Tian Chua dinasihat tinggalkan Malaysia
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISAKUANTAN 18 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dinasihatkan supaya meninggalkan Malaysia jika merasakan negara ini sudah lagi tidak selamat untuk diduduki.
Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, Ahli Parlimen Batu itu tidak seharusnya menyalahkan pihak lain kononnya bersandiwara dalam insiden pencerobohon pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Ini kerana, katanya, pencerobohan berdarah yang berlaku di Lahad Datu merupakan isu keselamatan dan kedaulatan negara serta menuntut semua rakyat Malaysia bersatu padu mempertahankan tanah air.
"Mudah sahaja, jika Tian Chua rasa sudah tidak selamat lagi tinggal di Malaysia sebab ada pihak yang cuba menakut-nakutkan rakyat, tinggalkan sahaja negara ini dan pergilah tinggal di mana-mana negara yang dirasakan selamat.
"Sebagai rakyat negara ini, kita tidak seharusnya bertindak melulu dengan menuduh kerajaan bersandiwara dalam isu pencerobohan pengganas Sulu itu, ini satu perbuatan yang biadap," katanya ketika ditemui pada Program Ramah Mesra Bersama Pemimpin 'Satu Untuk Semua' Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lembing di Dewan Orang Ramai Bukit Goh di sini, semalam. - UTUSAN ONLINE
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!