Hari ini merupakan hari yang sukar bagi Malaysia. Saudara kita akan bertempur mengusir penceroboh yang sudah sekian lama bermaharaja lela di bumi merdeka Sabah. Mereka bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam penduduk di Lahda Datu malah membawa senjata api dan telah mengorbankan beberapa orang rakyat Malaysia.
Sememangnya kerajaan pantas bertindak kerana telah sekian lama bersabar dengan karenah lanun dan penceroboh negara yang sukar dibawa berbincang. Nama Malaysia telah tercemar akibat kebaikan rakyat Malaysia yang peramah dan ceria.
Sehingga pagi tadi beberapa butir bom dan ledakan meriam telah dilepaskan ke tempat persembunyian lanun Sulu di Kampung Tanduo. Selepas ini UAV pula akan dilancarkan untuk menyelesaikan saki-baki lanun yang terselamat.
Pasukan Keselamatan Malaysia Lancar Serangan Terhadap Lelaki Bersenjata Sulu
mStar Online
- 10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.
- 9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.
- 9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.
- 8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.
- 7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.
- 7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
Penceroboh Lahad Datu diserang 7 pagi tadi Sinar Harian 5 Mac 2013
Sabah diceroboh KUALA LUMPUR - Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi tadi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. "Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. Najib berkata, pada hari Jumaat lepas, penceroboh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mendakwa diri sebagai 'Tentera Sulu' di Sabah itu telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terbunuh dan sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna. "Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak," katanya. Najib berkata, sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari lepas, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. "Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius, " katanya. Najib berkata sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. "Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah," katanya. - Bernama