Kerajaan tidak pernah mengambil tanah rakyat. Jangan mudah terpedaya dengan hasutan pihak pembangkang yang hanya mahukan kemenangan tanpa mengira apa jua cara sekalipun baik melalui fitnah atau memburukkan kerajaan BN.
Pihak pembangkang tidak pandai bekerja dan cuma pandai menghasut. Baru sahaja menjadi wakil rakyat tetapi pihak pembangkang sudah kecut telur untuk memikul tanggungjawab dengan mereka pelbagai alasan daripada memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan. Ada yang menyatakan, ini kerja ADUN dan bukan ahli Dewan Rakyat manakala ada yang cuba lari dengan mengadakan mogok apabila diberi watikah untuk mengangkat sumpah.
Kalau beginilah caranya mereka bekerja, memang jelaslah pihak pembangkang tidak pandai dan tidak mampu memikul tanggungjawab wakil rakyat yang berat!! Kesihan kepada rakyat yang telah ditipu oleh pihak pembangkang.
Lebih 500 permohonan penyukatan tanah NCR di Sarawak setakat ini
Posted on June 19, 2013, Wednesday
MIRI: Terdapat lebih 500 permohonan untuk penyukatan tanah inisiatif baharu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di seluruh Sarawak setakat ini.
Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata perkara itu adalah kemudahan untuk rakyat dan tiada perkara tersirat di sebaliknya.
“Hal ini (penyukatan tanah NCR) untuk rakyat kerana sesudah diwartakan, orang empunya tanah tidak lagi memikirkan hal hak milik,” katanya pada Majlis Penyampaian Warta Pemberitahuan Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri di Wisma Pelita, di sini petang semalam.
Menurutnya, permohonan meningkat di kalangan pemilik tanah kerana telah melihat bukti tanah NCR yang telah diwartakan setelah disukat oleh pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) melalui inisiatif berkenaan.
Ini kerana, katanya sebelum ini ramai pihak terpedaya dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab memesongkan fakta sebenar di sebalik inisiatif tersebut.
“Kini lihat siapa yang bercakap benar dan siapa pula yang bohong kepada rakyat dengan memutar belit fakta,” tegasnya.
Menurut Adenan, sudah jelas hak milik tanah setelah pewartaan adalah kepada mereka yang tinggal di sesebuah kawasan tersebut seperti di rumah-rumah panjang.
Pada majlis itu, sebanyak lapan buah rumah panjang menerima warta di bahagian Miri iaitu meliputi Sibuti dan Niah.
Ini termasuk Rumah Baie Suka, Misoon Timbak, Genatan Dangak, Kunjan Abas, George Sirai Kidai, Techoi Gendang, Ngayum Jenggi dan Mandau Emperit.
Turut hadir Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan Penguasa JTS Miri Unus Tambi.