Berikut kononnya kandungan surat tersebut
Perang Proksi di Permatang Pauh. Indikasi Kak Wan Sebagai Presiden Yang Tertekan dan Bakal Tersembam
Oleh gelagatanwar
Sekarang ini di kalangan kepimpinan PKR (baik di HQ mahupun di negeri), tertanya-tanya tentang wujudnya sepucuk surat daripada Menteri Besar Selangor/Timbalan Presiden PKR yang mahukan Presiden beransur dari jawatan sekarang kepada Ketua Umum. MB Selangor mengatakan parti sudah semakin hilang halatuju dan tidak ada fokus.
Azmin merasakan Keadilan Raya sudah mula perlu dibangkitkan semula dengan menyeluruh. Wan Azizah tidak kena membawa imej pemimpin kerana kelihatan lemah dan tidak forceful. PKR perlukan pimpinan baru.
Perang psikologi Azmin ini melarat sampai ke senarai calon di Permatang Pauh. Nuha sudah dipinggirkan sama sekali. Susah nak pertahan bila isu nepotisme timbul.
Maka itu, untuk Permatang Pauh, Azmin berikan syarat berikut:-
– Calon muda (Yusmadi/Dr Afif antara calon utama).
– Kewangan akan ditanggung sepenuhnya Azmin
– Kak Wan ambil jawatan Ketua Umum
– Peralihan kuasa mesti berlaku selepas Permatang Pauh
– Azmin ambil alih parti dan Ketua Pembangkang.
– Nuha dipersiapkan untuk PRU14 (dalam bandar; Setiawangsa adalah kawasan utama).
Budak-budak Azmin di Permatang Pauh sudah siapkan costing awal dan ianya mencecah RM2.3 juta. Murah untuk sebuah kawasan Parlimen kubu kuat.
Azmin mahu urusan duit kempen diuruskan oleh orang Selangor dan bukan PKR Pulau Pinang. Ini bagi memudahkan urusan resit dan claim dapat diuruskan dengan lebih baik dan sempurna.
Atas kertas, PKR akan menang mudah.
Azmin tahu pagi ini (9.00 am; 31 Mac) Perhubungan Pulau Pinang bertemu Najib di PWTC. Ada Ketua Bahagian yang sms Azmin maklumkan. Kalau boleh, minta Azmin berikan sedikit info, supaya mudah nak minta peruntukan lebih dengan Najib.
Jika Kak Wan masih mahukan Nuha, jawabnya akan ada SABOTAJ besar-besaran di Permatang Pauh. Kak Wan pasti tak larat nak fikir. Penat.
Lagipun, bajet Kak Wan tak seperti dulu. Sekarang ini ketat sedikit. Kalau dahulu beg tangan Kak Wan sentiasa ada 2/3 ratus ribu. Sekarang tidak.