Jamalul Kiram III bersongkok dan Esmail Kiram II bersongkok kelabu. |
PERTABALAN PBMM SULTAN BANTILAN II DI JOLO, SULU, DARUL ISLAM
Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, November 11, 2012
Jolo Sulu, Darul Islam, 11 Okt. 2012; Pertabalan PBMM Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Bin Datu Wasik Aranan Puyo di Jolo, Sulu Darul Islam pada 29hb Oktober baru-baru ini berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah. Majlis diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu pada malam pertama acara Mandi Diraja yakni bersiram dengan disaksikan oleh para Datu dan Syarif, hari kedua pada 30hb diadakan perarakan mengusung Sultan Sulu mengelilingi Bandar Jolo. Kemudian pada 31hb iaitu pada hari ketiganya diadakan pula persidangan meja bulat Sultan dengan para Mantirinya dalam Rumah Bichara.
Para tetamu luar turut hadir antaranya tetamu dari Malaysia, Filipina dan Arab Saudi. Kumpulan tetamu dari Indonesia yang diketuai oleh Presiden Front Pembela Islam (FPI) merangkap Mufti Besar SSDI di Luar Negara iaitu Datu Paduka Maulana Shar'ie Habib Rizieq Syihab Al-Asy'ari Al-Syafi'e Al-Husseini tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Rombongan Mufti Besar dari Indonesia ini kemungkinan akan hadir pada 17 November 2012 sempena hari ulang tahun Kesultanan Sulu semenjak 1405, atau mereka datang pada tarikh yang dikira sesuai buat rombongan Habib dapat mengadap Sultan Bantilan II.
Bagi PBMM Sultan Bantilan II, walau pun Syeikh Qadiriahnya iaitu Datu Syeikh Dr Umar Vadillo (WIM) tidak dapat hadir kerana sedang sibuk mengurus siapkan Dinar Dirham Sulu, sekurang-kurang Muftinya dapat hadir bersilaturrahim dengan Tausug Jolo dengan harapan ikatan kekeluargaan para Syarif Indonesia dengan Tausug akan terus terjalin dan dapat keberkatan dari Ilahi sampai bila-bila. SSDI sangat bersyukur kepada Allah swt kerana mengutus Datu Syaikh Dr Umar Vadillo dan Mufti Besar Datu Habib Rizieq Syihab demi menyemarakkan lagi keinginan Tausug dan Kesultanannya menyempurnakan lagi sistem DARUL ISLAM SULU.
Walau bagaimanapun kehadiran Habib Muhammad Tareeq Al-Husseini dari Jeddah Arab Saudi telah berjaya memeriahkan majlis Diraja SSDI selama tiga hari itu. Turut memeriahkan majlis ialah kumpulan dari Malaysia yang diketuai oleh seorang Tausug dari Pertubuhan PEKIDA bagi Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Datu Paduka Ayahanda Amran Al-Balangingi'. Sempena majlis Diraja ini NGO Malaysia yang menghantar bantuan kemanusiaan untuk Hari Raya Korban tahun ini ialah Global Peace Mission dan FGN (Future Global Network) melalui SSDI terus kepada rakyat Jolo. Dari Filipina pula beberapa individu (tanpa menyebut nama mereka) turut hadir tidak ketinggalan untuk menyaksikan hari bersejarah itu.
SSDI telah menasihatkan mana-mana individu atau kumpulan yang berada di negara-negara di sekitar Laut Sulu (Filipina, Malaysia dan Indonesia) agar menghentikan fitnah dengan jangan menilai SSDI (Sulatanate of Sulu Darul Islam) sebagai mewakili mereka. Kerana beberapa khabar angin telah sampai ke telinga SSDI bahawa SSDI yang bergerak aktif di Jolo Sulu itu adalah kononnya dibentuk oleh Malaysia. Kononnya lagi gerakan SSDI ini dibuat agar Tausug dapat membawa wilayah Sulu masuk ke dalam Malaysia pula. Satu tuduhan yang melucukan dan tidak masuk akal.
Tuduhan seperti ini datang dari pihak-pihak yang menganggap Tausug adalah bodoh, dungu dan tiada maruah serta berterusan boleh diperbodohkan dengan retorik perdamaian palsu (seperti perdamaian MNLF 1996, MILF 2012), sedangkan jelas sekali bukan sahaja Filipina yang tidak iktiraf Kesultanan Sulu malah Malaysia sendiri berusaha jauhkan diri agar tidak dikaitkan dengan Kesultanan Sulu. Tinggal lagi sebagai sebuah negara demokrasi lebih-lebih lagi Malaysia diperintah oleh umat Islam, mereka memberi sedikit timbang rasa kepada mana-mana pihak untuk melestarikan sejarah suku kaum masing-masing.
Hal seperti ini pun turut dilakukan oleh Filipina dengan membiarkan tidak mengganggu mana-mana kumpulan yang menguatkan Kesultanan Sulu. Menurut Menteri Luar SSDI Datuk Habib Zakaria A. tuduhan tersebut tidaklah dipandang serius oleh SSDI kerana hanya dikira sebagai khabar angin. Kerana kalau benar SSDI dibantu oleh mana-mana negara seperti Malaysia mereka perlu membuktikannya. Menurut Zakaria lagi, SSDI sebenarnya membuka tangan persahabatan seluas-luasnya kepada semua pihak untuk membantu tanpa mengira Malaysia, Filipina, Indonesia malah Amerika Syarikat pun kalau datang bertemu SSDI ia akan diterima sebagai sahabat dan tetamu demi kemaslahatan ummah Asia Tenggara.- TGM
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!