Posted on Utusan Borneo August 11, 2011, Thursday
KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin telah memilih 1 September sebagai cuti umum di Sarawak, jika Hari Raya Puasa jatuh pada 30 Ogos 2011.
Bagaimanapun, jika Hari Raya Puasa jatuh pada 31 Ogos, 2 September akan diisytiharkan sebagai cuti umum bagi negeri ini.
Perkara itu dinyatakan menurut Warta Kerajaan Sarawak Bahagian II di bawah Ordinan Cuti Umum dan Notifikasi di Bawah Seksyen 5 yang bertarikh pada 2 Ogos dan disiarkan pada 5 Ogos 2011.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!