Syabas kepada Ding yang berjaya menghidup dan menyemarakkan lagi bahang api kemerdekaan di Sarikei. Semoga rakyat di Sarikei sedar dan ingat lagi perjuangan membebaskan minda daripada penjajahan!!!??
Ding juga sempat menyerahkan bendera kepada penduduk di sekitar Sarikei bersama JCI cawangan Sarikei. Usaha mereka sedikit sebanyak telah berjaya mengukir senyuman kepada orang Sarikei untuk memperingati jasa bapa kemerdekaan dan juga perjuangan mereka untuk menuntut kemerdekaan daripada British!!
Kemerdekaan bukan dicapai dengan mudah, kata Ding
SEMARAK MERDEKA: Ding bersama ahli JCI Cawangan Sarikei melekat dan mengagihkan Jalur Gemilang kepada masyarakat di Sarikei. |
SARIKEI: Walaupun kemerdekaan negara kita dicapai melalui rundingan dan bukannya melalui pertumpahan darah seperti yang berlaku di beberapa negara lain, kita jangan lupa bahawa ia bukan diperolehi dengan cara yang mudah.
Banyak cabaran dan rintangan yang ditempuhi pemimpin-pemimpin negara dalam membebaskan negara ini daripada penjajah supaya rakyat dapat menikmati kemerdekaan.
Ahli Parlimen Sarikei Ding Kuong Hiing berkata, sebagai rakyat yang merdeka, sudah semestinya rasa bangga terhadap kejayaan yang telah dikecapi oleh Malaysia harus diteruskan kesinambungannya dengan pembangunan yang diterapkan dengan asas semangat cintakan negara.
“Kemerdekaan yang kita kecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malah mencakupi spiritual dan mental.
“Ini memberi erti bahawa kemerdekaan yang dinikmati itu ialah kebebasan daripada cengkaman kuasa asing dan terus bangkit sebagai satu bangsa yang bermaruah dan disegani oleh masyarakat dunia,” kata Ding.
Sekarang adalah masa untuk kita mencipta kecemerlangan bagi bersama-sama memacu negara tercinta ini mencapai wawasannya dan oleh itu kita tidak seharusnya leka dan alpa dengan kesenangan dan kemewahan yang kita kecapi pada hari ini, katanya.
Beliau berkata demikian pada upacara penyerahan Jalur Gemilang kepada masyarakat di Sarikei baru-baru ini yang telah dianjurkan oleh Junior Chamber International (JCI) Cawangan Sarikei.
Majlis penagihan Jalur Gemilang tersebut berlangsung di Jalan Repok Sarikei berhampiran Dewan Suarah Sarikei dan ia turut diagihkan kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.
Pada masa yang sama Ding turut menyeru masyarakat agar menjadi masyarakat patriotik yang mempunyai tatasusila, bersemangat daya maju, melindungi, mematuhi serta memelihara undang-undang dan peraturan negara.
“Sebagai salah satu cara kita menghargai dan berterima kasih kepada nikmat kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini,adalah sangat wajar bagi kita mengibarkan Jalur Gemilang tidak kira di pejabat, rumah, premis perniagaan, sekolah mahupun kenderaan,” ujarnya.
Tambahnya, semangat patriotisme rakyat terutama bagi generasi selepas merdeka perlu dipertingkatkan melalui pelbagai program untuk mengekal dan mengukuhkan cinta mereka terhadap bangsa dan negara.
Turut hadir Residen Bahagian Sarikei Michael Dawi Ali.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!