Ini untuk mengelak salahguna tanah NCR. Alangkah untungnya rakyat Mukah, sekiranya mereka membenarkan Lujnah Tanah PAS yang sebelum ini mengintai untuk bermaharajalela di Tanah NCR Sarawak, maka putih matalah mereka untuk mendapat hasil dari tanah mereka. Calon Wanita PKR dan suaminya pasti akan menghabiskan kekayaan dan sumber asli Sarawak untuk kepentingan mereka anak-beranak. Syukurlah rakyat Mukah masih meyokong BN dengan bersepadu!!! Kini berkat kesabaran mereka, maka dapatlah mereka semua tersenyum lega!!!!
Pewartaan antara usaha berterusan kerajaan menjamin hak para pemilik tanah NCR, kata Adenan
DEMI RAKYAT: Adenan (duduk, tengah) bergambar bersama para tetamu dan pemimpin masyarakat di bahagian Mukah yang menerima warta untuk tanah NCR penduduk di kawasan masing-masing Posted Utusan Borneo Tue 18/10/2011 11:01 AMMUKAH: Tindakan mewartakan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bertujuan mengiktiraf status tanah NCR menerusi undang-undang.
Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, pewartaan itu merupakan antara usaha berterusan kerajaan untuk menjamin hak para pemilik tanah NCR.
Menurut beliau, pewartaan itu juga membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan perampas tanah rakyat seperti tuduhan pembangkang.
“Jangan persoalkan tindakan kerajaan mewarta tanah NCR selaku Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri. Ia dilakukan untuk kebaikan rakyat.
“Hak terhadap tanah NCR yang diwarta adalah ditadbir berpandukan undang-undang adat sesuatu kaum.
“Bermakna, perolehan, penggunaan dan pindah milik akan ditentukan oleh undang-undang kaum terbabit,” jelasnya.
Beliau menyatakan demikian dalam Majlis Penyampaian Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri Untuk Bahagian Mukah di Dewan Suarah Mesra di sini, semalam.
Adenan memberitahu bahawa masalah pencerobohan dapat dikurangkan kerana warta itu akan menerangkan dengan teliti mengenai sempadan serta saiz sesebuah tanah NCR.
“Secara tidak langsung, usaha ini akan mengurangkan pertikaian berhubung sempadan tanah. Pertikaian antara pemilik tanah NCR berkaitan sempadan menjejaskan kerja ukur keliling.
“Justeru, saya mahu pihak-pihak yang berselisih faham ekoran isu sempadan tanah ini memberi kerjasama kepada kakitangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) sepanjang melaksanakan tugas mereka,” tambahnya.
Empat kawasan tanah NCR di bahagian Mukah diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri. Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan JTS Sajeli Kipli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie, ADUN Daro Murni Suhaili serta Penguasa JTS Bahagian Mukah Awang Zamhari Awang Mahmood.