Photo credits: BroJinggo |
Photo Credits : Bro Jinggo |
Seramai tiga lelaki dan sembilan wanita yang berusia antara 20-an dan 40-an dilihat tiba secara berperingkat mulai 9.15 pagi hingga 1 petang.
Turut kelihatan berada di Bilik Mesyuarat, tempat keterangan itu diambil, ialah Pengarah Jais Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Negeri Selangor Datuk Abdul Majid Omar.
Menurut sumber, mereka diberi kaunseling secara kumpulan kecil antara dua dan tiga orang oleh beberapa pegawai Jais dan Jabatan Mufti Selangor.
Bernama difahamkan bahawa proses mengambil keterangan dan diberi kaunseling itu akan berakhir lewat petang ini.
Jais memanggil kesemua 12 individu itu memberi keterangan hari ini selepas mereka gagal berbuat demikian pada 9 Ogos lepas.
"Sebahagian daripada mereka hadir dengan ditemani peguam masing-masing," kata sumber itu.
Maklumat lanjut mengenai proses memberi keterangan dan kaunseling gagal diperoleh daripada Marzuki yang enggan bertemu pihak media dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.
Malah, seorang petugas Jais meminta pihak media yang menunggu di Tingkat 6 bangunan itu supaya beredar.
Pihak media yang kemudiannya menunggu pula di kawasan pejabat Marzuki turut diminta oleh pengawal keselamatan untuk beredar setelah menerima arahan daripada 'pihak atasan'.
Pada 3 Ogos lepas, Jais melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya selepas menerima maklumat kehadiran beberapa orang Islam ke sebuah majlis kesyukuran yang dianjurkan di gereja berkenaan.
-- BERNAMA
1) Nadeane binti Che Mohd Salleh (sofea) .
2) Muhammad Khairul Dhillon bin Abdullah
3) Ina Reima Fitriza binti Mahadzir
4) Ade Andrian Putra bin Mahadzir
5) Nea Reima Mareana binti Mahadzir
6) Rasyidah binti Abd Razak
7) Nur Umrah binti Abd Razak
8) Mohd Haslan bin Bob Hasnan
9) Faridah binti Abdul Rahman
10) Nur al Ashikin bt Shaikh Dawood
11) Faridah bt Abdul Latep
12) Sahrunida bt Assad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!