Rabu, 8 September 2010
Penduduk Long Item terima set generator baru
Posted by Unknown
8:31 PTG, under BN,Green Energy,Long Item,Malaysia,Penan,Sarawak,Utusan Borneo | No comments
UTUSAN BORNEO
September 2, 2010, Thursday
MIRI: Penduduk di Long Item, Baram mendapat hadiah istimewa sempena Hari Merdeka ke-53 apabila mendapat set generator yang baru.
Dengan adanya set generator baru itu penduduk di kampung itu tidak lagi dibelenggu ketidakcukupan bekalan elektrik.
Penyerahan set generator itu disempurnakan oleh Pengurus Kem Interhill, Ting Tiing Hii yang memahami masalah sebenar penduduk Long Item.
Menurutnya, peningkatan pengguna kuasa elektrik di kampung berkenaan berikutan pertambahan penduduk dan bilang rumah di kampung itu.
Wartawan berperanan penting dalam masyarakat
UTUSAN BORNEO
September 4, 2010, Saturday
SIBU: Wartawan memain kan peranan yang penting dalam masyarakat terutama dalam membentuk minda dan pemikiran orang ramai.
Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh ber kata, wartawan tidak hanya berperanan menyampaikan maklumat, mendidik dan menghiburkan orang ramai.
“Sebagai sebuah institusi media, apa yang anda tulis adalah lebih rasmi, berpengaruh serta boleh diterima orang ramai. Atas sebab itu, sebagai seorang wartawan, anda harus menulis dengan tepat serta mempunyai objek tif,” katanya ketika berucap pada Malam Persatuan War tawan Sibu (SJA), malam kelmarin.
Kawasan Ekonomi Khas akan diwarta di Tanjung Manis: Norah
Posted by Unknown
8:12 PTG, under BN,Malaysia,Norah Abd Rahman,PBB,Sarawak,SCORE,Tanjung Manis | No comments
September 3, 2010, Friday
KUCHING: Kawasan seluas 16,000 hektar di Tanjung Manis akan diwartakan sebagai Kawasan Ekonomi Khas.
Pengerusi Eksekutif Tanjung Manis Halal Hub Datuk Norah Abdul Rahman ber-kata, kawasan tersebut me-rangkumi Jerijeh, Paloh dan Belawai.
Proses kelulusan antara enam bulan dan setahun itu dijangka merancakkan lagi kemasukan pelabur di Tanjung Manis.
“Kertas cadangan akan dibentangkan dalam mesyua-rat kabinet negeri sebelum dikemukakan kepada kerajaan persekutuan.
“Proses ini membabitkan insentif cukai kepada para pelabur yang menanam modal di situ,” katanya pada majlis berbuka puasa di sini, kelmarin.
Pada masa ini, para pelabur menikmati insentif diperuntukkan oleh MIDA, insentif hab halal, elektrik, air dan tanah.
Najib Beri Tumpuan Yang Lebih Kepada Sabah Dan Sarawak, Kata Pairin
Posted by Unknown
7:53 PTG, under Bernama,BN,Malaysia,Najib,Politician,Prairin,Sabah,Sarawak | No comments
KENINGAU, 5 Sept (Bernama) - Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jauh berbeza dengan pemimpin terdahulu terutama daripada segi layanan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak, kata presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Beliau berkata Najib lebih banyak memberikan tumpuan kepada negeri Sabah dan Sarawak, dan sentiasa terbuka dalam menerima cadangan serta penglibatan daripada semua pihak menerusi konsep 1 Malaysia.
Ambil tindakan tegas: Najib
UTUSAN BORNEO
September 5, 2010, Sunday
SKMM perlu bertindak terhadap pihak memuat artikel, kenyataan sensitif di laman web
PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati memuatkan sebarang artikel atau kenyataan sensitif dan menghina agama di laman web atau laman sosial.Perdana Menteri berkata semua pihak di negara ini perlu sedar bahawa sebarang pengisian di laman web yang keterlaluan akan menyentuh perasaan pihak yang terlibat.
“Mereka (yang terbabit) patut sedar bahawa laman web ini bukanlah satu kebebasan mutlak yang membolehkan kita melakukan apa saja termasuk menghina agama lain atau peribadi orang lain.
“Kita mesti menggunakan media alternatif ini dengan rasa penuh tanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini.
Taib Nampak Sentiasa Bersedia Terajui BN Sarawak ke arah Kemenangan!!!
Posted by Unknown
6:39 PTG, under Adenan Satem,ADUN,Awang Tengah,Bernama,BN,Malaysia,PRU,Sarawak | No comments
Oleh Alan Ting
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Ketua
Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kelihatan sudah bersiap sedia untuk
menerajui Barisan Nasional (BN) Sarawak menghadapi pilihan raya negeri,
walaupun beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mungkin akan
berundur apabila tiba masanya.
Pendapat ramai di Sarawak ketika ini ialah beliau sememangnya pemimpin untuk Sarawak ketika ini.