Visitor

Jumaat, 2 Mac 2012

HFMD Menular di Sarawak Lagi!!???

Posted by Muka Petang 10:12 PG, under ,,, | No comments

Apabila HFMD semakin menular, Pengarah Kesihatan pula membuat tugasan luar di Kuala Lumpur!!!??  
Baru 2 hari lepas,  Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kes HFMD di negeri ini dilapor meningkat empat kali ganda bagi tempoh tujuh minggu pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Jumlah keseluruhan buat tujuh minggu pertama tahun ini ialah 806 kes berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatat hanya 213 kes.

Tambah Liow, kes HFMD di Kuching mencatat jumlah paling tinggi iaitu 295 kes  diikuti Bintulu 112 kes, Betong (85 kes), Samarahan (70 kes)  dan Miri (65 kes).

Ini mengakibatkan setiap sekolah akan ditutup sekiranya terdapat 2 kes HFMD yang dilaporkan.  Setakat ini 2 buah sekolah sudah ditutup selama dua minggu iaitu SK Pulo dan SK Sg Apong manakala 7 pusat asuhan dan tadika iaitu Tadika Bhodi, Tabika Kemas Kem PGA, Tadika Methodist Taman Malihah, Tadika St Thomas, Taska I Clever, Pra Sekolah Petra Jaya and Taska Intan Suria turut ditutup. 
HAND, FOOT AND MOUTH DISEASE STATISTICS FOR 29/02/2012— source Sarawak Health Department
Orang ramai dikehendaki agar mengamalkan tahap kesihatan dengan lebih berjaga-jaga terutama sekali bagi mereka yang memiliki budak kecil atau bayi!!!  Silalah basuh tangan dengan sebersihnya dan elakkan membawa anak anda keluar dari rumah buat masa yang terdekat ini!!!?
109 kes baru HFMD di seluruh Sarawak hari ini
01/03/2012 7:31pm


KUCHING 1 Mac — Sebanyak 109 lagi kes baru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Sarawak hari ini dengan kes tertinggi dicatatkan di bahagian Kuching iaitu 45 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri dalam satu kenyataan di sini menjelaskan selain Kuching kes terbaru turut dilaporkan di Samarahan (24 kes), Bintulu (12), Sri Aman (lapan), Sarikei dan Miri masing-masing enam kes, Mukah (lima), Sibu (dua) dan Betong satu kes.

Empat sekolah iaitu masing-masing tiga di Kuching dan satu di Betong turut diarah tutup hari ini untuk mengelak wabak penyakit tersebut daripada terus merebak.

Daripada 1,621 kes setakat ini hanya lapan pesakit masih lagi mendapat rawatan di beberapa wad hospital di negeri ini manakala tiada kes serius yang dilaporkan.

Menurut kenyataan tersebut, secara keseluruhannya kes masih lagi meningkat khasnya di bahagian Kuching dan Samarahan manakala orang ramai dinasihati sentiasa mengutamakan tahap kebersihan diri dari semasa ke semasa. — BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

Blog Archive