Tersentuh apabila mengingat kembali teks ucapan Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) semasa perhimpunan UKEC (United Kingdom Executive Student Council) UKEC's Fourth Malaysian Students Leadership Seminar in KL on 31July 2010.
Rakan saya bertanya adakah Ku Li tidak menyenangi pentadbiran kerajaan BN sekarang ini memandangkan teks ucapan beliau berbaur hambar dengan apa yang ada pada Malaysia sekarang ini? Pagi ini saya terkejut lagi apabila membaca thesis saudara Anak Merdeka mengenai penubuhan Amanah.
Presiden Amanah :
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Timb. Presiden Amanah :
(1) - Datuk Sri Daniel Tajem ... bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak
(2) - Datuk Seri Ong Tee Keat ... bekas Menteri Pengangkutan Malaysia/bekas Presiden MCA
(3) - Tan Sri Abdul Kadir Sheik Fadzir ... bekas Menteri Penerangan Malaysia
(4) - Datuk Subramaniam
(5) - Datuk Seri Wilfred Bumburing ... ahli politik negeri Sabah
(6) - Datuk Bujang Ulis ... bekas menteri dalam kabinet kerajaan Sarawak
Naib Presiden Amanah :
(1) - Wan Saiful Wan Jan
(2) - Dr. Patau Rubis ... bekas menteri kabinet Sarawak/bekas Presiden Parti STAR
(3) - Ong Hock Siew
(4) - Datuk Mohd Azmi Razak
(5) - Ragunath Kasavan ... Presiden Maljis Peguam Malaysia
(6) - Tan Sri Simon Sipaun ... bekas Pegawai Perkhidmatan Awam Sabah
(7) - Mohd Lukhman Ghani
Pada tahun 1987, berlaku perselisihan diantara Tengku Razaleigh dengan Mahathir. Tengku Razaleigh merasa dianiaya kerana beliau sepatutnya menang dalam pertandingan merebut Presiden Umno menentang Mahathir. Pada kiraan awal, Tengku Razaleigh mendahului Mahathir..tetapi tiba-tiba bekalan elektrik di PWTC terputus. Dan apabila kiraan disambung semula selepas bekalan elektrik kembali pulih, Mahathir menang dengan majority 43 undi.
Pada masa itu..Anwar berada dalam team Mahathir dan apabila Tengku Razaleigh menuduh Mahahthir menipu, maka Tengku Razaleigh juga menuduh Anwar bersubahat. Maka berlakulah pertembungan diantara team Tengku Razaleigh dengan Team Mahathir. Rais Yatim menjadi orang kanan Ku Li dan Anwar menjadi orang kanan Mahathir.
Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46 dan mendapat banyak sokongan…termasuk dari Tengku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Ku Li juga mendapat sokongan Pas dan DAP.
Ku Li menubuhkan Semangat 46 dan kemudiannya menubuhkan barisan pembangkang yang dikenali sebagai Barisan Rakyat. Kedudukan Semangat 46 sama macam Keadilan diawal penubuhan Barisan Alternatif. Pas dan DAP tak boleh bersemuka, lantas Ku Li menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah dengan Pas dan Barisan Rakyat dengan DAP dan kemudian disertai oleh PBS di Sabah.
Empat parti bergabung untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional tetapi Barisan Rakyat hanya mampu menawan Kelantan dan Sabah dalam PRU 1990. DAP hanya berjaya menambah kerusi di Pulau Pinang. Lim Chong Eu tewas ditangan Kit Siang, dan Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri.
Umno sepatutnya berhak melantik Ketua Menteri dari Umno sebab Umno memenangi jumlah kerusi yang lebih dari Gerakan tapi Melayu Umno masa tu memberikan kerusi Ketua Menteri kepada Gerakan. Tak timbul soal Melayu jual maruah…tak timbul soal hak Melayu tergadai…tak timbul soal Melayu tunduk kepada Cina…tak timbul soal Umno diperkudakan oleh Gerakan. Masa ada kuasa tak tahu macam mana nak guna…bila dah hilang kuasa, baru nak salahkan orang lain.
