Jumaat, 8 April 2011
Panas!!! Sarawakerepot dan Sekutunya!!!
Posted by Unknown
4:00 PTG, under Isteri Taib Mahmud,N51 Balingian,Politik Sarawak,Salleh Jaafarudin,Sarawakreport | No comments
Melanau Blogger mendapat isu panas dari Mukah!! Menurut beliau, sejak Hari Penamaan Calon, ada orang mengaitkan penentang KM Sarawak adalah orang yang pernah suatu masa dahulu begitu popular di Sarawak. Mereka berdua sama mempunyai hubungan tali persaudaraan dengan Mantan Ketua Menteri Sarawak Ke-3 Tun Haji Abdul Rahman Yaakub.
Seorang telah berjaya menjadi pengganti Ketua Menteri Sarawak (yang ke-4 ) manakala seorang lagi masuk ke dalam khemah pembangkang. Menurut desas-desus di Mukah orang yang sama juga telah kembali untuk meneruskan perjuangan lama iaitu menumbangkan saudara sendiri dan mengambil alih kerusi Ketua Menteri Sarawak!!!
Kali ini dia telah bersedia dengan segala butir peluru untuk menembak saudaranya sendiri yang telah memaksa beliau letak jawatan pada tahun 1983 kerana memiliki terlampau banyak syarikat kayu balak pada masa itu??!!! Beliau juga dikhabarkan telah mengupah apai John? Bukan itu sahaja menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk mencari maklumat lama dan borang lama yang dapat digunakan untuk menaja sarawakerepot?!!!
“Sudah lama desas-desus mengatakan tokoh tersebut adalah saudara terdekat Pehin Sri Taib Mahmud, yang pernah bersama dalam dunia politik. pernah bersama kerajaan dan akhirnya jadi pembangkang. Beliau adalah tokoh yang pernah bersaing untuk jadi Ketua Menteri Sarawak?
Motif tokoh tersebut tidak lain, selain untuk menghapus nama Taib Mahmud dalam sejarah negeri Sarawak, dengan memastikan segala jasa, pencapaian serta kemajuan kerajaan pimpinan Taib Mahmud dibakulsampahkan?..” …Melanau Blogger
Apakah reaksi yang akan dikeluarkan pada 14 April nanti? Peluru terakhir sebelum membidik Hari Pengundian?!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!