Suara rakyat di Kapit begitu matang kerana mereka masih setia dengan Barisan Nasional!!?? Mereka ingat lagi kecaman Hadi Awang yang menyatakan bahawa orang yang berpakaian tidak moleh tidak pandai mengundi dan penghinaan ini membuat mereka sedar bahawa rakyat yang bijak akan memilih Barisan Nasional dan bukan parti kucar-kacir seperti PAS dan PKR!!??
Rakyat bertambah matang
MERIAH: Alexander memotong reben sejurus tiba di Rumah Laja petang kelmarin sambil dibantu oleh Nyabong (kiri). Turut kelihatan, Abong, Tuai Rumah Laja dan Jefferson |
“Kini, suara kita semakin lantang dan didengar oleh pucuk kepimimpinan tertinggi di KL (Kuala Lumpur semasa persidangan Parlimen) kerana mereka telah melihat sendiri sokongan padu yang ditunjukkan rakyat dengan mengekalkan wakil rakyat yang dipilih,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA) di Rumah Laja, Nanga Peraran, Batang Rajang malam kelmarin.
Alexander berkata, sejak memenangi kerusi Parlimen Kapit untuk tiga penggal berturut-turut termasuk dua kali menang tanpa bertanding, beliau telah menunaikan tanggungjawab dan kewajipannya sebagai wakil rayat dalam membela nasib rakyat di konstituensi yang sama besarnya dengan saiz negeri Pahang di Semenanjung Malaysia.
Jelasnya, sejak tahun 2005 semua rumah panjang di kawasannya telah menerima 100 peratus geran projek kecil luar bandar (MRP) kerajaan yang disalurkan ke akaun JKKK masing-masing.
Justeru, katanya, adalah menjadi tanggungjawab tuai rumah atau pengerusi JKKK rumah panjang untuk menyemak sendiri jumlah geran yang disalurkan dari bank berkaitan dan memaklumkannya kepada penduduk.
“Sebagai wakil rakyat, kami bekerja kuat, merancang dan melaksanakannya sejajar dengan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya.
“Inilah semangat kita. Malah pagi tadi (kelmarin), sebelum saya datang ke sini, kami (Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo, Setiausaha Politik Ketua Menteri Wilson Nyabong Ijang dan Pegawai Daerah Simon Japut Tiok serta beberapa pegawai kanan) berbincang mengenai projek-projek yang perlu dilaksanakan di Bahagian Kapit.”
Menyentuh mengenai perkembangan ekonomi semasa, Alexander memberitahu keadaan tersebut bergantung kepada pasaran dunia.
Dalam usaha menangani kenaikan harga barang keperluan, katanya, beliau sendiri, Billy dan Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang semasa di Parlimen menyampaikan suara rakyat berhubung masalah tersebut.
“Kini, kerajaan telah memberi subsidi terhadap beberapa barang keperluan seperti minyak petrol, diesel, minyak masak, gula, tepung, gas cecair asli dan beras khas untuk rakyat di sini yang menikmati harga bersubsidi,” jelasnya.
Selain itu, katanya, beliau turut membantu mengatasi masalah rakyat di sini yang masih belum memiliki dokumen pengenalan diri (MyKad dan sijil kelahiran) dan masalah yang dihadapi sekolah-sekolah luar bandar.
Ekoran itu, kini ditubuhkan sepasukan Unit Bergerak Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ke kawasan luar bandar di Kapit dan Song untuk tempoh dua tahun.
Katanya, beliau juga telah membawa Timbalan Menteri Pelajaran ke Kapit untuk menyaksikan sendiri keadaan sekolah-sekolah luar bandar yang memerlukan perhatian khusus kementerian.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Wali Kota Majlis Daerah Kapit Kr Jefferson Jamit Unyat, Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS Ambrose Abong Bugek, Penolong Pegawai Tenaga Kerja Kapit Richard Sandak Patan, wakil Setiausaha MDK Kapit Kayan Nyelang, Pegawai JASA Kapit Mohd Matan Yok dan SAO Nuing.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!