Kini Timbalan Ketua Menteri merangkap orang no 2 dalam PBB sudah naik angin. MoCS telah diberi amaran agar tidak memainkan isu Ketua Menteri sekarang. Anti Taibetes tidak patut diadakan kerana Ketua Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional Sarawak sebulat suara telah diterima oleh masyarakat!!!
Memang benar kata Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu bahawa permainan seperti ini adalah mainan budak kecil yang merajuk kerana tidak mendapat sokongan murid-murid di dalam bilik darjah. MoCS hendaklah tidak menanamkan sikap dengki dan iri hati di atas kemenangan Ketua Menteri dan berjaya meraih sokongan rakyat Sarawak yang tidak mudah lupa dengan pembangunan yang telah dibawa oleh beliau sepanjang dunia politik Sarawak!!!
Kononnya MoCS ingin menghasut ahli-ahlinya untuk mengadakan demonstrasi ala Timur Tengah!!?? Sekiranya betul maka MoCS patut ditarik lesen mereka dan diambil tindakan oleh KDN dengan serta-merta kerana menghasut rakyat untuk menggulingkan pemerintah!!! Sedarkah MoCS bahawa perkara sedemikian adalah salah disisi perlembagaan kita yang mengamalkan sistem demokrasi!!??
MoCS patut menjadi gentleman dan menerima kekalahan mereka yang tidak disokong oleh rakyat!!?? Sungguhpun MoCS ini bertopengkan calon bebas semasa Pilihanraya DUN Sarawak penggal ke-10 yang lepas, mereka sepatutnya berjaya sekiranya mereka pernah berjasa kepada rakyat!!!??? Apakah jasa dan sumbangan MoCS kepada pembangunan Sarawak sehingga mereka ini tidak puas hati apabila menerima kekalahan yang teruk dibalun oleh Barisan Nasional Sarawak??? Tidak cukupkah menanggung malu semasa pilihanraya lepas?? Sekarang ini mereka ingin ditahan dan disiasat secara terperinci kegiatan MoCS yang telah mereka perjuangkan selama ini??!!
Hentikanlah niat buruk MoCS itu!!! Sedarlah begitu banyak jasa Ketua Menteri yang patut dikenang dan dibanggakan dalam memastikan Sarawak terus maju bersama Malaysia!!??? Usahlah MoCS mahu bermimpi di siang hari!!!??
|
MOHON BERKAT: Jabu (dua, kanan) melakukan upacara miring bersama (dari kiri) Minjo, Rundi serta Saudi. |
MoCS golongan kecewa, cemburu: Jabu
by Awangku Khaider. Posted on May 16, 2011, Monday
‘Operasi Taibetes’ oleh pergerakan itu adalah tindakan yang akan memundurkan negeri ini
MUKAH: ‘Operasi Taibetes’ oleh Movement For Change Sarawak (MoCS) adalah tindakan yang akan memundurkan negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Menurut beliau, MoCS yang kecewa ekoran kegagalan calon-calon pergerakan itu meraih sokongan rakyat menerusi tiket Bebas dalam pilihan raya negeri ke-10 lalu cemburu dengan kejayaan Barisan Nasional (BN).
Beliau menyatakan demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Perpaduan Gawai Dayak Bahagian Mukah di The Grand Kingwood Resorts, di sini pada Sabtu.
“Kenyataan MoCS yang mahu Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang merupakan luahan kecewa kerana mereka tidak diterima rakyat.
“Pilihanraya baru berlalu. Rakyat memilih BN dan menolak mereka. MoCS langsung tidak menghormati prinsip demokrasi. Siapa mereka untuk melawan suara rakyat?”
Jabu turut menempelak MoCS sebagai cuba membelakangkan rakyat yang mahukan BN meneruskan gelombang kedua agenda politik pembangunan di negeri ini.
“Pada masa yang sama, saya memberi amaran kepada pihak-pihak pembangkang dari Semenanjung Malaysia supaya tidak memasuki negeri ini untuk merosakkan perpaduan rakyat. Jika itu berlaku, mereka perlu dipertanggungjawabkan.
“Justeru, jangan menyalahkan kami andai bertindak balas terhadap pihak-pihak pembangkang dari Semenanjung Malaysia yang cuba menyentap keharmonian hidup rakyat negeri ini,” tegasnya.
Baru-baru ini, pemimpin mentor MoCS Francis Siah melancarkan ‘Operasi Taibetes’ iaitu kod untuk meminta Taib meletak jawatan sebelum 13 Ogos akan datang.
Jika permintaan itu tidak dipenuhi MoCS merancang untuk menganjurkan protes awam di beberapa lokasi strategik negeri ini secara besar-besaran seperti yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah.
Hadir sama, Menteri Muda Kesihatan dan Kemudahan Awam Dr Stephen Rundi Utom, Residen Mukah Saudi Narani serta pengerusi penganjur Minjo Simanding. Lebih 1,000 tetamu menghadiri keramaian anjuran bersama Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) itu