PKR- Parti Kencing Rakyat |
Tahniah kepada Abdul Sani yang telah sedar daripada igauan!!?? Sekian lama beliau tertipu oleh PKR yang hanya pandai mengkotak-katikkan perjuangan dengan tipu-muslihat??!!
Memang benar dakwaan Abdul Sani bahawa PKR mempunyai masalah dari peringkat pucuk kepimpinan sehinggalah ke akar umbi yang menyaksikan perjuangan olok-olok seperti pilihanraya olok-olok yang mereka adakan dulu untuk mengaburi mata rakyat!!??
Semoga lebih ramai lagi ahli PKR akan sedar dengan lumpuhnya Anwar di Mahkamah tidak lama lagi!!?? Segeralah bertukar angin memandangkan angin PKR tidak akan membawa ke mana!??!
PKR Beaufort semakin lumpuh
PERJUANGAN…Lajim bersalaman dengan Abdul Sani sambil disaksikan oleh Osin, Insin dan Ishak selepas mengumumkan keluar parti PKR pada Isnin |
BEAUFORT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Beaufort di sini semakin lumpuh apabila Ketua Penerangan cabang PKR di sini, Abdul Sani Insin, bertindak keluar parti dan menyertai Umno pada Isnin.
Beliau yang telah berjuang bersama cabang PKR Beaufort sejak tahun 1998 hingga tahun ini telah menyerahkan borang penyertaan Umno selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan cabang dan negeri.
Majlis penyerahan itu disaksikan dan diterima oleh Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, di perkarangan Masjid Kg Pintas Gagahngi dan turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Umno Beaufort, Isnin Aliasnih, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort, Mohd Ishak Ibrahim dan mantan pemimpin Umno bahagian Beaufort, Osin Jilon.
“Tiada apa-apa lagi untuk dipertahankan di Beaufort. Semua perjuangan kami dalam PKR sia-sia. Kami juga sudah bosan dengan masalah yang berlaku di kalangan pemimpin PKR sendiri,” kata Abdul Sani ketika ditemui selepas majlis itu.
Beliau yakin selepas ini akan lebih ramai lagi ahli PKR cabang Beaufort akan mengikut langkahnya, di mana sebelum ini Camarlin Loksin yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Beaufort bersama hampir 100 orang ahli mengemukakan keluar parti dan menyertai UMNO pada awal tahun ini.
Abdul Sani berkat, keputusan mereka untuk menyertai UMNO adalah atas kesedaran terhadap kesungguhan parti itu menerusi Barisan Nasional membangunkan rakyat dan menyediakan kemudahan asas di semua daerah.
Sementara itu, Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata pada asasnya PKR Beaufort kini semakin lumpuh apabila pemimpin kanan parti meninggalkan parti itu dan menyertai BN khususnya Umno.
“Tiada syarat kemasukan mereka ini, kita sedar mereka mula menginsafi perjuangan parti PKR sia-sia kerana ia hanya memperjuangkan individu tertentu sahaja dalam PKR. Pemikiran mereka yang meninggalkan PKR ini jauh ke hadapan dengan melihat politik pembangunan bukan politik sempit dan tiada arah perjuangan yang jelas,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!