Selepas 1990, Barisan Nasional kembali menyusun strategi manakala Barisan Pembangkang bergolak. Masing-masing berebut kuasa dan akhirnya Sabah jatuh ketangan Umno dan hanya Kelantan yang dapat dipertahankan. Gerakan kembali berkuasa di Pulau Pinang. Semangat 46 semakin lemah dan tewas dihampir semua kawasan. Sama macam Keadilan pada PRU 2004.
Tengku Razaleigh gagal menumbangkan Umno kerana perjuangan Semangat 46 hanyalah untuk mendapatkan kuasa untuk golongan bangsawan. Tengku Razaleigh gagal kerana perjuangannya tidak mendapat sokongan rakyat.
Sekitar tahun 1998, Tengku Razaleigh kembali menyertai Umno dan Semangat 46 terkubur. Dan dalam tahun yang sama…Anwar pula tersingkir dari Umno. Kalau tahun 1987 Anwar dan Mahathir berganding tangan menentang Tengku Razaleigh, tetapi pada tahun 1999, Tengku Razaleigh pula berganding tangan dengan Mahathir menentang Anwar.
Anwar berjaya menubuhkan Barisan Alternatif dengan gandingan Keadilan, Pas dan DAP. Tiga parti bersatu dalam Barisan Alternatif menentang Umno dan Barisan Nasional.
Walaupun gandingan tiga parti ini disokong oleh Gerakan Reformasi yang digerakkan oleh rakyat, tetapi hanya berjaya mendapatkan Kelantan dan Terengganu. Kerana reformasi pada masa itu hanyalah berjuang untuk mendapatkan keadilan untuk Anwar.
Selepas mendapat sedikit kejayaan pada PRU 1999, Barisan Alternatif mula goyang dan akhirnya hampir hancur apabila DAP bergaduh dengan Pas. Dalam PRU 2004, Keadilan hanya tinggal satu kerusi, manakala Terengganu tumbang dan hanya Kelantan dapat dipertahankan, itupun dengan kelebihan dua kerusi.
Barisan Alternatif gagal kerana tidak tahu mengurus kepelbagaian. Masing-masing angkuh dengan pendirian masing-masing. Masing-masing hanya tahu hak masing-masing.
Anwar bebas dari hukuman penjara selepas PRU 2004…dan kembali menyusun Barisan Alternatif. Barisan Alternatif hanya dianggotai oleh Pas dan PKR manakala DAP hanya mahu berurusan dengan PKR. Gabungan pembangkang dikenali sebagai Barisan Alternatif 2+1.
Isu-isu nasional yang menghimpit rakyat menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat dan akhirnya, gabungan 2+1 berjaya mendapatkan lima negeri, tetapi masih belum mampu menumbangkan Barisan Nasional.
Selepas PRU 2008, Pakatan Rakyat ditubuhkan menggantikan Barisan Alternatif dan dianggotai oleh Pas, PKR dan DAP. Dan sejak penubuhan Pakatan Rakyat…pelbagai isu timbul yang menampakkan bahawa Pakatan Rakyat begitu rapuh.
Bagaimanakah keadaan PRU 2012 nanti? Apakah PKR akan menjadi Semangat 46 pada tahun 1995…ataupun Keadilan tahun 2004?
Kalau Barisan Rakyat yang dianggotai oleh empat parti gagal menumbangkan Barisan nasional pada tahun 1990…
Kalau Barisan Alternatif yang disokong oleh tiga parti gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 1999…walaupun dibantu oleh Gerakan reformasi…
Kalau Barisan Alternatif 2+1 yang disokong oleh Pas, PKR dan DAP gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 2008… walaupun disokong oleh BERSIH 1.0 dan HINDRAF…