Sabtu, 9 Mac 2013
[Video] Pengganas Sulu Kejam Sembelih Polis?
Posted by Unknown
1:24 PTG, under Kampung Tanduo,Kejam,Lahad Datu,Penceroboh Lahad Datu,Pengganas Sulu,Polis Di Raja Malaysia,Sembelih,Semporna,Simpunul | 20 comments
Sibuti Berdiri Megah Di Bawah Payung BN!
Posted by Unknown
12:12 PTG, under Abdul Taib Mahmud,Ahmad Lai,Alfred Jabu,Awang Tengah,Bekenu,Ketua Menteri Sarawak,Lambir,Lawatan Kerja Ketua Menteri,PBB,Ripin Lamat,Rosey Yunus,Sibuti | No comments
Kehadiran Ketua Menteri Sarawak ke Sibuti dalam kemelut Lahad Datu menguatkan semangat warga Sibuti bahawa pemimpin sentiasa berada di samping mereka dalam susah dan senang.
Warga Sibuti yang terdiri daripada berbilang bangsa juga dengan bangganya berdiri megah dibelakang pemimpin mereka yang sentiasa berjuang untuk masa hadapan dan kemajuan Sibuti.
Sememangnya warga Sibuti tidak akan memperjudikan nasib mereka dengan mengundi pembangkang. Mereka sedar pembangkang tidak pandai mentadbir negara selepas melihat berbagai krisis yang dihadapi di negeri pembangkang.
Semoga Sibuti sentiasa dalam ingatan pemimpin BN baik di peringkat negeri dan pusat.
Jangan Perjudi Masa Depan Dengan Undi Pembangkang - TaibMIRI, 8 Mac (Bernama) -- Rakyat di negeri ini tidak harus memperjudikan masa depan dengan mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana pakatan pembangkang tidak bersatu sepertimana Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Taib yang juga Pengerusi BN negeri berkata kegagalan mencapai persetujuan mengenai siapa yang bakal menjadi perdana menteri di kalangan pakatan pembangkang, jelas menunjukkan tiada kesepakatan dan perpaduan di kalangan parti-parti pembangkang.
Ini berbeza dengan BN yang mempunyai hala tuju yang jelas mengenai siapa yang patut menerajui kerajaan, katanya.
"BN mempunyai rekod kerja yang baik dalam soal meningkatkan pembangunan infrastruktur di Sabah and Sarawak," katanya pada sesi bertemu rakyat di Bekenu di sini Jumaat.
Beliau berkata pembangkang tidak mampu menandingi rekod baik BN kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai kebolehan dan juga pengalaman untuk mentadbir urus negara.
Oleh yang demikian, beliau mahu rakyat memberikan mandat kepada BN untuk terus mentadbir negara pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kesinambungan pembangunan di negeri ini.
-- BERNAMA