi masa depan kita yang berharmonis," katanya kepada pemberita selepas makan tengah hari di Restoran Muara, Jalan North Yu Seng di sini, pada Jumaat.
Kenyataan Violet dipetik dalam satu ucapan tertutup dua hari lepas oleh blog 'mukapetang.blogspot' dalam bahasa Hokkien yang diterjemahkan seperti "kenapa mesti Melanau saja yang memerintah Sarawak?"
Bagaimanapun, Rais yakin masyarakat Cina tidak akan mudah terpengaruh dengan ucapan itu dan mengundi dengan bijak dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada Sabtu.
Beliau juga berharap agar pengundi Sarawak tidak menerima kata-kata pembangkang bulat-bulat selama 10 hari mereka berkempen.
"Mereka hanya bercakap besar, belum tahu lagi sama ada mereka akan berjaya mentadbir Sarawak seperti yang mereka idamkan," katanya.
-- BERNAMA
1 ulasan:
hi! i guess am d only one commenter..good job though..err..i dunno why am saying this
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!