Mangsa terakhir nahas helikopter terhempas sudah dijumpai. Suatu persoalan yang berligar disetiap pembaca adalah kenapa tiada jaket keselamatan disediakan?
Eurocopter yang bernilai lebih sejuta dolar Amerika tidak mampu untuk membekalkan 5 jaket keselematan untuk penumpang. Sekiranya mereka ini disediakan jaket keselamatan pastinya mangsa akan terselamat seperti juruterbang yang hanyut menggunakan jaket keselamatan.
Semoga kesemua mangsa akan mendapat pengadilan dan memberi pengajaran kepada Sebiro Holdings yang tidak mengutamakan keselamatan. Bagaimana hendak menjadi wakil rakyat sekiranya keselamatan dan kebajikan tidak diutamakan?
Mayat terakhir mangsa helikopter terhempas dijumpai latest!
Posted on July 22, 2012, Sunday
KUCHING: Mayat Henry Loh, mangsa ketiga kejadian helikopter terhempas di Sungai Triso dekat Sebuyau dijumpai terapung di laut dekat Pulau Triso kira-kira pada jam 7.40 pagi tadi.
Mayat yang lengkap berpakaian dan tanpa jaket keselamatan itu dijumpai oleh penambang di lokasi kira-kira setengah jam perjalanan bot dari pekan Sebuyau.
Penemuan itu terus dimaklumkan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang mengesahkan penemuan itu berkata mayat mangsa terakhir nahas helikopter milik Sebiro Holdings itu disahkan oleh saudara mangsa.
“Gerakan mencari dan menyelamat dihentikan,” katanya.
Difahamkan mayat mangsa dibawa terus ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk bedah siasat.
Semalam dua mayat mangsa helikopter yang sama dijumpai pada masa dan tempat berasingan. Mayat Siti Khuzaimah Anwar ditemui kira-kira pada jam 11 pagi ditemui terapung di kawasan perairan dekat Maludam. Manakala mayat Peter Ato Mayau dijumpai terapung di perairan berhampiran Kampung Tebelu, Sebuyau kira-kira pada jam 2 petang.
Insiden helikopter jenis Eurocopter EC 120 itu berlaku pada pagi Jumaat ketika ia mengangkut tiga mangsa terbabit dari Kuching ke Nanga Merit, Kapit atas urusan kerja.
Juruterbang warga Jerman Rico Steger terselamat dalam nahas tersebut selepas berenang empat jam sebelum sampai ke Tebelu, Sebuyau.
- Posted using BlogPress from my New iPad