by Sandy Mark Luna, Utusan Borneo.
August 27, 2010, Friday
KM tidak tolak kemungkinan kerajaan negeri ambil alih pemilikan
|
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud |
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam tidak
menolak kemungkinan kerajaan negeri akan mengambil alih pemilikan ke
atas Empangan Hidroelektrik Bakun, yang kini hampir siap. Ini mungkin bermakna kerajaan negeri akan mengambil langkah
seterusnya untuk membeli empangan itu, bukan sekadar menyewanya seperti
yang diumumkan tahun lepas.
“Kami (kerajaan) sedang mengkaji sama ada kami dapat membeli Bakun atau tidak. Kami sedang berunding dengan kerajaan persekutuan sama ada ingin
menjual semula (Bakun),” katanya kepada pemberita di Wisma Bapa Malaysia
di sini, semalam. Taib terdahulu mempengerusi- kan mesyuarat bulanan kabinet yang
diikuti dengan taklimat mengenai Bakun oleh Sarawak Energy Berhad.
Sumber berita dalam internet melaporkan kerajaan negeri ingin membeli
empangan itu pada harga RM6 bilion tetapi kerajaan persekutuan telah
memberi tawaran harga RM8 bilion.
Empangan Bakun yang menjalani pembinaan selama 16 tahun dijangka siap pada Disember ini dimiliki kerajaan persekutuan menerusi Sarawak Hidro di bawah
Kementerian Kewangan, dimana empangan hidro itu mampu menjana tenaga sebanyak 2,400
megawatt.
Laporan media pada 12 Disember tahun lepas menyatakan kerajaan negeri
sedang merangka perjanjian untuk menyewa empangan Bakun daripada
kerajaan persekutuan. Turut dilaporkan bahawa semua kuasa daripada empangan itu akan
disalurkan di Sarawak bagi memenuhi keperluan industri khususnya bagi
kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), berikutan perjanjian yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.
Dalam perkembangan lain, Taib semalam tidak mahu mengulas mengenai
rundingan tarif yang sedang dijalankan bagi bekalan elektrik yang dijana
oleh Bakun.
“Saya tidak ada komen setakat ini… kami tidak menghuraikan rundingan dalam akhbar, semua anda tahu perkara ini,” katanya. Pengarah Urusan Sarawak Hidro Zulkifle Othman yang dipetik dalam
Malaysiakini berkata, syarikat tersebut mensasarkan hujung tahun ini
untuk memeterai perjanjian pembelian tenaga dengan Sarawak Energy.
Beliau turut dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri perlu membuat
pengubahsuaian kepada sistem pengangkutan sungai sekarang sebelum
empangan dibanjiri (impoundment) kerana ia boleh menjejaskan aliran
sungai dan paras air Batang Rajang.
Beliau menafikan perjanjian itu telah menangguhkan pembanjiran
empangan, dengan kos yang telah meningkat daripada kos awal RM2.4 bilion
semasa ia diumumkan pada 1986 kepada lebih RM7 bilion apabila siap
Disember akan datang.
“Jika kami diberi lampu hijau, kami menjangkakan bulan Oktober untuk
memulakan pembanjiran, tertakluk kepada paras air sungai,” katanya
dipetik sebagai berkata.
semicyber: Adakah isu banjir ini akan digunakan lagi oleh pihak pembangkang kelak di Bakun? Apa agaknya reaksi para pembangkang sekiranya melihat kerajaan negeri Sarawak mampu membeli Bakun kelak?
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!