Amalan bersedekah memang patut dipraktikkan selalu dan semoga senantiasa sebati dengan darah daging kita!! Ini untuk memberikan kesedaran bahawa ada lagi yang memerlukan bantuan dan kita juga hendaklah bersyukur dengan anugerah Tuhan yang sedia ada!!
Semoga amalan bersedekah akan menjadi intipati nilai murni keperibadian kita! Ini akan melahirkan generasi yang peka dan sensitif dengan keperluan masyarakat sekeliling. Hulurlah bantuan dengan segera dan senyuman yang manis nescaya kita akan sentiasa berada dalam keredaan Allah!!
Bersedekah amalan mulia
UNTUK MASJID: Mohd Naroden (tengah) menyampaikan sumbangan kepada wakil Jawatankuasa Masjid Serian, Amin Dan di Simunjan, semalam. |
SIMUNJAN: Bersedekah merupakan satu amalan yang amat mulia pada bulan Ramadan, justeru meningkatkan ibadah masyarakat.
Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber, Mohd Naroden Majais berkata, amalan bersedekah bukan setakat memberi wang ringgit tetapi dengan menghulurkan pelbagai sumbangan termasuk makanan dan minuman.
Beliau berkata, sebagai contoh di Mekah, amalan bersedekah menjadi kebiasaan penduduknya kerana di sana kita dapat menikmati sedekah yang diberikan.
“Kita amat kagum dengan amalan bersedekah yang dilakukan oleh penduduk di Mekah kerana semua lapisan masyarakat tidak mengira pangkat dan darjat mereka menikmati sedekah itu.
“Justeru, dengan amalan bersedekah kita juga mendapat kemuliaan di sisi masyarakat,” katanya berucap pada majlis penyampaian sumbangan masjid dan surau daerah Simunjan dan Serian di Masjid Besar Simunjan, di sini semalam.
Seramai 69 orang wakil jawatankuasa masjid dan surau sekitar daerah Simunjan dan Serian menerima sumbangan berjumlah keseluruhannya RM69,000 daripada Tabung Baitulmal Sarawak.
Mohd Naroden menarik perhatian, amalan bersedekah tidak semestinya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja, sebaliknya boleh dilakukan pada setiap masa untuk membantu golongan yang memerlukan.
“Kita akui bahawa masyarakat kita sememangnya bermurah hati menjalani ibadah bersedekah. Sebab, amalan itu adalah amat mulia,” katanya.
Hadir sama Pegawai Daerah Simunjan Zainul Abidin Hussein, Pengerusi Masjid Besar Simunjan Khalid Marzuki dan Penghulu Simunjan, Rali Alias.
Mohd Naroden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan berkata, amalan bersedekah kepada masjid juga satu ibadah yang amat dituntut.
Ini kerana, katanya, masjid merupakan rumah ibadah utama yang menjadi tempat masyarakat kita menjalani ibadah mulia.
“Saya percaya dengan amalan bersedekah yang baik kita akan mendapat ganjaran yang baik daripada Allah,” katanya lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!