Menjelang usia Taib Mahmud yang ke 75, maka semakin sayang dan kasihnya beliau kepada rakyat Sarawak. Walaupun ini adalah penggal yang terakhir beliau menerajui Sarawak, beliau berharap manifesto yang ditinggalkan olehnya dapat membantu rakyat Sarawak di kemudian hari kelak.
Rakyat di sekitar kawasan SCORE juga akan mendapat manfaat dengan menyediakan kemudahan dan keperluan riadah dan berekreasi kepada golongan mahir ini di samping menceburi bidang perniagaan yang boleh meningkatkan pendapatan keluarga!!
SCORE secara tidak langsung akan menaikkan taraf ekonomi penduduk di sekitarnya.Ini secara tidak langsung merupakan perkara yang terkandung dalam manifesto BN untuk Pilihanraya Sarawak ke-10. Amanat terakhir daripada Ketua Menteri yang kasih kepada rakyat Sarawak!!!
07 April, 2011 20:24 PM
Visi Taib Untuk Melihat Sarawak Menjadi Negeri Termaju Di Malaysia
KUCHING, 7 April (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang akan menerajui Barisan Nasional (BN) buat kali terakhir dalam pilihan raya negeri kali ini, bercakap mengenai visinya untuk melihat Sarawak menjadi negeri termaju di Malaysia selepas beliau berundur.
Taib berkata adalah menjadi impiannya untuk melihat semua kaum di negeri ini maju dan menyeru mereka mengembalikan kuasa kepada Barisan Nasional pada pilihan raya negeri 16 April.
"Saya menyeru agar anda menunaikan tanggungjawab ini dengan bijak dan sewajarnya," kata Taib dalam perutusannya dalam manifesto BN yang dilancarkan di Sibu Khamis.
Dalam pendahulu kata kepada rakyat, "Rakyat Sarawak yang dikasihi, Salam 1Malaysia), Taib berkata dalam memimpin Sarawak beliau telah mencuba sedaya upaya untuk membangunkan negeri Sarawak menerusi rancangan pembangunan yang digubal secara mantap.
"Tiada pembangunan dapat dilaksanakan tanpa komitmen dan pengalaman kepimpinan yang prihatin terhadap keperluan dan aspirasi rakyat," katanya.
Taib berkata Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) akan membawa negeri melangkah ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
"Impian saya ialah agar semua kaum maju. Cina, Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu - semua mempunyai hak sama rata untuk menikmati kemakmuran negara kita.
"Saya yakin kita mampu mencapai semua ini selagi perpaduan di kalangan kita dipelihara dan diperkukuhkan," katanya.
Taib, yang menyambut ulang tahun ke-75 bulan depan, berkata kepimpinan memainkan peranan amat penting dalam menentukan hala tuju pembangunan dan kemajuan negeri ini.
"Insya Allah dengan tampuk kepimpinan selepas saya, Sarawak akan menjadi negeri termaju di Malaysia. Oleh itu, peliharalah bentuk kepimpinan sedia ada agar kita dapat mencapai tahap kejayaan yang akan menjadikan Sarawak contoh yang baik dalam melaksanakan pembangunan terancang," katanya.
-- BERNAMA
2 ulasan:
dah berpuluh tahun memerintah... tgk gaya nyer dia jaa makin kaya.. kadar kemiskinan kat sarawak sama jaa...
kerana itu MELANAU,IBAN,ULU,MELAYU,CINA yang RASIONAL melaungkan pada MALAOOON ini PEHIN KEPALA BANA!
1 LANCHOOOOOOOOOOOOOOOOOWWW!
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!