Khamis, 23 September 2010
Pendedahan Komplot Anwar-Azmin & Politik Kotor Pilihanraya PKR
Posted by Unknown
11:58 PTG, under Anwar Ibrahim,Azmin Ali,Jenapala,Kudat,mediapermatangpauh,mudatengah,PKR,Politik | No comments
Dipetik dan diterjemahkan dari mudatengah.
Ondon
Mangajil, dari Kampung Layung, Pitas yang memenangi jawatan cawangan menyuarakan tidak puas hati kerana terdapat penyelewengan dalam pilihanraya parti. Terdapat insiden di mana penyokong
Tanjul Mursalim telah diberikan kuasa untuk memantau
pilihanraya dan ini telah disahkan oleh ibupejabat PKR dari Kuala Lumpur.
“Bagaimana mungkin bahawa calon itu sendiri yang menjalankan proses pengundian? Hal sedemikian mungkin tidak akan berlaku dalam parti politik lain tetapi dibenarkan dalam PKR dan yang memburukkan lagi keadaan adalah ianya keistimewaan untuk kelompok tertentu dalam parti."
Miri : Operasi sukat tanah NCR bermula
Posted by Unknown
7:25 PTG, under Bernama,Bumiputera,Miri,Rizab Gunasama Bumiputera,Sarawak,Tanah NCR,Utusan Malaysia | No comments
Operasi sukat tanah NCR Kampung Terahad Jaya bermula
Utusan Malaysia
MIRI 22 Sept. - Kampung Terahad Jaya yang
berkeluasan 250 hektar dan didiami 500 penduduk akan disukat di bawah
Program Inisiatif Baru Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bermula hari ini.
Sibuti, Bahagian Miri |
Penguasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Miri, Rozlan Putit berkata,
kerja-kerja menyukat tanah itu akan dilakukan dalam tempoh dua minggu
bermula 22 September ini sehingga 5 Oktober depan.
''Kampung Terahad Jaya adalah yang pertama dilaksanakan di bawah
Program Inisiatif Baru NCR dan kawasan yang akan disukat seluas
kira-kira 250 hektar," katanya pada majlis Dialog Program Inisiatif Baru
NCR di kampung itu anjuran JTS di sini semalam. Beliau menambah, kerja-kerja menyukat akan dilaksanakan dalam dua kaedah iaitu secara en-bloc dan lot individu.
Pertandingan Facebook PBB bermula
Posted by Unknown
6:42 PTG, under Abg Abd Aziz,Demak Laut,Facebook,PBB,Sarawak,UMB PBB | No comments
Utusan Borneo
September 23, 2010, Thursday
September 23, 2010, Thursday
KUCHING - Pertandingan Facebook PBB telah pun bermula dengan majlis
penyampaian anugerah dijangka akan dilakukan pada akhir bulan Oktober
ataupun awal bulan November.
Abg Abdul Aziz |
Ahli Biro Penerangan Pergerakan Pemuda Abang Abdul Aziz Abang Abdul
Rauf berkata semua cawangan parti digalakkan turut serta dalam
pertandingan ini kerana, antara lain, ia bertujuan membantu parti
mengekal-kan kesemua kerusi parti dalam pilihan raya akan datang.