Ahad, 26 September 2010
Taib Meneruskan Sumpah Perjuangan Membawa Sarawak Terus Maju ke Depan dalam Barisan Nasional
Posted by Unknown
2:36 PG, under Abg Johari,BN,Dr Draup,Jabu,Ketua Penerangan Pemuda,PBB,PRS,Taib | No comments
25 Sept 2010, Saturday
Kuching - Semua rakyat dari segenap pelusuk telah turun ke Hornbill Skyways untuk menyambut kepulangan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Walaupun keadaan cuaca yang tidak begitu mengizinkan namun ia dianggap sebagai rahmat demi untuk bersama dengan pemimpin kesayangan mereka.
Antara parti komponen Barisan Nasional adalah dari PRS dan PBB dibawah kepimpinan wakil rakyat masing-masing yang turut sama mengibarkan kain rentang dan juga bendera parti untuk menyambut kepulangan Pehin Sri yang disayangi.
Sabtu, 25 September 2010
Parti Politik Baru Sarawak Ingin Sertai Pakatan Pembangkang
24 September, 2010 18:50 PM
SIBU, 24 Sept (Bernama) -- Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS), parti
terbaru yang akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik, mengulangi
lagi hasratnya untuk menyertai Pakatan Rakyat negeri.
Presiden penaja Salleh Mahli, seorang ahli perniagaan berkata sebuah pakatan pembangkang yang bersatu akan mampu untuk memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang.
Presiden penaja Salleh Mahli, seorang ahli perniagaan berkata sebuah pakatan pembangkang yang bersatu akan mampu untuk memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang.
![]() |
PERS |
Kuasa Melayu Boleh Hilang Atas Tiga Faktor - Rais
24 September, 2010 17:40 PM
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ingatan bekas Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara
sekiranya pembangkang berjaya memerintah negara adalah benar berasaskan
fakta politik, rekod pemerintahan dan Perlembagaan, kata Menteri
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Katanya, politik ialah bilangan iaitu siapa yang mempunyai majoriti akan diharap untuk menerajui pimpinan dan kerajaan manakala realiti yang tidak boleh dinafikan ialah sesebuah negara itu diperintah mengikut rekod serta tuntutan Perlembagaan.
"Apa yang dizahirkan oleh Tun Dr Mahathir bahawa sekiranya pihak-pihak pembangkang yang berselera tajam sekarang memerintah orang Melayu akan hilang kuasa adalah satu kebenaran.
Malaysiakini Agen PKR Menghina Institusi Raja Malaysia
mukapetang: Artikel ini disadur daripada theMJdotcom. Memang dari dulu lagi kita dah syak malaysiakini agen pembangkang memandang mereka berbau politik kotor. Minggu ini perkara ini didedahkan sehingga YDP Agong telah murka kepada akhbar yang sudah lupa daratan ini. Boikot saja Malaysiakini.

Info
yang baru terima mengatakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
telah membuat satu laporan polis terhadap Malaysiakini melalui Datuk
Zuki iaitu Setiausaha Sulit Baginda di Balai Polis Travers.
JASA diserang - Dayakbaru.com Mengamuk
Rabu, 21 Sept 2010
Kuching - JASA menjadi mangsa apabila dayakbaru.com mengamuk. Datuk Fuad hinggalah kepada kerajaan BN dikecam oleh dayakbaru. Kononnya JASA menjadi talibarut politik dalam menjaga Hal Ehwal Khas kerajaan. Di sini disertakan maklumat mengenai JASA supaya dayakbaru.com dapat membuka mata mereka.
![]() |
Dato` Fuad bin Tan Sri Hassan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) |