Beruntunglah kita mendapat kepimpinan yang berkaliber seperti Perdana Menteri kerana Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan ternyata menjurus ke arah ekonomi digital Inovatif menjelang 2020 kelak.
"111 key touch point Budget 2013" yang akan membantu negara dan juga rakyat untuk melayari arus kemajuan di samping mewujudkan generasi berpendapatan tinggi dan mendirikan keluarga yang mampu memiliki keperluan asas.
Golongan belia juga tidak ketinggalan untuk menerima sedikit kemudahan dalam Belanjawan 2013 ini. Rebet telefon sebanyak RM 200 serta BR1M sebanyak RM250 ini di tambah lagi dengan Baucar Buku 1Malaysia, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia yang ternyata untuk kemudahan urusan para belia baik yang sedang menuntut atau yang sudah bekerja.
Ternyatalah kerajaan sekarang sangat prihatin kepada rakyat tertanya sekali golongan belia.
Belanjawan 2013 Guna Pendekatan Analog, Kata Firma
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2013 nampaknya telah menggunakan pendekatan 'analog' ke arah mencapai ekonomi digital inovatif menjelang 2020, meskipun ada inisiatif yang akan memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada masa depan teknologi maklumat (IT) Malaysia.
Pengurus Penyelidikan Kanan IDC Asia/Pasifik, Sudev Bangah, berkata ketiadaan ketara inisiatif khusus komunikasi dan teknologi maklumat dalam belanjawan itu menyukarkan kesimpulan dibuat tentang sebarang anjakan berskala besar dalam perbelanjaan IT dalam jangka terdekat ini.
"IDC menjangka perbelanjaan IT Malaysia mencecah US$11.4 bilion menjelang 2016, dengan kadar pertumbuhan kompaun tahunan sebanyak 8.7 peratus.
"Sebahagian besar perbelanjaan ini adalah disebabkan oleh dua inisiatif Program Transformasi Ekonomi iaitu penyumberan luar dan pusat data," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata inisiatif pusat data dan penyumberan luar akan menggalakkan syarikat penyumberan luar tempatan menambah pelaburan mereka bagi penempatan sumber di seluruh dunia.
Sudev juga berkata pakej subsidi telefon mudah alih bagi belia akan memberi kesan terhad ke atas kepesatan penerimaan pakai telefon pintar di negara ini dan juga bagi penjual telefon mudah alih.
"Walaupun inisiatif itu positif, ada banyak aspek seperti tempoh subsidi, bilangan jenama yang diberikan subsidi, wakil jualan yang sah dan kaedah pemberian subsidi yang akan memberi kesan kepada inisiatif yang dirancangkan itu," katanya.
Beliau berkata bagi program inisiatif jalur lebar bagi rakyat miskin di bandar lebih banyak menimbulkan persoalan daripada memberikan jawapan.
"Belanjawan yang besar berjumlah RM150 juta telah diperuntukkan, meskipun belum diketahui bagaimana dana ini akan digunakan bagi prasarana, kemudakan, jalur lebar dan perkakasan seperti komputer peribadi, komputer riba dan peranti," katanya.
Sudev berkata inisiatif itu akan memberi kesan positif dalam mewujudkan masyarakat celik teknologi maklumat dan komunikasi, dan mungkin meningkatkan minat para belia untuk bekerja dalam sektor ini.
- BERNAMA