KUCHING, 21 Ogos (Bernama) --
Wanita Barisan Nasional (BN) Sarawak
tidak gentar dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempergiatkan
usaha untuk merekrut anggota wanita baru, sebagai usaha memperkukuhkan
sokongan terhadap parti itu di negeri ini.
|
Datin Fatimah Abdullah |
Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datin
Fatimah Abdullah hari ini berkata kalangan wanita di negeri ini akan
menilai sendiri rekod pencapaian, kredibiliti dan komitmen BN untuk
membawa pembangunan ke Sarawak.
Beliau berkata tidak dinafikan bahawa segelintir wanita mungkin akan
dipengaruhi oleh emosi dan terpedaya dengan pujuk rayu serta kata-kata
manis yang dijanjikan pembangkang.
Namun begitu, beliau yakin majoriti wanita di negeri ini akan menilai
dan memilih BN yang berpengalaman, berwibawa dan komited untuk
berkhidmat kepada rakyat demi kemajuan masa kini dan generasi akan
datang.
Fatimah, yang juga Menteri di Pejabat Ketua Menteri, berkata demikian
ketika diminta mengulas kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor daripada
PKR, Elizabeth Wong bahawa PKR akan merekrut lebih ramai anggota wanita
baru di Sarawak.
Fatimah berkata pergerakan wanita setiap parti komponen BN sedang
mempergiatkan usaha untuk mendapatkan anggota baru menerusi pelbagai
saluran seperti bengkel dan Anggota Dewan Undangan Negeri.
-- BERNAMA
semicyber: Elizabeth Wong nak buat cerita apa pulak kat Sarawak kelak? Kecoh satu negeri bila Ratu Bog*l nak rekrut anggota mesti nak buat adegan panas. MP tersenyum sinis. Baguslah kita mendapat pemimpin wanita yang berkaliber, biarlah PKR susah nak cari makan di Sarawak, kalau setakat nak kelentong kiri kanan orang wanitalah paling susah untuk dikelentong. Apa kata kalian semua?
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!